Monday, May 27, 2013

HATI2. DAKWAT SURAT KHABAR BOLEH KENA KANSER DAN PENYAKIT KRONIK


Setahun setengah yang lalu, Kjee ada menulis entri untuk menyedarkan korang semua betapa bahayanya menggunakan surat khabar untuk membungkus makanan. Mungkin ramai yang pandang remeh perkara itu. 

Hari2 kita dengar cerita orang kena kanser. Kalau tidak sedara mara terdekat, kengkawan atau kawan2 kepada kawan2 kita. 

Ada yang menyalahkan takdir dan tidak kurang juga mempersoalkan kenapa Allah swt memilih mereka untuk dihinggapi penyakit maut itu.

Apabila adik Kjee dulu (kini arwah) telefon Kjee untuk beritahu dia kena kanser payudara, Kjee tak tahu apa nak kata. Kemudian perlahan2, Kjee suruh dia redha ketentuan Illahi dan dia harus bersyukur menjadi antara insan terpilih untuk mendapat penyakit itu.

Kenapa Kjee kata insan terpilih? Sebab kita semua sedia maklum, apabila kita kena kanser, kita seakan akan sudah tahu, kita di ambang maut. Jadi, pertingkatkanlah persiapan dalam bentuk amalan untuk ke sana. Wallahualam.

Jauh benar menyimpang cerita Kjee dari maksud utama Kjee menulis entri ini. Maaf.

Tadi Kjee seperti biasa membaca semua akhbar secara online sebelum Kjee buat kerja2 rumah lain. Antara yang Kjee baca yang cukup menarik perhatian Kjee ialah mengenai pengunaan surat khabar untuk membungkus atau toskan makanan.

Berita dalam The Star hari ini adalah dipetik dari Dr T Jayabalan, konsultan Pusat Racun Negara (National Poison Centre Consultant).

Menurutnya, dakwat yang digunakan untuk mencetak akhbar ada kebarangkalian menggunakan chemical yang boleh menyebabkan kanser dan penyakit2 kronik lain.

Justru setiap hari kita dengar kematian dari penyakit2 kronik. Dan kita seringkali mempersoalkan kenapa ia berlaku. Ia berlaku atas kealpaan kita. Cerminkan dulu perbuatan kita seharian. Kalau kita tak buat, pekedai yang melakukannya. 

Ramai yang seronok melihat nasi lemak (sebagai misalan) dilapik daun pisang ataupun plastik dan dibungkus dengan surat khabar. Korang akan kata, wah nostalgiknya. Teringat masa zaman kanak2. Tetapi korang sedar tak kemungkinan daun pisang dan plastik itu boleh bocor dan menyerap dakwat surat khabar?

Tepuk dada, tanya selera lah. Korang tak nak jaga kesihatan sendiri, tiada siapa yang boleh tolong.

Klik sini untuk apa yang Kjee baca mengenai penggunaan surat khabar untuk membungkus makanan. Dan di sini untuk yang Kjee tulis dulu.


Related Posts:

  • RAKYAT PALESTIN BUKAN SPECIES MEMINTA MINTA!UPDATE GAZA Kanak2 Palestin gembira dengan kedatangan insan prihatin Malaysia  Begitu teruja Kjee baca berita yang disampaikan oleh Afdlin Shauki yang menyertai delegasi Aqsa Syarif ke Palestin sejak Isnin lepa… Read More
  • 400 PERDERMA DARAH DIPERLUKAN SETIAP HARI! Apabila baca berita mengenai kempen2 derma darah, hati Kjee selalu terusik. Di zaman muda Kjee, kerja Kjee adalah mengunjungi Bank Darah HKL untuk menderma darah. Tiga atau empat bulan sekali Kjee akan pergi derma. Kje… Read More
  • RAKYAT MALAYSIA DOAKAN KALIAN SELAMAT DI GAZA Sebahagian daripada 120 orang rombongan sukarelawan dari Aman Palestin Berhad bersiap sedia berlepas ke Gaza bagi "Misi Solidariti Gaza" ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Rabu. Misi … Read More
  • MISI KEMAKNUSIAAN KP1M TIBA DI GAZAUPDATE GAZA GAZA: Selepas menempuh perjalanan selama 34 jam dari Kuala Lumpur dan melalui begitu banyak pusat pemeriksaan keselamatan, akhirnya misi kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) tiba di kawasan kedia… Read More
  • MALAYSIA SERI 1 GOL DENGAN THAILAND Pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha aka Mat Yo meraikan jaringan pertama bersama para penyokong pasukan Harimau Malaya ketika menentang Thailand pada perlawanan separuh akhir pertama di antara Malaysia men… Read More

5 comments:

  1. ..betul tu kak jee.nasi lemak daun pisang pun sy xnk beli lg.maklumla kekadang daun tu x bersih mane lak tau tkene kencing tikus pulak kt daun tu.bg sy la kalau bole di elak jauhkn la..

    ReplyDelete
  2. betul...ramai yg tak ambil peduli.artikel ttg bahaya dakwat kat paper ni dah lama diterbitkan.

    ReplyDelete
  3. tak ada benda yang selamat dah. guna polisterin bahaya .. guna kertas bergam warna perang tu .. pun bahaya, guna plastik bahaya juga .. guna melamine pun tak boleh .. masak sendiri dan letak dalam pinggan kaca di rumah sendiri je yang selamat.

    ReplyDelete
  4. assalam

    Salah seorang ahli keluarga kami didapati mengidap kanser hati pada hujung tahun lepas. Dr Conventional hanya memberi option utk liver transplant...yg banyak risikonya. Saya tidak bersetuju dan meminta petunjuk dariNya. Alhamdulillah di pertemukan dgn Dr Alternatif...yang saya faham cara perubatannya lebih kepada menyihatkan kembali sel-sel badan. Antara nasihatnya...jgn guna periuk/kuali aluminium...ceramik, kaca, stainless steel, ok.
    Bekas bekas makanan plastik, aluminium, polisterin...semua kena tinggal. Sekarangni nak baking dah cari pyrex balik. Msg, perasa kena tinggalkan...nih selalu ada dlm masakan restoren. Segala sos, kicap, tomato, cili, tiram pun kena omitted. Masak guna minyak zaitun, or carotino. Goreng bawang pun tak boleh garing2. No bawang goreng. jaga cara pemakanan. Jangan makan makanan yg dibuat dari beras n tepung together...kalau sarapan nasi lemak, jgn makan bersama mee, atau kuih yg buat dari tepung...kalau nak jugak, tunggu after setengah jam...Amalkan the first thing inthe morning...setengah gelas air suam + perahan setengah biji limau nipis agak kuning + 1 titik atau 1 spray minyak habbatussauda...cuci arteri n vena jantung, liver...dah setengah jam baru proceed mkn or minuman lain. Ubat cholesterol hospital boleh asbab kerosakan buah pinggang..
    ...sebelum tidur amalkan setengah gelas air suam bercampur 1 sudu madu + 1 titik atau 1 spray minyak habbatussauda. Kalau demam minum air kelapa muda yg diperah limau nipis...minum pakai straw dari kelapa...jgn amik paracetamol...Kalau mengantuk nak driving jauh, minum air kelapa fresh..bukan tin. Kalau letih, minum air suam dgn about 3 drops habbatussauda oil. Kurangkan deep fried food. Yg dah cancer, tinggalkan dulu deep fried food.

    ..antara yg saya dpt share..Anon..

    ReplyDelete