DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, June 30, 2013

RTM JANJI HIDANG 'JUADAH' LEBIH BAIK DARI TAHUN LEPAS




KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyajikan pelbagai program istimewa meliputi drama bersiri, dokumentari, masakan dan keagamaan sepanjang bulan Ramadan kali ini.

Pengarah Bahagian Program TV, Suhaimi Jamalim berkata program yang dipilih kali ini bukan sahaja untuk masyarakat Islam namun boleh ditonton secara umum dan pelbagai agama.

"Kita memberi program istimewa sepanjang Ramadan kali ini lebih baik berbanding tahun lalu.

"Kali ini bukan sahaja tertumpu kepada umat Islam yang menjalani ibadah Ramadan malah kebanyakan program bersifat umum merentasi etnik, bangsa dan agama," katanya pada sidang media majlis Tayangan Program Istimewa Ramadan, di sini, Jumaat.

Tambahnya, RTM turut mengekalkan rancangan tunggak yang disiarkan setiap kali Ramadan dengan pengisian lebih mantap.

"Kita akan siarkan rancangan tahunan seperti Syahadah yang kini masuk musim kelapan di mana kali ini kru Syahadah mengembara ke benua Eropah, Jerman dan Scotland bagi meninjau perkembangan saudara muslim di sana," katanya.

Selain itu, beberapa telefilem menarik menampilkan pelakon-pelakon terkenal akan disiarkan di slot Nurani seperti Masih Ada Waktu, Ramadan Jangan Ambil Nyawaku danReda Dan Pasrah akan disiarkan pada setiap Jumaat, manakala drama komedi sepertiCalon Menantu dan Sudah-Sudahlah akan disiarkan di Panggung Ahad.

Selain itu, program majalah masakan popular, Ketuk-Ketuk Ramadan yang memasuki musim keenam akan disiarkan pada setiap hari, pukul 12.30 tengah hari.

Tidak ketinggalan rancangan khas kanak-kanak seperti Ramadan Mat Jo, Kisah Adik-Adikku, Adik-Adikku Mengaji disiarkan sekitar 3 hingga 6 petang pada setiap hari.

Friday, June 28, 2013

SAYUR BUNCIS + CENDAWAN SHITAKE SEGAR



Lauk kat belakang tu Gulai Tempoyak Ikan Kembung



Kekadang Kjee rasa pelik jugak apabila tengok orang sekarang tak suka makan sayur. Bukan budak2 tau tapi orang dewasa. Agaknya sejak dari kecik ibu dia orang tak pastikan sayur menjadi menu penting dalam diet seharian.

Maka tabiat itu terbawa2 sampai ke tua, sampai beranak pinak. Sampai satu hari nanti, kalau kita tanya anak2 dia, nak makan sayur tak? Nanti dia akan tanya sayur tu apa?

Nasib baiklah Nadia suka sangat makan sayur. Kalau makan nasi, kami berdua beranak boleh ratah sepinggan besar sayur sampai kenyang. Kahwin lak dengan UnclePali... ada sayur okay, kalau tak ada, tak ada masalah.

Tapi masa dah berjalan 13 tahun hidup dengan kami, UnclePali dah mula suka makan sayur especially kacang buncis. Kalau digoreng guna telor, lagilah dia suka.

Anyway, sayur buncis dengan cendawan shitake ni Kjee masak semalam. Saja campur cendawan shitake segar ni sampai dekat 1 peket sebab takut rosak sebab dah seminggu beli. UnclePali dan Nadia, kureng sikit bab cendawa shitake Alhamdullilah sukanya aku. Nadia kata baunya tak best. UnclePali? Tak kata apa cuma dia hanya makan sayur buncis.

Oleh kerana ada udang, Kjee pun campakkan udang sikit. Kalau tidak, cukup jer bubuh cendawan dan kacang buncis. Ala2 vegetarian gitu.

