Saturday, April 13, 2013

JANGAN LUPA TONTON MAJALAH TIGA, 9 MALAM INI



PETALING JAYA: Saluran TV3 pada Sabtu akan memaparkan pengorbanan pasukan keselamatan negara yang terlibat dalam Op Daulat iaitu misi menangani penceroboh Kiram di Lahad Datu, Sabah menerusi rancangan Majalah 3.

TV3 dalam satu kenyataan kepada mStar Online pada Jumaat berkata, rancangan tersebut yang akan disiarkan pada pukul 9 malam, Sabtu (malam ini) itu membawa penonton melihat bagaimana pasukan polis, tentera serta agensi lain menjayakan operasi berkenaan.

Majalah Tiga turut meninjau kehidupan penduduk yang ditempatkan di pusat penempatan sementara seperti penduduk Tanjung Labian, Tanjung Batu, Sungai Bilis, Tanduo dan Sungai Nyamuk.

“Krew Majalah 3 iaitu Mohd Said Abdullah Thani dan Jebat Rosli turut meninjau ke perkampungan Felda Sahabat 16 bagi melihat kehidupan masyarakat yang sudah mampu meneruskan aktiviti seperti biasa,” kata kenyataan itu.

Rancangan istimewa ini juga akan memaparkan kecekalan penduduk kampung yang terlibat dalam mempertahankan semangat perjuangan dan patriotik di kalangan seluruh rakyat demi Malaysia.

"Pihak TV3 berharap agar seluruh rakyat Malaysia dapat menonton rancangan ini supaya mereka benar-benar faham situasi sebenar yang berlaku untuk menghapus pengganas Kiram ini," katanya.

1 comment:

  1. saya kebetulan tertengok
    mmg kecut perut dan sgt kesian pd org kg yg terpaksa duduk di kem sementara

    ReplyDelete