Bertuahnya badan. Sebut jer teringin nak makan Penang Fried Kway Teow, my princess terus buatkan untuk mama dia. Sedap sangat2 air tangan Nadia. Walaupun resipi Mama tapi memang tak leh lawan air tangan dia.
Maaflah bukan Kjee puji sebarangan. Masa Kjee meniaga dulu, Nadia yang defer (cuti) setahun dari belajar kerana nak tolong Mama dia meniaga (masa tu Kjee tak sihat), dapat pujian ramai customer. Mereka sampai kata Nadia masak lebih sedap dari Kjee!
Tersipu2 malu Nadia ketika itu. Katanya, resipi Mama...dia hanya masak seperti mana Mama ajar!
Anyway, setelah dekat 4 tahun tak meniaga, rupa2nya Nadia masih terror buat Penang Fried Kway Teow. Maaflah, Kjee sebenarnya tak suka Char Kway Teow yang basah tu. Tekak tak leh terima. Tetapi inilah cara Cina Penang buat Fried Kway Teow.
Ada seorang customer lelaki Mualaf datang ke foodcourt Kjee meniaga dulu. Dia bawak teksi. Dia kata dah merata dia makan Fried Kway Teow yang dimasak orang Melayu tapi tak boleh lawan makan di gerai Kjee. Katanya dia beri 9 markah dari 10.
Kjee tanya kenapa tak penuh? Dia kata 9 markah hampir sama dengan yang Cina buat. 1 markah tu sebab tak letak minyak khinzir! Isyhhhh. Oppps lupa dia mualaf. Itu kesah dulu2, tambahnya.
Apapun, sudi2lah mencuba. Mungkin sedap di tekak Kjee tapi tak sedap untuk korang.
Resipi di sini. Nadia pernah ajar step by step dulu untuk pengunjung blog mama dia ni. Bahan2 mudah. Guna kicap manis dan fish sos Thai jer. Tak perlu beli ready made kicap untuk kway teow goreng!
Terbaik kak jee....mck pun tak berapa suka CKT basah tu...thats more malay....
ReplyDeleteYg nadia buat tu lah yg lebih "hampir" sbb kami mmg selalu buat yg jenis kering tu....