Jeng jeng jeng...burger bakar air tangan mokcik! Hahaha. Walaupun gambar tak lawo tapi rasanya tatap menjadi pilihan hatiku. Kenapa korang ketawa? Ko ade?
Memang dah lama teringin nak buat pattie burger sendiri. Dua hari lepas apabila ke Jaya Grocer, Kjee rembat 3 peket 400gms daging cincang Ramly. Ada plan lah tu nak buat burger sendiri. Tapi tak tau bila.
And then, semalam apabila Nadia beli burger celup blackpepper sauce di gerai berhampiran tapak ceramah di Seksyen 6 Shah Alam, Kjee punyalah terliur. Tapi sedihnya Nadia beli dua jer. Satu untuk dia dan satu lagi papa dia. Masa dia nak pergi beli, tanya Mama nak ke tak nak, Kjee geleng kepala. Kononnya dah kenyang.
Tapi apabila Kjee mengendeng sikit, aduhhh punyalah sedap. Nyesal lak tak suruh dia belikan. Tapi dek kerana orang dah mula ramai, malas lak nak nyusahkan Nadia suruh beli lagi.
Lepas Asar tadi, Kjee suruh Nadia defrost 2 peket daging cincang Ramly. Tamak giler sebab hajat hati nak buat burger bakar yang debab sikit. Hehehe.
Kjee mula dengan cincang dadu satu labu bawang besar. Kemudian Kjee blend 1 keping roti (breadcrumbs tak ada stok), pukul sebutir telor dan campurkan dalam daging hingga elok bersatu. Kemudian Kjee bubuh jugak satu sudu Ajishio Blackpepper. Kalau tak de, korang bubuhlah serbuk lada hitam dan sedikit garam.
Lepas tu, korang kepal lah besar mana korang suka. Daging cincang dua peket tu (kira-kira 800gms) jadi 6 biji burger pattie. 1 keping tu beratnya kira-kira 133 gms. Besar tu tau! Oleh kerana kami bertiga jer, so Kjee simpan yang 3 lagi dalam freezer. Bekfas pagi esok.
TERBARU - Ini breakfast punya |
TERBARU - Ini Burger Bakar Special UnclePali yang dia buat untuk sarapan |
Pastu Kjee buat sos lada hitam. Potong bulat 1 labu bawang besar, cincang dua biji bawang putih dan tumis guna sedikit butter dan minyak Zaiton. Bila bawang dah layu, masukkan 2 sudu tepung gandum dan masak hingga agak brown. Pastu bubuhlah air (agak2 dalam setengah mug). Didihkan dan masukkan 1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk kasar.
Pastu masukkan 1 beef cube, 1 sudu kicap manis (untuk warna) dan didihkan hingga sampai kepekatan yang korang nak. Itulah sos blackpepper.
Pastu Kjee panaskan grill pan dan grill atau bakar daging burger. Kjee tak bakar lama. Garing jer kedua2 belah, Kjee dah angkat. Kalau lama sangat dibakar nanti daging rentung dan keras.
UnclePali beli jer burger bun tadi. Nak buat sendiri tak sempat. Bakar bun dan celupkan daging burger dalam sos black pepper sebelum diletakkan atas bun. Boleh letak slice cheese kalau suka. Kjee bubuh Mustard dan Mayo. Tak perlu cili sos sebab sos blackpepper dah cukup. Salad tak de jadi guna timun Jepun jer.
Itulah dinner kami tiga beranak. UnclePali dan Nadia suka sangat. Hah lepas ni, tak perlu lagi makan burger bakar kat luar.
Ini burger yang UnclePali buat tanpa sos blackpepper. Tapi dia bubuh bbq sos. |
slm kak jee wah ni blh bukak booth ni....nmpk sedap btl he3...blhlah try resipi tu nnt...tqvm ye :)
ReplyDeleteApaaa nii kak jeeeeeeeee....grrrr...saya dah nak tido, boleh singgah sini pulakk....hahaha....
ReplyDeleteSedapnyaaaaaaa
ReplyDeleteAssalam kjee....meleleh ayor lior saya...nyum nyum....!
ReplyDeleteOMGGGGGG..baik larikkkkkkkkkkkkk!!
ReplyDeleteDa meleleh ni kak Jee..Ptg ni harus cuba..Tq kak Jee kongsi resepi mudah amat ni
ReplyDeleteDear Kak Jee,
ReplyDeleteNampak sungguh menyelerakan! Thanks a lot sebab sudi ajar cara-cara nak buat. Saya nak try buat untuk hubby nanti, mesti dia suka =)
Dah la mmg teringin nak makan berger bakar...
ReplyDeletesekali ada entry ni apa lagi....
terliur! gulp!!!
Thanks kerana sudi kongsi resepi.Nampak mmg sedap tentu lebih sedap bila dimakan :)
ReplyDeleteadeh...terliur den..
ReplyDeleteadehhhhh...terliur eden
ReplyDeleteSedapnye....menggungat selera di dalam ofis nie....
ReplyDeleteTengok burger bako blackpepper pedih perut..telior..
ReplyDelete