Kjee jarang masak guna sos tiram. Kalau goreng sayur ala2 Chinese style, Kjee hanya ketuk sedikit bawang putih, tumis dengan minyak jagung. Lepas tu bubuh sos ikan atau nampla, sedikit Pak Aji dan golek2 pantas atau stir fry.

Masa nak padam api, titiskan minyak bijan dalam satu sudu kecik. Itu jer. Kena makan panas2 baru sedap. Sebab itu, bila hidangan lain dah duduk atas meja, baru Kjee goreng sayur.



ORDER BISKUT RAYA SEBELUM TARIKH AKHIR


Hari terakhir Kjee ambil order biskut Raya, untuk diambil seminggu sebelum Hari Raya,  ialah pada hari Jumaat 5 Julai 2013. Order selepas itu, akan hanya dapat diambil selepas Hari Raya.

Senarai biskut seperti dibawah. Klik sini untuk mendapatkan nama biskut dibawah. Harga setiap pek RM26 (42-52 keping) kecuali Blueberry Tarts RM28.

Untuk order sila sms 0126780501. Hanya untuk mereka yang tinggal di Lembah Kelang yang meliputi Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan jugak PutraJaya. Terima Kasih.



Biskut Tart Blueberry RM28








Thursday, June 27, 2013

ROTI BAKAR CENDAWAN DAN SCRAMBLED EGGS










Kalau bosan makan roti setiap pagi untk breakfast isyhhh aku boleh makan roti sepanjang hari,  Kjee akan pelbagaikan resipinya supaya tak bosan. Dan inilah resipi menggunakan roti yang Kjee suka sangat. Itupun kalau ada stok cendawan segar dalam fridge.

Dulu kalau buat, Kjee bakar dalam oven setelah susun scrambled egg dan mushroom atas roti dan tabur cheese. Tapi kali ini Kjee malas nak panaskan oven, so Kjee grill jer roti atas grill pan. Pastu Kjee letak scrambled eggs dan mushroom diatasnya dan tabur Parmesan Cheese. Siap.

Scrambled eggs, Kjee buat cam biasa, resipi klik sini, tapi hari ni warnanya agak lebam sebab Kjee bubuh blackpepper. Kjee guna Ajishio Blackpepper sebab ada perisa. So tak perlu bubuh garam.






Untuk mushroom pulak, Kjee hiris beberapa cendawan Shitake, cincang 2 ulas bawang putih. Tumis bawang putih dalam minyak yang sedikit, lepas tu masukkan bawang putih, goreng sampai wangi. Pastu campakkan cendawan. Bubuh Ajishio Blackpepper dan goreng selama 3 minit atau sampai cendawan dah masak.

Grill roti atau toast dalam pembakar pun boleh.  Kjee guna Roti Gardenia Brown. Letakkan scrambled eggs atas roti dan letak jugak cendawan diatasnya. Taburlah dengan cheese kesukaan anda. Boleh letak jugak ceddar. Sukatilah.

Kalau suka, amik sekeping lagi grill toast dan telangkupkan diatasnya. Buat cam sandwich. Boleh makan dengan sos cili.






BENJY KENA TAHAN PASAL DADAH LAGI!

Foto ini ketika ditangkap sebelum ini, agaknya.


PETALING JAYA: Pelakon Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pada pagi Rabu atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini.

Utusan Malaysia melaporkan, anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi semalam selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu hari ini di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.

"Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya," katanya.

Wednesday, June 26, 2013

AGAR2 KASTAD JAGUNG MANIS ANAK DARA







Kelmarin Nadia buat Agar2 Kastad biasa. Semalam dia buat pulak Agar2 Kastad Jagung. Dah lama Mama tak buat sebab tu dia buat sampai dua hari berturut2.

Balik jer rumah tadi dari lunch di Group Base, Sri Damansara, semalam, Mama sibuk layan emel, dia kat dapur sorang2 kerjakan Agar2 Kastad. Sesekali menjerit ajak Kjee join. Maklumlah kalau silap buat nanti, Mama boleh naik hangin. Hehehe.

At last dah siap. Sengih from ear to ear.

