Mi Udang Special RM11 |
Maaf cakaplah...sebenarnya Mi Udang Kuala Sepetang baik Mak Jah atau Mak Teh, tidak menepati citarasa Kjee. Kjee hanya boleh kata udang mereka sahaja yang fresh. Tapi rasa Mi Udang (kuahnya) tak sehebat mana.
Dekat 20 tahun lalu, Kjee pernah makan Mi Udang yang sedap sangat di Medan Selera Benteng (belakang gereja di Dataran Merdeka). Gerai tu nama Oh Fatimah dan Mi Udang tu telah direkemen oleh arwah M Rajoli.
Kjee masih ingat harga sepinggan Mi Udang di gerai Oh Fatimah ialah RM5. Boleh tahan mahal ketika itu. Tetapi berbaloi2 dengan rasa mi Udang dan udang yang besar2 dan fresh. Ala2 selak udang baru jumpa mi lah. Tapi masih ada ke tidak, tak pasti lah Kjee.
Menu macam sedap |
Kerana itu, apabila Kjee nampak Finas Osman, fren FB Kjee tayang Mi Udang D'Tanjung di Sunway Batu Caves baru2 ini, Kjee agak teruja. Finas kata sedap. Tapi jauh di sudut hati, hanya selepas cuba baru boleh confirm sedap atau tidak.
Kjee selalu lalu merentasi highway dari arah Batu Caves nak ke Gombak dan nampak Restoran Mi Udang D'Tanjung yang agak tersorok sikit. Tapi dek kerana citarasa Kjee berkaitan Mi Udang amat tinggi, maka Kjee tak pernah ambil berat nak singgah.
Dan malam tadi, selepas tidak tahu nak makan apa untuk dinner, mulut Kjee tersebut Mi Udang Sunway Batu Caves. Kebetulan kami ke kawasan berhampiran jumpa seorang teman.
Sebenarnya, Kjee dan Nadia tak lapar sebab petangnya, kami dah isi perut makan Cakoi. So Nadia suggest kami makan ringan2 jer.
Kjee fobia jugak nak masuk restoran ini sebab kedai2 sebelah (kedai mekanik) semua dah tutup. Kawasan sekeliling agak gelap. Tetapi pelanggannya boleh tahan ramai.
Poster yang menghiasi dinding agak menarik |
Dipendekkan story, Kjee order Mi Udang special (RM11 sepinggan) untuk share dengan Nadia. Apabila order sampai, Kjee hirup dulu sikit kuahnya dan senyum kat Nadia. "Sedap sayang..". Nadia pun capai sudu dan rasa kuahnya. "Hmmm sedaplah Mama."
Mi Udang Special ada 6 udang yang besar2. Udang taklah fresh sangat macam kat Kuala Sepetang tetapi rasa Mi Udang ni, boleh 'pukul' Mi Udang Kuala Sepetang, anytime! Kjee cukup puas hati. Mi Udang Kuala Sepetang rasa macam mi kuah tomato jer.
Kjee pandang sekeliling restoran. Pada dindingnya diletak gambar besar Mi Udang, Pasembor dan Cucur Udang. Next time ke sana Kjee nak try Cucur Udang, Pasembor dan Kway Teow Goreng ala Penang.
Pasembor - kuahnya sedap |
Mi Goreng Mamak - I Like!! |
Set Nasi Ikan Bawal Goreng - sedap |
Kjee juga terpandang set makanan ala Thai dari RM22 (utk dua orang) hingga RM52 untuk 5 orang. Macam2 lauk ditawarkan untuk set itu dan Kjee rasa harganya agak berpatutan. Itu pun Kjee akan cuba next time.
Tadi UnclePali makan Mi Bandung. Biasa jer. Tak boleh lawan Mi Bandung Muar.
Mi Bandung yang biasa2 jer |
Restoran ini dibuka dari jam 8 pagi hingga 12 malam setiap hari kecuali Ahad.
Kalau nak tahu Mi Udang restoran ni sedap ke tidak, korang kenalah try sendiri. Tapi tekak Kjee kata 'Sesuwai sangat2". Kjee bagi 4 setengah bintang!
Assalam kakgee, mi udang Kuala Sepetang zana tak pernah cuba, ye la dok Sabah ni mana nak cari. Setau zana ada yg sedap kat area Tambun kalau tak silap, harga pun boleh tahan la. Mi udang campur ketam pun ada tapi kedai dia taklah menarik sgt.
ReplyDeletelokasi yg kak jee ckp ni mmg dekat sgt dgn umah saya namun x pernah sekali pun terlintas nak singgah.. tp nmpknya post kak jee kali ni berjaya 'meracun' saya utk merasa mlm ni.. hehhe..
ReplyDeletesy siap suruh suami gi tenang-tenang kat mana tmpat mee udang...pasni bleh gi dating sana lak...dkat sgt dgn rumah tp tgk lokasi tersorok, ingatkn x sdap...x sabar nk cuba
ReplyDelete