Wednesday, May 22, 2013

ROTI JALA BERINTI KENTANG DAN AYAM







Oleh kerana dah boring asyik makan karipap jer, timbullah pulak idea nak buat Roti Jala Berinti. Lebih sihat Dari karipap sebab tak perlu deep fry.

So lepas lunch tadi, Kjee sediakan bahan2 nak buat inti karipap. Oleh kerana ada berbaki chicken breasts dari buat dimsum semalam, Kjee pun gunalah untuk buat inti. Kjee sebenarnya lebih gemar inti karipap yang guna daging. Hmmm whatever lah.

Roti Jala Berinti ni famous masa bulan puasa. Tetiba jer ramai yang menjualnya di pasar Juadah. So, kalau hari2 bukan bulan Ramadhan, memang susah nak jumpa Roti Jala Berinti ini melainkan kalau buat sendiri.

Kjee buat ini karipap biasa jer tadi. Dadu kentang dan rebus sampai empuk. Ayam dihiris atau dadu kecik2. Kemudian Kjee tumis bawang besar yang telah didadu, dalam sedikit minyak. Bila bawang dah layu, masukkan rempah kari daging. Ikut suka banyak mana. Nak pedas bubuh lebih.

Apabila rempah dah wangi, masukkan ayam dan goreng sampai kecut. Kemudian bubuhlah perasa garam dan sedikit aji kalau guna. Tos kentang yang telah direbus dan masukkan ke dalam rempah dan ayam tadi. Kacau hingga rata dan masak hingga secukupnya. Sejukkan. Kalau boleh, minyak dikeluarkan, kalau tidak meleleh2 nanti keluar di celah2 roti jala.
























Roti Jala buatlah macam biasa. Resipi di sini.

Tadi, UnclePali tukang jala dan Kjee tukang lipat. Actually lagi susah melipat (bubuh inti) daripada menjala. Tengoklah hasil yang Kjee buat. Kelakar betul. Hmmm naseb lah kan. Habis jugak nanti. Hehehe.

Kalau sudi cubalah. Kalau nak beli Botol Acuan 3 Muncung tu, sms lah Kjee di 0126780501.




6 comments:

  1. Hmmm...looks nice. Pasti nak cuba buat kjee.

    ReplyDelete
  2. slm kak jee wah fav saya ni.tak kisah makan siang malam sanggup je :)

    ReplyDelete
  3. wah ada inti roti jala ni kak jee..style jugak kan..t nk try la..

    ReplyDelete