Tuesday, May 21, 2013

DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE










Apa itu dimsum? Dimsum adalah makanan orang Kantonis. Ada banyak jenis Dimsum. Ada yang kukus, yang goreng dan yang dibakar. Ianya tidak pedas dan dimakan dengan sos cili dan sos manis dan biasanya dimakan untuk sarapan.

Siew Mai adalah salah satu jenis Dimsum yang mudah dibuat dan sedap dimakan. Bagaimanapun, tidak semua restoran yang menjual Dimsum halal. Dan kerana itu, Kjee terpaksalah belajar buat sendiri kalau tak jumpa restoran yang jual Dimsum halal.


Hari ini Kjee buat dimsum setelah banyak tahun tak buat. Actually antara sebab Kjee malas nak buat ialah, penghuni rumah kami hanya tiga orang. Kalau makan kat restoran lebih mudah.


Tapi oleh kerana ramai jugak frens di FB yang ingin tahu camner nak buat dimsum, so hari ini Kjee ringan2kan tulang lah..ehhh ringan tulang ke ringan tangan...oppsss ringan tulang. Hehehe dah lama tak sekolah, peribahasa, simpulan bahasa dah tak mahir lagi.

Nak buat dimsum ni bukanlah susah hanya masalah untuk mendapatkan kulit wantan atau wantan wrappers atau wantan pastry.



Wantan Pastry dijual di bahagian tahu kebanyakkan supermarket


Pagi tadi UnclePali ke Hero Market tapi tak jumpa. Kemudian apabila tengok muka Kjee ketat sebab dah excited nak buat, kami pun singgah kat Giant. Dan apabila dia kembali ke kereta, isterinya senyum lebar. Ala murah jer...sepeket tu hanya RM2 something something. Orang lelaki kalau beli barang jarang tengok harga!

Untuk dimsum hari ini yang dipanggil Siew Mai, Kjee guna isi ayam dan udang. Kjee tak dapat nak agak berapa banyak Kjee guna. Tapi adalah dalam segenggam isi ayam bahagian dada dan segenggam isi udang. Korang adjust lah yer sebab segenggam Kjee macam segenggam King Kong. Kahkahkah.

Kjee masukkan udang, ayam dan 2 sudu tepung jagung ke dalam Food Processor. Kalau tak der FP, korang cari jalanlah nak guna blender kecik yang kita kisar bahan2 kering (spice blender) atau tumbuk guna lesung pun boleh. Setelah halus kedua2nya diblend, dikeluarkan dan dicampurkan dengan tepung jagung hingga sebati.

Kjee telah potong halus2 setengah batang carrot, 4 cendawan shitake kering yang telah Kjee rendam kemudian hiris halus2 dan sehelai dua daun bawang yang jugak telah dimayang halus. Campurkan sekali ke dalam ayam tadi. Pecah telor sebiji, pukul sedikit dan masukkan jugak dalam bahan2 tadi. Gaul hingga sebati, bubuh sikit garam pak aji kalau guna dan kira2 setengah sudu kecik minyak bijan.

Simpan dalam peti ais selama sejam.






Apabila sedia untuk membentuk Siew Mai, Kjee jerang dulu air dalam kukusan. Kemudian keluarkan wantan pastry dari fridge. Keluarkan sedikit sahaja dari dalam peket. Kalau keluarkan semua nanti ia menjadi kering. Kemudian Kjee guna cookie cutter untuk memotong bulat wantan pastry tu.


Kjee buat yang kiri. Yang kanan Kjee google.


Kjee celup jari telunjuk dalam sedikit air dan sapu pada sehelai wantan pastry tu. Pastu amik satu sudu kecil inti ayam tadi dan letakkan tengah2 wantan pastry. Kalau lihat gambar, boleh jugak dibentuk Siew Mai seperti itu.

Ulang sampai habis. Baki wantan pastry disimpan elok2 dalam peti ais dan boleh guna lain kali. Susun dalam kukusan dan kukuslah hingga masak i.e. 10-15 minit.





























Selamat mencuba. Sedap kalau bubuh isi ketam bersama ayam atau ketam bersama udang. Kita yang buat dia kan!!

Nak mudahkan korang, dibawah senarai bahan2. Kjee agak2 jer so korang pepandai jer lah adjust yer.

1. Wantan Pastry
2. Isi ayam (tanpa kulit)
3. Isi Udang
4. Cendawan Shitake kering
3. Carrot
4. Daun Bawang
5. Minyak bijan
6. Sebutir Telor
7. Tepung Jagung

KLIK jugak sini.





14 comments:

  1. Sedap tu Kak Jee..kami sekeluarga peminat tegar dimsum disebabkan hubby berbangsa cina. macam yang kak jee kata hanya restoran dihotel2 besar saja yamg jual dimsum halal.makanya kenalah buat sendiri. Ros pun ada banyak kali poskan resepi pelbagai dimsum diblog. Puas hatikan buat sendiri.

    ReplyDelete
  2. nmpak sedap n x mudah juga... let me try first..tq

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak Jee.. saya pun selalu buat sendiri tapi inti dia ikut suka hati saya he..he..... kali ni nak ikut resepi akak lah ... thanks kak jee share resepi...

    ReplyDelete
  4. Kak Jee, kat mana nk beli bamboo basket ni,lama gak mencarik,tq

    ReplyDelete
  5. Kjee beli kat Chow Kit. Ada banyak saiz. Harga bleh tahan jugak.

    ReplyDelete
  6. Noorsalha Meor RazallyMay 23, 2013 at 10:11 AM

    Kak Jee, tq coz fav saya ni tapi susah nak dapat la. since kak jee dah post di blog boleh la saya cuba. wantan pastri ni nak dapat dimana n selain wantan pastri apalagi yg blh digunakan utk buat dimsum ni.

    ReplyDelete
  7. saya dan anak2 pun minat sungguh ngan dimsum..selalu beli di pasar tani Kelana Jaya..ada yg dah siap kukus dan boleh beli yg mentah (frozen)..kat Giant pun ada jual Halal dimsum ni...mmg beli berpeket2 stok dlm petiais

    ReplyDelete
  8. sedapnya..saya dan keluarga gemar makan dimsum, xkira la kukus atau goreng...nak cuba la resepi kak jee ni.. :)

    ReplyDelete
  9. terima kasih banyak2 kak jee dapat saya buat dim sum anak2 saya memang suka sangat dim sum ni they'r on a strict diet langsung tak makan nasi sebab dulu diaorg gemuk nearly 100 kg sekarang ni dah turun 60kg dah hilang 40kg i think that's a great achievement sometimes i was amaze at their determination anyhow i give them a great encouragement by cooking no oily food.

    ReplyDelete
  10. salam kenal kakjee..

    sy gugel2 blogpost pasal dim sum ni, terserempak plak ngn blog kakjee... mase tgk gmbr kat atas yg pakai spek tu, mcm dh agak dh ni plakon yg klakar zaman sy kecik2 dulu ni.. x bace lg description kat tepi.. bl dh bace tgk2 betol... ehehhe

    so nice resipi dimsum.. sy jual frozen dimsum kat minishoppe frozen sy tp ambik dr IKS je.. bl tau step by step nk buat dimsum ni rase nak buat sendiri plak :)

    ReplyDelete
  11. td ada kawan bawak mende ni, cam teringin lak nak buat sdiri
    tq kak jee

    ReplyDelete
  12. ada kan kulit wantan yg bulat

    ReplyDelete
  13. Tak pernah try dim sum, nanti nak try lah... tq for the idea 😃

    ReplyDelete