Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan surat watikah dan aku janji calon Barisan Nasional kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum penamaan calon pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), Sabtu ini di Bangunan Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Isnin. - Foto AZHAR MAHFOF/TheStar
BN Tampil 31% Calon Profesional, Ulama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 31 peratus calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) datang daripada kumpulan profesional dan ulama.
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya cuba melakukan secara inklusif dan yakin barisan yang ditampilkan mampu memberi saingan hebat pada parti lawan.
"Kita cuba lakukan secara inklusif di peringkat Parlimen yang mana sebanyak 91% calon memiliki Diploma ke atas.
"Kita punya pelbagai kategori penyertaan calon, 31 peratus datang daripada golongan profesional seperti profesor, Pegawai Tadbir Diplomatik dari agensi kerajaan, doktor, peguam dan ulama," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan watikah dan senarai calon kepada pemimpin parti komponen dan pengerusi BN negeri di Menara Dato Onn pada Isnin.
Najib berkata, selain daripada kumpulan itu, pihaknya turut membariskan calon yang popular di peringkat akar umbi.
"Bukan semua akan sertai kabinet jadi penentuannya adalah kebolehan untuk jadi calon pemimpin akar umbi," katanya.
Ketika ditanya adakah itu senarai yang telah dimuktamadkan.
Beliau berkata, pihaknya berharap tiada perubahan besar yang berlaku.
"Ini senarai (calon) yang terakhir, saya harap tiada yang berubah, daripada mereka yang tercalon, kami cuba berikan yang terbaik.
"Umumnya, saya yakin ini pasukan BN yang terkuat kita tampilkan. Inilah pasukan yang boleh penuhi aku janji manifesto BN. Saya juga berusaha tampilkan inklusif sebanyak mungkin," katanya. -mStar
InsyaAllah kak gee, saya dah siap beli tiket dan tak sabar nak balik kampung megundi :)
ReplyDeleteJom mengundi!!! =)
ReplyDelete