Jom kita tengok resipinya.





AGAR2 KASTAD JAGUNG MANIS

BAHAN2

1 peket agar2 tali
1 tin susu cair
1 cawan gula
4 sudu besar tepung kastad
1 tin jagung manis
1.5 litre air (1 botol besar coke)

CARA

Jerang air. Apabila sudah mendidih, masukkan agar2 tali dan masak hingga hancur. Masukkan 1 cawan gula putih. Masak lagi hingga hancur.
Tapis jagung manis. Bancuh 4 sudu besar tepung kastad ke dalam air jagung yang ditapis tadi hingga larut.
Masukkan 1 tin susu cair ke dalam periuk agar2. Kacau. Apabila sudah mula mendidih, curahkan bancuhan tepung kastad dan kacau pantas2 selama kira-kira 3 minit.
Kemudian masukkan jagung dan kacau perlahan selama 3-4 minit. Padam api.
Curah ke dalam acuan. Sejukkan di luar kemudian masuk dalam fridge.



AL FATIHAH. SITI SARAH KEHILANGAN IBU TERSAYANG

Arwah Nuraini (kanan) bersama Siti Sarah dan Raisuddin


Salam takziah buat penyanyi Raisuddin Hamzah, Siti Sarah dan suaminya Shuib Sepahtu atas pemergian isteri dan bonda tercinta, Allahyarhamah Nur Aini Mohammad, 56.

Kjee kenal Arwah yang dulu seringkali datang menjamu selera dengan teman2 sekerjanya di TNB Taman Melawati, ketika Kjee meniaga di foodcourt Anjung Melawati dulu.

Kjee dah lama tahu beliau sakit dan berhenti kerja oleh kerana pelbagai kompilkasi penyakit yang beliau alami. Kalau tidak silap Kjee, Kjee terakhir Kjee terserempak beliau ialah kia-kira 3 tahun lalu bersama suaminya, pelakon dan penyanyi Raisuddin Hamzah di Taman Melawati. Ketika itu beliau memang sudah nampak agak lemah.

Al Fatihah buat arwah Nur Aini Mohammad. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Buat keluarga yang ditinggalkan, mudah2an mereka dapat bersabar menerima ujian besar Allah yang Maha Esa.

UNDERDOG SYURA KALAHKAN CELINA PESERTA FAVORITE

 PHOTO CREDIT TO MASTERCHEF MALAYSIA (FACEBOOK)





Masterchef Celebrity Malaysia musim kedua melabuhkan tirainya dengan peserta 'underdog' Syura dipilih sebagai juara. Tuah ayam boleh dilihat, tuah Syura tidak siapa yang dapat jangka.

Sejak minggu lepas lagi dah hebuh di Facebook, Syura juara. Rakaman yang dibuat di KLIA (dua minggu lepas agaknya) tidak dijalankan under strict security. Ada yang terbabit secara langsung atau tidak dalam rakaman itu telah membocorkan rahsia.

Dan sejak keputusan itu dikongsi dari satu akaun facebook ke akaun yang lain, Kjee pasti ramai termasuk Kjee yang agak kecewa dan tawar hati apabila mendapat tahu Syura menang.





Tiga hidangan yang menambat hati juri







Tidak boleh salahkan penonton yang follow rancangan ini untuk rasa kecewa kerana Syura bukanlah peserta yang telah mempamerkan bakat memasak yang menonjol sepanjang pertandingan. Jika Kjee tidak tahu Syura akan melangkah ke final, sekali gus menjadi juara, I place my bet on Celina sebagai peserta pertama paling layak ke final. Diikuti dengan Syanie, Michael Ang dan Rozita Che Wan.

Yang lain2 tu, maaflah kalau dalam bahasa kewartawanan, hanya 'berita penyendal'.

Anyway, perasaan Kjee bercampur baur untuk menyaksikan pertandingan akhir tadi. Apakah Kjee akan buang masa sahaja tengok rancangan itu kerana sudah tahu pemenangnya?

Tetapi oleh kerana mahu tahu apa yang menyebabkan Syura menang sebab ada suara2 sumbang yang kata ramai chef tolong dia  Kjee ikutkan jugak kata hati... Benarkah ada pilih kasih dan yang sewaktu dengannya?Bagaimanapun, setelah rancangan berjalan selama 20 minit, Kjee cuba mengagak kenapa Syura menang.






Tiga hidangan Celina yang menarik di segi presentation






Pertandingan akhir itu mahukan dua finalis menyediakan hidangan penuh atau a full course meal untuk penerbangan kelas pertama ke London. Kjee fikir, kalau nak menang, haruslah disajikan makanan tempatan yang bercirikan fine dining.

Tak guna mungkin untuk menghidangkan makanan Barat kerana apabila tiba di destinasi tersebut, passenger itu akan pasti dapat menikmati makanan Barat yang lebih sedap dan authentic. 

Apabila Kjee nampak Celina begitu ghairah membuat persediaan memasak dengan mengambil lobster (udang kara), nak buat steak dengan sos cendawan yang tidak popular di kalangan orang Malaysia dan juga pemanis Perancis, dalam hati Kjee itu mungkin penyebab utama Celina kalah.

Tetapi Syura juga masak yang agak kebaratan. Kjee tak perasan apa yang dimasak sebagai starter sebab masa itu sibuk pulak masuk panggilan telefon dan sms. Tetapi nyata sekali presentation starter Syura amat menarik. Kemudian dia menyediakan makanan utama ayam dan akhir sekali dessert ala tiramisu. Hmm Barat jugak.

Anyway, ketika makanan itu dihidangkan kepada 10 tetamu yang terdiri dari chef serta ahli2 korporat syarikat penerbangan, Kjee pasti semua dah dapat agak Syura akan muncul Juara. Komen yang diberikan oleh 'para juri' agak perfect. Kurang sangat cacat cela. Kjee hanya dengar seorang daripada mereka kata kalau Syura letak lebih sos pada ayam, dia akan lebih enjoy makanannya.



Gaya seorang juara



Tetapi malang bagi Celina. Hidang starternya iaitu Lobster yang dihias begitu indah dalam buah naga atau dragon fruit, agak mentah! Bukan seorang yang komen benda yang sama.

Kemudian, steaknya tidak masak sekata. Ada juri yang puas hati, ada yang kata 'tidak menepati sedikit' masaknya. Che Adu pulak kata kentang yang dihidangkan bersama steak, agak berat.

Komen2 itulah gamaknya, yang membuat Celina gagal merangkul gelaran Juara. Apakah semua itu berlaku kerana sikapnya yang terlebih konfiden. Maklumlah selama ini kita boleh menyaksikan ketidakpuasan hatinya apabila digandingkan dengan Syura dalam kumpulan sama dan juga ketika Syura menjadi Ketua kumpulan.

Syura menang bukan kerana masakan dia lebih hebat dari Celina tetapi kerana dia membuat kesilapan lebih sedikit daripada Celina. Dan of course, nasib menyebelahinya.

Tahniah Syura kerana persembahan yang tidak mengecewakan di final Masterchef Celebrity musim kedua ini. Selain mendapat plaque Juara, dia juga mendapat tiket penerbangan pergi balik business class ke Paris untuk dua orang dari MAS. Tak ada pulak penajaan penginapan tetapi pasti wang minggu sebanyak RM5,000 seminggu yang terkumpul menjadi RM50,000 cukuplah untuk dia berbulan madu di Paris bukan sahaja bersama suami tetapi jugak anak2nya.

Syura telah mengumpul sebanyak RM10,500 untuk badan kebajikan yang diwakilinya. Pihak Astro telah menambah RM50,000 menjadikan jumlah besar RM60,500.

Pada Kjee, kemenangannya jugak mungkin berkat doa ibunya kerana menurut Syura, apa jua keputusan, dia tetap akan menghantar ibunya mengerjakan umrah atau Haji di Tanah Suci dengan duit yang telah dia kumpul sepanjang 10 minggu menjadi peserta rancangan itu.

