FOTO EHSAN GOOGLE |
Kjee langsung tak minat nak highlight story budak2 hingusan ini, yang kononnya pelakon, yang tak pernah pun register dalam otak Kjee. Kjee tak kenal mereka sebabnya of course lah lakonan mereka langsung tidak mempunyai impak yang besar dalam industri seni tanahair. Maaf.
Tetapi tadi Kjee baca tulisan sahabat Kjee, Oda Ismail dalam kolum beliau dalam news portal Agendadaily. A very good piece by an excellent wartawan hiburan, yang Kjee rasa amat rugi kalau korang tidak dapat membacanya.
Hari ini saja dua nama tiba-tiba jadi popular. Bukan hebat kerana bakat lakonan sekalipun kerja kedua-duanya adalah berlakon. Hairannya, saya tidak kenal pun mereka.
Ada pelakon yang bila orang sebut nama saja, sudah nampak dalam kepala kita drama atau filem hebat mereka. Tapi dua nama ini, Afiq Muiz (lelaki) dan Eina Azman (perempuan) langsung tak tercalit dalam kotak ingatan saya. Penyanyikah? Pelakonkah? Pelawakkah? Tapi, sumpah, mati-mati saya ingat yang dia Bangla potong rumput kawasan rumah saya....
"Ada, mereka tu pelakon drama TV,'' kata seorang kawan.
Begitulah tak berbunyinya loceng ingatan di kepala saya. Kalau mereka pelakon drama kenapa saya tak kenal.? Bermakna tak ada langsung lakonan atau persembahan mereka yang meninggalkan kesan. Otak kita menyimpan banyak memori bergambar, dan seringkali ia akan terbuka frame demi frame jika sesuatu peristiwa itu betul meninggalkan kesan.
Tapi Ahad, 14 Mei, tiba-tiba saja dua budak mentah ni melonjak jadi buah mulut orang. Bukan, bukan pasal mereka dapat masuk University Oxford, tak juga dapat tawaran Uwei Shaari tapi pasal buat sidang akhbar melahar mak sendiri! Ulang ye: Afiq buat sidang akhbar dengan cinta hatinya, Eina, melahar Puan Hasliza Mohd, 48. Hasliza adalah ibu kandung Afiq. Untuk pengetahuan Afiq umur 25, cinta hatinya Eina, baru 18 tahun!
kita ikuti bagaimana seterusnya kehidupan si afiq ni...saya yakin dia tak akan ke mana2 selagi dia tak berbaik semula dgn ibunya.
ReplyDeleteslm kak jee saya ada usik2 sikit ttg depa ni,di blog baru2 ni.ntahlah sbg anak saya cuba fahami keadaan afiq.sbg ibu dan mmg saya ni ibu kpd 3 org ank,saya fhm apa yg ibu afiq rasakan hurm....
ReplyDelete...Kak Jee...kim salam Kak Odah eks, kalau jumpa...
ReplyDeletesalah dua2 jugak.. mak pun salah.. anak beribu kali la salah.masalah keluarga tak payah la nak pi cerita kat media.. masalah tak selesai tapi makj teruk. sebagai anak si pelakon tu pun kena tau batas2 seorang anak kalau nak menegur mak dia pun.. dan sebagai seorang mak tak semestinya dia boleh buat apa saja. Syurga tetap di bawah tapak kaki ibu tapi tak bermakna ibu sentiasa betul.. anak pulak walaupun masalah & salah mak.. kena ingat menyakiti hati ibu tak masuk syurga. sebagi ibu mahupun anak.. kena la ada tolak ansur & bijak untuk cari jalan selesaikan masalah bukan cari jalan untuk buat masalah kecik jadi besar
ReplyDeleteerm..anak tak sepatutnya buat begitu sekalipun emak salah.
ReplyDeletekak jee saya sokong apa yang di tulis oleh penyanyi nurul.
http://nurulwahabdepp.wordpress.com/2013/05/20/si-tanggang-moden-hmmm-entahlah/
assalamualaikum kak jee..salam perkenalan dari yf..
ReplyDeletesebagai anak rasenye tak elok kot kalo buat camtu. buruk2 die pun die tetap mak kite..darah yang ade dlm diri kite ni pun darah die jugak. ingat die yang lahirkan kite tanpe die takkan wujud kite kat dunia ni. berdamai la yer..sorry hanye sekadar pendapat saje ^_^
malas dah nak komen benda2 macam ni kjee... buat sesuatu tnpa fikir dulu!
ReplyDeletesaya pun kata MAK salah ANAK pun salah. Bezanya sbg MAK tentulah salahnya pada ANAK terpadam bila si ANAK ' melawan' cuba menegakkan apa yang didakwanya kebenaran. Sebab anak mana boleh LAWAN emak apatah lagi secara terbuka begini. MAK boleh buat salah pada anak .. tapi anak tak boleh membalas. Itu bukan budaya masyarakat MELAYU dan jauh sekali dibenarkan dalam ISLAM. Yang paling tak kenanya .. si MAK buat citer kat media pula .. ishkk .. silap besarlah. Anak muda macam Afiq sure melenting melainkan dia anak yang beriman. Takkan di buatnya sidang media bersama teman rapat tapi mesra itu. Peranan sanak saudara penting di sini untuk meredakan keadaan dan memulihkan hbgn ibu dan anak. Sebagai emak jangan ingat kita sentiasa betul. Sebagai anak jangan pula anggap emak kita berniat jahat .. nauzubillah. Tentang EINA tu .. pertama kali saya ' temui' dia dalam lakonan ala-ala SNOW WHITE .. memang memualkan cara lakonannya. Ingatkan lakon je rupa-rupanya di luar pun gitulah cara cakapnya . Apa pun dia memang tak matang akal cuma matang ' fizikal' je.
ReplyDeletealmaklumlah....berkasihkan anak orang kayaaaa..malu la dia mak dia orang melaratttttt...anak tak kenang jasa. harap muke handsome je tp perangai dengan mak sendiri macam babi
ReplyDeletemak mana x marah kalo anak yg diharapkan dapat meringankan beban dia dah melupakan atau buat-buat lupa. penat tau sebagai mak dia kata berusaha cari rezeki jual burger dgn pendatapan tak seberapa, tp last-last anak dia bak kacang lupakan kulit, kalau mak dia x sakit hati sangat, tak de nyer dia nak sms mcm tu...orang yg komen kat atas2 tu cuba letakkan diri kat mak dia..kalo mak dia berharta atau ada duit secukupnya dan hidup senang sikit, aku rasa dia tak melenting mcm tu...siannnn mak kita tau.
ReplyDeletesebagai seorang anak..mestilah menjaga maruah ibu....jangan dilupa...syurga dibawah tapak kaki ibu....dan bakal soerang menantu..sepatutnya bukan menambah lagi cuka dikudis...sepatutnya mendamaikan dan menyejukkan hatisertai mengingatkan kepada yang sudah lupa akan pengorbanan seorang ibu..yang tak terbalas....
ReplyDelete