Friday, May 10, 2013

STEW AYAM DENGAN GARLIC BREAD




Cuaca dah kembali panas. Dah dua hari tak hujan. So tak boleh makan yang pedas2 atau makanan yang berasaskan kari. Jadi Kjee buat Stew Ayam makan dengan Garlic Bread.

Kjee tak pernah buat Stew Ayam sebelum ini. Selalunya buat Ox-Tail Stew atau Beef Stew. So, bila Kjee ternampak chef omputih mana tah buat stew ayam di teevee Astro, Kjee pun teruja pulak nak buat stew ayam.

Ada tanya Kjee kat Facebook, Stew Ayam ni sup ayam ke? Yalah..suku sakat sup ayam tapi kuahnya pekat dan punyalah sedap makan cicah dengan roti. Tak kesahlah roti biasa yang sudah dibakar (toast) ataupun Garlic Bread.



Tadi Kjee guna separuh jer ayam yang Kjee beli disembelih fresh. Kjee suka texture isi ayam baru sembelih yang lebih keras sikit berbanding dengan ayam yang dah siap sembelih di pasaraya. Isinya mudah sangat hancur.

Oleh kerana guna ayam baru sembelih, Kjee beranilah reneh guna api perlahan sampai dekat 2 jam. Kalau guna ayam pasaraya, Kjee rasa satu jam dah cukup. Selepas 2 jam, isi ayam tertanggal dari tulang.

Stew Ayam ini sesuai untuk anak2 dan orang tua yang tak suka pedas. Untuk orang yang baru baik sakit pun sesuai sangat sebab rasanya sedap dan Insya Allah boleh bangkit selera makan mereka.

Tadi, Kjee potong ikut suka ayam (separuh ekor). Elok guna ayam bahagian tulang atau jugak drumstick atau peha ayam sebab dagingnya agak keras berbanding dengan bahagian dada.

Selepas dibersihkan, Kjee toskan seketika, lumur dengan black pepper (Kjee guna Aji Shio blackpepper), kemudian panaskan periuk yang agak berat sikit dengan minyak. Kjee guna Olive Oil dan sedikit butter.  Bila panas, Kjee letak berapa keping dan bagi 'brown' ayam di kedua2 belah. Brown jer jangan sampai garing.




Bila semua dah brown (dikeluarkan bubuh dalam pinggan), Kjee masukkan sedikit lagi butter (dalam 1 sudu) dan campakkan 2 labu bawang besar yang telah dibelah empat, 4 ulas bawang putih yang dibiarkan sebiji2 tanpa kulit. Bila bawang dan layu sikit, masukkan carrot dan kentang.

Pastu masukkan air hingga menutup paras ayam, bay leaf  (kalau ada tak per tapi kalau ada baunya harum) dan 2 chicken kiub ayam Maggie.





Apabila dah mendidih, masukkan semua ayam yang telah di brown tadi. Masukkan juga 1 sudu besar lada hitam yang telah ditumbuk kasar. Apabila dah mendidih, perlahankan api, tutup periuk dengan tudung dan biarkan ia reneh guna api perlahan selama 1-2 jam.

Kemudian setelah siap, rasalah. Kjee tak tambah lagi garam atau serbuk perasa tadi. Masukkan tepung sebanyak 1 sudu untuk memekatkan kuah. Apabila sudah pekat, padam api dan makan dengan garlic bread.

Kalau nak resipi Ox-Tail Stew, klik sini. Untuk Garlic Bread, klik sini.



2 comments:

  1. Adda suka makan cmni..suka garlic bread..nanti nak cuba la resepi ni..

    ReplyDelete
  2. yummmy...sedap nyer suma makanan tuu...

    ReplyDelete