Tuesday, April 9, 2013

KEMBALI SETELAH BERTAPA DUA MINGGU







Salam semua. Dah dua minggu Kjee tak update. Kjee tahu ramai yang risau. Selalunya kalau Kjee tak update, Kjee sakit kan? So Kjee dapat sms dan email bertalu2 dari followers blog ini yang ingin tahu.

Actually Kjee sihat. Alhamdullillah syukur. Ada satu dua mangkuk hayun yang sms tanya dah nazak ke? Hehehe walaupun mangkuk2 hayun ni hantar sms macam tu, Kjee anggap ia menandakan mereka sayang Kjee dan adalah pengikut tegar blog ni.

Masakan tidak. Walaupun benci entries dalam blog ini tetapi masih nak sms tanya khabar. Hahaha. Terima kasih bebanyak. Lepas ni korang lak nazak sebab doakan orang nazak. Betul tak.

Anyway on a more serius note...Kjee sebenarnya slow down menulis sejak peristiwa pencerobohan keatas Lahad Datu dulu. Semangat rasa macam dah terbang jauh masa tu. Malas nak nak merapu di sini.

Oleh kerana keadaan sudah kembali sedikit stabil (walaupun ada mangkuk hayun yang hantar mesej kat Kjee keadaan sana masih teruk dan tidak mendapat liputan berita), maka Kjee pun rasa agak tenang nak menulis.

Mereka yang nak entri masak2, pergilah bukak blog masakan seperti Dapur Tanpa Sempadan dan sewaktu dengannya yang femes tu. Kjee dah tak minat sangat nak menulis pasal masakan. Tak kesahlah kalau yang follow blog Kjee selama ini, yang minat nak tahu apa yang Kjee masak, tak follow blog ini lagi. Tapi kalau ada mood, Kjee selit2lah satu dua entri masakan nanti ya.

Pilihanraya dah dekat. Kjee bukan blogger politik tapi suka hati akulah kalau aku nak tulis pasal politik kan? Kalau korang tak suka, tiada paksaan untuk membaca.

Nak bagitahu di sini, Kjee akan undi Barisan Nasional dalam Pilihanraya ke-13 nanti. Begitu juga dengan my husband and doter. Kami sayangkan Malaysia dan kami mahu Malaysia dipimpin oleh barisan pemimpin bijak yang diterajui oleh my beloved PM, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

HIDUP BARISAN NASIONAL. HIDUP UMNO!!! INILAH BARISAN KITA!!!

Related Posts:

  • KUIH GENGGANG KESUKAANKU Kjee tak pernah pergi kelas untuk belajar buat kuih. Entahlah. Masa muda dulu sibuk mengejar berita. Bila dah tak kejar berita, berlakon pulak, kemudian sibuk menulis skrip dan kerja belakang tabir produksi drama. Bi… Read More
  • SUP AYAM JAGUNG MANIS Abaikan jari jemari king kong. Hehehe Dah banyak kali Nadia sebut pasal Sweet Corn Soup, tiap kali kami melintasi sebuah restoran di Setapak yang kini sudah tiada. Kalau ke restoran tersebut, Nadia mesti order satu m… Read More
  • HUJAN AIRMATA KERANA PAK YUS Semuanya berlaku tanpa skrip. Selalunya, apabila muncul di atas pentas, mereka ikut skrip. Ada yang nakal, kekadang terbabas adlip (tokok tambah). Tapi malam tadi, Jumaat 4 Disember 2016, semuanya berlaku … Read More
  • JAGUNG MANIS KUKUS Sajian hari ni paling mudah. Kjee saja buat nak bagi idea kat korang apa yang boleh dijadikan makanan sampingan ketika hari hujan. Maklumlah sekarang cuti sekolah. Kalau hujan anak-anak tak boleh keluar rumah. … Read More
  • MUMMY MARIANI SELAMAT BERSEMADI. AL FATIHAH KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Mariani atau nama sebenarnya Mariam Ismail, 82, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang di sini bersebelahan pusara adiknya Saloma kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu. Jena… Read More

16 comments:

  1. Kjee...sy pun sokong bn gak tp klu pas tu x sekongkol ngan pkr mayb pening gak nk pilih tp sbb pas tu joint pakatan so payah nk ckp.klu org kata mahathir tu teruk....teruk lagi anwar

    ReplyDelete
  2. saya sokong 100%...semoga k.jee sentiasa sihat sll

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah kak sihat.
    Saya pun sama, sokong BN. Dah ok, buat apa nak ubah kpd yg kita rasa sangsi.

    ReplyDelete
  4. tu lah lme k jee x update blog...nsb ada fb kjee so taw kjee still sihat...

    ReplyDelete
  5. kami sayang m'sia demi agama dan bangsa... welcome back Kjee...

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Gee, winduuuuuuuuuuunya saya ngan Kak Gee. Hari2 bukak blog ingatkan ada entri baru rupanya gambo si Syatilla tu lagi. Anyway saya pun sokong BN. Saya x mahu pemimpim macam si Polan tu. Al-JUB. Saya sayang BN selamanya. Sayang lagi kat PM kita. Tengok muka PM kita rasa sejuk aje. Semuga Allah beri kemenangan paling besar buat BN. Allah hu akbar. Amin Amin. Rynn.


    p/s : Takkan kita nak pilih pemimpim yang setuju dengan kalimah Allah dimasukkan dalam Bible kot????? Gila ke aperr.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. saya pun risau masa kak jee tak update blog.. setiap hari saya akan bukak blog Kak Jee.. frust bila tak de update terkini dari Kak Jee..

    ReplyDelete
  8. saya pun..teruja nak mengundi buat kali ke dua.!!

    ReplyDelete
  9. Syukur Kak Jee sihat, saya ternanti nanti celoteh mu!

    ReplyDelete
  10. welcome back kak gee. suka baca blok kak gee & sy adalah one of your fan di blok & fb

    ReplyDelete
  11. salam kak jee..semuga sihat selalu...ya..saya akan tetap akan pangkah lambang dacing tu.. hidup barisan!!

    ReplyDelete
  12. DULU KINI & SLAMANYA....
    KELUARGA KU PENGUNDI BN

    ReplyDelete