Tahniah jugak kepada Celina. Many want you to be champion. You may not be the champion tonight but the champion in the hearts of many. Mana tahu ada pihak yang akan memilih Celina sebagai hos rancangan masakan kerana bakat memasak dan kemampuannya bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan baik.




Suami dan anak2 yang merinduinya





Tuesday, June 25, 2013

HILANG SUDAH HAK UNTUK PROTES SELEPAS ANGKAT SUMPAH!!










KUALA LUMPUR: Setelah selesai istiadat pembukaan Parlimen ke-13 dengan kesemua 222 ahli parlimen mengangkat sumpah bermakna semua pihak telah mengiktiraf keputusan Pilihan Raya Umum yang lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabery Cheek berkata, sudah tidak ada keperluan wakil rakyat pembangkang mengadakam siri Himpunan Black 505.

"Legitimasi Himpunan Black 505 yang dikatakan sebelum ini telah hilang sebaik sahaja ahli parlimen Pakatan Rakyat mengangkat sumpah.

"Rakyat akan melihat mereka hanya kejar angkat sumpah, kejar gaji dan kedudukan. Tapi apa yang mereka sebut selama ini bukan mengikut prinsip atas kebenaran," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, pembangkang memberi pelbagai alasan dengan melemparkan dakwaan yang tidak berasas.

Shabery berkata, adalah lebih baik semua pihak menunggu keputusan petisyen yang difailkan di Mahkamah.

"Saya kesian mereka yang duduk di luar semalam, duduk dalam jerebu berbaring atas jalan raya bermusuh dengan polis, tetapi pemimpin mereka bersenang-senang di dalam dewan angkat sumpah dan menerima segala imbuhan menjadi ahli parlimen dan mereka tidak hiraukan lagi apa yang terjadi pada mereka di luar sana," katanya.

Ahli Parlimen Air Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pula menyifatkan Himpunan Black 505 yang dianjurkan itu hanya gimik politik dan sudah tiba masa dihentikan.

Mengulas mengenai titah Yang di-Pertuan Agong, beliau berkata apa yang dititahkan merangkumi semua aspek dan perlu diberi perhatian.

"Sudah tiba masanya kita bergerak ke hadapan dan beri tumpuan terhadap pembangunan negara bukan untuk kebinasaan," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokthar Radin berkata, titah Yang di-Pertuan Agong itu satu peringatan paling baik dan perlu diikuti semua pihak.

"Titah ucapan itu memperlihatkan betapa tingginya komitmen baginda untuk melihat kemakmuran negara di mana baginda berpesan seluruh wakil rakyat menghormati Perlembagaan dan bekerjasama untuk membentuk negara menjadi lebih cemerlang.

"Sekarang masa untuk wakil rakyat bekerja tidak perlu lagi himpunan seperti Black 505," katanya. -mStar.

Monday, June 24, 2013

SEKOLAH KL, SELANGOR CUTI LAGI ESOK

KL kini teruk dilanda jerebu






















Semua sekolah yang ditutup kerana jerebu akan dibuka esok kecuali di Kuala Lumpur dan Selangor, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Seri G Palanivel.

Ini berikutan keadaan jerebu yang tidak sihat dan merbahaya di Kuala Lumpur dan Selangor, katanya kepada BERNAMA.

"Saya akan berbincang dan bertanya mengenainya (kemungkinan sekolah ditutup)dengan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh," katanya kepada pemberita selepas majlis mengangkat sumpah anggota parlimen bagi Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan kuliti udara di enam kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur yang mempunyai alat pemantauan kualiti udara mencatat paras 'tidak sihat' dengan bacaan antara 128 dan 198 pada pukul 11 pagi ini.


Datuk Azmi Murad


Sementara itu, Jadual penerbangan di semua lapangan terbang kendalian Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) tidak mengalami sebarang perubahan walaupun jerebu teruk melanda ketika ini, kata Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Operasi MAHB Datuk Azmi Murad.

