Wednesday, May 8, 2013

ASAM PEDAS DAGING ORANG MELAKA CAMPUR KL/SELANGOR




Lauk Asam Pedas Daging dikatakan menu orang Melaka. Entahlah Kjee pun tak pasti. Nasib baik darah Kjee ni separuh Melaka separuh KL/Selangor.

Tapi Asam Pedas yang Kjee masak tadi, tak ikut resipi mana2. Resipi Kjee yang hentam sahajalah labu. Kalau ada daun kesom lagi wangi. Tapi dalam stok fridge hanya ada bunga kantan dan daun limau purut jer. Nantilah bila Kjee tanam balik daun kesom di rumah baru ni, Kjee bubuhlah. Hehehe.

Kjee masak hari ni guna daging batang pinang sebab tak kuasa nak kunyah. Tapi nak bagi lagi lembut, Kjee rebus dulu guna pressure cooker. Actually guna pressure cooker ni ada dua sebab. Satu, nak bagi daging lembut dan dua nak bagi air rebusan tu lebih manis lagi.

Kalau korang tak percaya, rebus biasa pun boleh. Rebus daging sampai lembut dan airnya dimasukkan ke dalam tumisan. Rasanya lain bebenor!






Anyway, tadi Kjee buat cair sikit. Kjee guna asam keping ganti asam Jawa sebab ada kawan Kjee bangsa India kata asam keping lebih elok untuk kesihatan. Hari tu dia ada beritahu kenapa tapi Kjee dah lupa.

Selain Asam Pedas Daging (resipi klik sini), Kjee goreng peria katak dengan telor. Ada belen sambal telor pecah yang Kjee buat hari tu. So Kjee campak jer dalam dalam sayur peria tu. Ok jugak. Sedap.

Nak tambah lauk lagi, UnclePali goreng ikan kembong dan seketul dua ayam.

Terima kasih Allah atas rezeki kami hari ini.




Related Posts:

  • ROTI BAKAR BERSAMA TELOR DAN CHEESE Kjee suka sangat cari idea nak pelbagaikan makanan berasaskan roti. Macam-macam dah Kjee try. Dan ini yang terbaru... Kjee bagi nama Roti Telor Cheese Bakar. Kjee jumpa resipi ini kat FB seorang rakan. … Read More
  • TELOR ITIK MASAK LEMAK AJE Dah banyak hari Kjee tak masak nasi. Hari ni Kjee heret diri ke dapur sebab dah tak lalu asyik makan kat kedai. Hari-hari pening fikir apa nak makan. Since pagi tadi UnclePali belikan Kjee lontong untuk sarapan, maka … Read More
  • BUBUR LAMBUK TELOR ASIN YANG SPECIAL Apa hal lah special sangat ni. What's so special? Hmmm special sebab telor asin dipecahkan ke dalam bubur semasa tengah mendidih. Mana ada orang buat kan? Dan special sebab suka kita lah nak letak. Kita yang buat … Read More
  • SARAPAN YANG MUDAH DAN DISUKAI RAMAI Scrambled Eggs my way Sunny Side Up aka Telor Mata Kerbau Half Boiled aka Setengah Masak Grilled Bread - suka charred marks Grilled Bread with Scrambled Eggs Egg Benedict aka Telor  Separuh Ma… Read More
  • CARA BUAT EGG ON TOAST - ATAS PERMINTAAN RAMAI Ramai sangat yang nak tahu cara Unclepali buat egg on toast. Actually, bukan tiap kali Unclepali buat ia menjadi dengan perfect. Macam pagi ni. Tak tahu mood apa yang dibawaknya bersama ke dapur maka telor separuh masak… Read More

1 comment: