Saturday, May 25, 2013

JJCM - GO BANG MAJU PATIN TEMPOYAK, TEMERLOH










Dalam perjalanan kembali ke KL dari Kampung Ulu Jempul, Pahang semalam, Kjee request UnclePali amik jalan lama sebab nak singgah Temerloh makan lauk Tempoyak Ikan Patin. Memang femes sangat lauk ni kat  Temerloh.

Kjee masih ingat dulu masa baru kahwin dengan UnclePali. Dia sibuk bercerita mengenai keenakan lauk Ikan Patin Masak Tempoyak. Dia tahu citarasa Kjee dan Nadia. Kami berdua suka sangat tempoyak.

So satu hari kami pulang ke Kampung UnclePali. Kena lalu bandar Temerloh sebab masa tu highway belum siap. UnclePali bawak kami ke satu restoran di bandar. Punyalah excited kami dua beranak.

Memang enak sangat makan di situ. Kjee tak pernah rasa ikan yang 'manis dan isi ikan Patin halus'. Habis sepiring, Kjee order satu lagi untuk ratah. Bila bil datang, Kjee terkejut. Seratus lebih (tak ingat exact amount). Kjee tanya ikan tu berapa henget sepotong? Dia kata RM70!! Dua potong jadi RM140. Tak termasuk lagi lauk lain yang kami ambik!

Rupa2nya ikan yang kami makan tu Ikan Patin Liar!! Patin Liar dengan patin sangkar jauh beza harganya! Anyway, itu kali pertama dan terakhir kami makan di restoran tu! Tak berani story kat MIL takut dia marah.

Dah lama selepas tu, kami ronda2 dan jumpa satu lagi gerai di foodcourt sebelah sungai menuju ke Temerloh. Selalu jugak kami singgah di situ. Harga dan keenakkannya menepati citarasa Kjee dan Nadia. UnclePali pulak tak berapa selesa makan ikan sungai. Happynya kami sebab tak perlu share 3 orang. Hehehe.

Semalam, gerai yang selalu kami kunjungi tutup pulak. So UnclePali suggest kami cari kedai makan lain di bandar Temerloh. Masa kami sampai di traffic lights sebaik sahaja keluar dari foodcourt tepi sungai tu, Kjee nampak satu gerai dengan sigboard cukup besar. Nama kedai GO BANG MAJU PATIN TEMPOYAK.



Eh macam menarik jer ni, kata Kjee. So UnclePali drive buat u-turn. Gerai tu sebelah pam Esso.

Kat banner ada tulis, anda order baru kami masak. Masa tu tak ramai orang. Ada lah dalam empat atau lima meja yang penuh. Maklumlah dah lepas lunch time. Kjee minta menu, budak waitress tu kata tak ada. Dia kata hanya ada makanan tempoyak Ikan Patin. Semangkuk RM10. Kalau dengan nasi RM12.

Kjee tanya satu mangkuk tu boleh makan berapa orang. Dia kata seorang jer. So Kjee pandang Nadia. Dia kata try satu mangkuk dulu sebab sebenarnya kami dah lunch kat rumah MIL di kampung. Dia tanya nak bahagian kepala, badan atau ekeor? Kjee pilih ekor.

Makanan panas lain pun dia orang jual. Tapi tukang masak tak ada. Kira2 setengah jam kemudian, hidangan sampai. Kjee tengok...Isyhhh boleh makan dua oranglah. Kjee share nasi dengan Nadia. Kami makan ala ratah2.

Terkejut Kjee rasanya sedap sangat2. Kuahnya pekat tak macam kat kedai lain yang kedekut nak bubuh tempoyak! Cukup pedas dan cukup rasa! Ikan patin pun tak hanyir. Berbaloi2 dengan harga yang dikenakan!

Kjee hirup jer kuahnya. Memang sedap. Kjee beritahu UnclePali, lain kali tak payah ke kedai lain di Temerloh. UnclePali kata kalau teringin nak makan, bukan jauh pun. Ewah bestnya dapat suami yang selalu sanggup drive ke mana sahaja kalau isteri teringin nak makan.

Kjee tak pandai nak tunjuk arah ke kedai ni sebab kita bukan orang Pahang. Anyway, masa nak bayar, dia ambil bisnes kad kedai tu. So dah ada alamat kat bawah, korang check it out sendiri. Tapi kalau guna highway, tak lalulah depan kedai ni. Kena masuk ikut jalan lama ke bandar Temerloh.

Kjee bagi 5 bintang untuk lauk Tempoyak Ikan Patin Go Bang Maju Patin Tempoyak ni!






17 comments:

  1. thanks for the info kak jee. bole buat rujukan.

    koi ni orang temeloh asli....tapi bila kawan2 tanya kat mana nak makan gulai tempoyak ikan patin sedap2 kat sana, tak tau nak bagi arah.....sebab biasanya makan kat umoh je...mak yg masak....memang jadik kewajipan kalau anak2 balik kg, abah mesti pegi cari ikan patin....and mak masak. kalu tak, tak sah rasanya. saya lebih suka makan pekasam ikam patin. sedap sesangat!!!

    pasal ikan patin liar jual kedai tu, kami org temeloh memang percaya org2 luar kena tipu. selalu sgt dengar. ada yg $35 seketul, ada yg dekat $100 seketul. menipu je tu!! sebab ikan patin liar memang susah sangat, sangat, sangat nak jumpe. kami org temeloh ni pun, jarang sangat2 dapat makan patin liar. so agak mustahil org restoran boleh dapat supply jual hari2. wallahualam.

    yg mostly dijual di temeloh, adalah patin sangkar. yg kat KL ni pulak mostly patin kolam, which is very hanyir.....errrkkkk...tak lalu kawan makan weh!! - jarzenna -

    ReplyDelete
  2. ya allah..sedapnya..tp mahal kan ikan patin masak tempoyak kat sini...

    ReplyDelete
  3. Orang temerloh memang jarang makan di kedai. Nak makan pegi tepi sungai, beli je pain sangkar dlm 2-3 ekor dan masak. Baru puas. Sebut ikan patin, best part yg saya suka ialah bahagian bawah kepala @ perut. Di Kampung Baru ada satu restoran ikan sungai Pahang (Restoran Samudra Exotic) di Perbadanan Kampung Baru.

    ReplyDelete
  4. Saya pun ada jumpa tempat makan ikan patin dengan pelbagai resipi yang sedap gilerrr....tapi kat Seri Kembangan. Ikan nya memang 100% ori dari Temerloh...tempoyak pun dia buat sendiri...
    Cuba lawat blog saya, www.tgpatin.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. lagi satu ikan patin best kat C'WOK CAFE..lepas exit tol temerloh tu terus ke kanan menuju bandar temerloh..kedai makan tu belah kanan kena jln slow laa takut terlepas..sblh kedai dia tu ada bengkel kenderaan..makcik yg masak ni org kg saya..mmg sedap masakkannya..cuba laa makan kat situ pula..

    ReplyDelete
  6. Go Bang ni saya dah try gulai tempoyak ikan patin nye..saya makan dgn kawan saya...secara jujurnye pada pendapat saya masakan nye x sesedap gerai pak usop. Kawan saya pon setuju dgn komen saya.

    ReplyDelete
  7. Aku n family baru saja menjamu selera digo bang ikan patin.memang best dan kena dengan selera kita orang satu keluarga. Tk kpd yg memberi maklumat.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Kak Gee untuk info ni..saya dah pergi lepas baca blog Kak Gee...memang best dan berbaloi-baloi :)

    ReplyDelete
  9. kalau nk makan ikan patin dan baung yg BEST betul-betul datanglah ke Restoran Raja Patin & Baung di Kuala Terengganu. Memang best sangat2 dan harga sgt berpatutan..

    ReplyDelete
  10. Restoran Raja Patin & Baung keluar dalam berita Astro CH501 dari pagi tadi. temuramah dgn owner dan juga pelanggan...tentu best sampai masuk tv

    ReplyDelete
  11. go bang tuh memang terbaik.. saye pun kalau family datang dari mne2 saye akan bawa ke gobang.. sakit de kalau ramai org..sebab de masak 1 per 1.. so kne sabar menunggu..sape yang minat pais patin pun boleh cume.. tp de lain sikit resepi de.. Along catering di selera puncak temerloh Pais Patin de terbaik.. depan bangunan wisma persekutuan,dekat ngan stadium.. tepi istana singgah Sultan Pahang.. boleh cube.. cume hari biase saya tak tahu.. biase time bulan puase jek buka di situ..pais patin antara menu terbaik dia.. meh datang lg temerloh.

    ReplyDelete
  12. koi org temerloh,phang..besenye org phang xmkan ikan patin tempoyak dkat restoran..dieorg mkan ikan patin tmpoyak di rumah and msak sndiri..kedai pak usop and go' bang maju tuh legend..wlaupon ak xpnah gi kat resotran tu hihi..malas nk jalan kaki..umah dkat dari go' bang terus jlan straight ..sampai umah :D

    ReplyDelete
  13. Jarzenna(kome1st): aok biasa turun sungai cari ikan patin..? Aok kenal rupa ikan patin liar mcmana..? Berdasarkan statement aok, koi yakin aok sgt tidak mengenali rupa ikan patin liar.. Koi seorang pemancing, penjaring& penjala ikan sg.. Lain kali jgn main tuduh2 kedai makan menipu dsbgnya.. Ikan patin liar yg selalu dihidangkan ialah ikan patin buah.. Matanya kecik.. Bntuk bdn lebih bulat.. Rm70/ketul.. Kalo nk lg mahal&rare, makan patin muncung.. Harga..? X pasti.. Sbb rare sgt..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah. Terima kasih atas review yang positif ini. Kami di Gobang Maju Patin Tempoyak sangat menghargainya. Kepada yang kurang berpuas hati, maafkan kami. InsyaAllah kami akan perbaiki citarasanya lagi.

    Yang terbaru adalah ikan patin bakar! Hah memang terangkat. Kalau belum cuba, jemput singgah ya :) atau boleh juga ke laman Facebook kami www.gobangmaju.com

    - Abang #PatinTempoyak #TerlajakSedap #Temerloh

    ReplyDelete
  15. Baru kelmarin singgah, mmg sedap sampai licin kuahnya.. Tapaw lagi 3 ketul. From n9

    ReplyDelete