Thursday, April 18, 2013

CAKOI SEDAP DI MEDAN SELERA TAMAN GOMBAK RIA, GREENWOOD

Cakoinya taklah besar sangat

Lebih kurang 3 minggu lalu, ketika kami sedang cari rumah member di Greenwood, UnclePali berhenti apabila ternampak gerai yang jual Cakoi di Medan Selera, Taman Gombak Ria. Kalau tak silap Kjee masa tu dah pukul 4.30 petang.

Ramainya orang beratur. UnclePali hanya beli RM2 atau 5 keping. Dia seorang makan 3. Kjee yang dah lama tak makan manis, makan dua. Cakoi manis? Hah, cakoi yang UnclePali beli tu manis tapi sedapppp!

Kjee dapat baca dari airmuka UnclePali yang nampak menyesal tak beli lebih. Dia memang suka sangat Cakoi.

Minggu lepas kami pergi jugak tapi gerai tu tutup. Rupa2nya tutup hari Isnin. Kemudian dua hari lepas kami pergi lagi pada kira2 jam 2.30 petang tapi dia orang belum start niaga. Cuma start pada pukul 3.30 petang.




Dan tadi kami pergi lagi. Kali ini pukul 3.35 petang. Kalau tak ada, memanglah tak nak cari lagi. Dan apabila kami sampai, ramai orang dah beratur! Hebat sangat Cakoi jualan mereka ini!

UnclePali tanya nak beli berapa ketul? Kjee dan Nadia kata tiga ketul seorang cukuplah tapi UnclePali tamak. Beli sampai 15 keping.

Cakoinya tak macam cakoi lain yang pernah Kjee makan. Biasanya cakoi Melayu agak garing, a bit masin ataupun tawar. Tapi yang ini garing di luar dan gebu di dalam! Sekali hadap 5 ketul baru puas! Dan ia tetapi sedap dimakan walaupun ketika sudah sejuk!



Kalau korang tak percaya, cubalah. Kjee tak tahu nak tunjuk jalan tapi korang pergi ke Greenwood dan tanyalah orang sana mana gerai Cakoi sedap di Medan Selera Taman Gombak Ria. Pasti tak menyesal punya. Hehehe.

Dia orang ada jual pau goreng, samosa, popia dan keropok lekor. Tapi itu kami belum try lagi.




Related Posts:

  • MURTABAK DAGING           Terliur tengok Chef Marinka dari Indonesia buat Murtabak (AFC) kelmarin, maka terus register dalam otak nak buat sendiri. Tadi Kjee selongkar peti ais sebelum pergi breakfast. Teringa… Read More
  • ROTI JALA CICAH KARI AYAM           Alhamdullilah percubaan selepas lama tak buat, menjadi. Roti Jala ni sebenarnya kerja UnclePali. Kalau dia ada rumah tadi, pasti Kjee tak boleh dekat. Kari ayam pun dia terer bu… Read More
  • KUIH CARA BERLAUK           Setelah sekian lama akhirnya Kjee menghasilkan Kuih Cara Berlauk walaupun sudah beratus biji Kuih Bakar Daging Kjee dan UnclePali buat selama ini. Ini percubaan kali ketiga dalam … Read More
  • KUIH LOMPANG TEPUNG BERAS           Ini kali pertama Kjee buat Kuih Lompang. Banyak sebab kenapa baru sekarang baru Kjee nak buat sendiri. Kuih ini sebenarnya cukup senang nak dapat. Biasanya kalau orang jual kuih di… Read More
  • PULUT SERI MUKA NYONYA           My second attempt buat Kuih Seri Muka Nyonya. Kjee dah biasa buat kuih Seri Muka tetapi apabila terjumpa resipi cara Nyonya ni, Kjee rasa teruja nak cuba, Ini adalah kerana lapisan hi… Read More

9 comments:

  1. kedai sebelah dia juai bihun sup n mee rebuih sedap kak g macam kat aloq staq

    ReplyDelete
  2. Ya ka En Kasim? Wah boleh gi try ni! Mekasih.

    ReplyDelete
  3. kt kg.baru pun ada..pau goreng sambal bilis pun power..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat mana kg baru 2?nak carii

      Delete
  4. Klau dekat nk juga g beli, sy sekeluarga mmg suka cakoi ni.

    ReplyDelete
  5. saya suka .. tapi kat tempat saya susah nak jumpa. Semasa saya di Sandakan, mudah juga dapat. TApi dia orang jual dengan kuah ' puding warna kuning ' !! Saya beli cakoi je sebab tak pandai dan tak suka kuah puding tu. Lebih suka cicah dengan kuah pedas atau makan begitu saja. Kami di Utara panggil KUE PAK TUNGKU.

    ReplyDelete
  6. masa saya bjar kt uitn jengka dulu..kuih cakoi dimakan dgn kuah kacang...ok jgk..

    ReplyDelete
  7. salam....kak jee, memang sangat sedap cakoi nih...dah turun temurun..dari dulu...dekat ngan rumah mertua saya...setiap hari selasa kalau tak salah die meniaga petang di pasar malam greenwood...setiap hari bulan puasa pun die meniaga kat tapak pasar malam greenwood tu...memang di jamin sedap...dah sejuk pun masih lembut

    ReplyDelete
  8. Samosa dia pun sedap kak jee

    ReplyDelete