Katanya walaupun jerebu melanda negara ini, namun jarak penglihatan ketika ini adalah kira-kira 1,000 meter iaitu masih selamat.

"Jika jarak penglihatan kurang daripada 300 meter, baru Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengambil tindakan dengan menutup landasan kapal terbang.

"Setakat ini tidak ada penerbangan yang terjejas dan jadual penerbangan berjalan seperti biasa, " katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.

Azmi berkata pihaknya akan terus memantau keadaan bagi memastikan jadual penerbangan berjalan lancar.

Antara lapangan terbang kendalian MAHB ialah Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu; Lapangan Terbang Antarbangsa Kuching; Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi; Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang; Lapangan Terbang Melaka; Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. -

Sunday, June 23, 2013

GARLIC RICE WITH LEMON CHICKEN





Akhirnya berjaya juga Kjee cuba buat Lemon Chicken And Garlic Rice atau Nasi Bawang Putih Bersama Ayam Lemon. Ini adalah makanan kegemaran Kjee dan Nadia kalau ke Kopitiam. Tapi dek kerana dah tak mau pergi ke kopitiam lagi, kenalah buat sendiri kan?

Dalam banyak2 resipi yang Kjee terjah, resipi dari buku At Home With Amy Beh, membuat Kjee teruja nak try. Lagipun, resipi ini kan asalnya makanan orang Tionghua. So kalau nak belajar buat eloklah guna resipi dia orang supaya authentic sikit.

Apabila dah siap masak tadi, Sham datang untuk lunch. Ketika makan, semuanya senyap. Apabila ditanya, semua kata: "Sedapnyaaa!".  Oklah tu. Kira sukes lah kan.




Garlic Rice ni rasanya samalah penyediaannya macam nasi yang dibuat untuk nasi ayam Hainan. Cuma pengunaan bawang putih lebih sikit dari biasa. Amy guna lemak ayam yang dicincang halus. Goreng, biar terbit minyaknya baru dicampur sedikit minyak masak dan tumis bawang putih.

Terjerit Nadia apabila Kjee beritahu Amy guna lemak ayam. "Isyhhh tak payahlah Mama. Tak healthy langsung!! Justru Kjee adjust dan cairkan butter dan marjerin sebagai ganti untuk menumis.

Ayam yang digoreng guna resipi batter dibawah, menghasilkan ayam goreng yang ranggup. Batter yang sama boleh digunakan untuk buat Fish & Chips atau Udang Celup Tepung. Garing sangat2.

Okay jom kita intai resipi Amy Beh.







GARLIC RICE

1 setengah cawan beras Basmathi (Beras Wangi pun okay)
Setengah cawan beras pulut (rendam 1-2 jam)
1 sudu besar marjerin (Kjee guna Planta)
1 sudu besar butter (Kjee guna Anchor)
15gm bawang putih didketuk (Kjee guna 1 labu)
1 sudu kecik air halia
1 setengah sudu garam
setengah sudu  kecik gula (Kjee tak bubuh)
suku sudu kecik lada sulah
2 setengah cawan air rebusan tulang ayam

CARA

Rendam pulut selama 1-2 jam. Kemudian cuci beras dan toskan bersama pulut hingga kering. Rebus tulang ayam untuk buat stok.

Panaskan periuk dan cairkan butter dan marjerin. Kemudian tumis bawang putih yang telah diketuk hingga kekuning2an (jaga jangan hangus). Kemudian masukkan jus halia, garam, gula dan lada sulah. Kaca hingga rata.

Kemudian masukkan beras dan goreng seketika.

Sediakan kukusan. Letak sebuah kaserol atau apa juga bekas pyrex yang dalam, didalam kukusan. Tuangkan semua beras tadi ke dalama kaserol. Lepas tu curahkan sebanyak 2 cawan setengah air rebusan tulang ayam ke dalam kaserol.

Kukus selama 25-30 minit atau sehingga nasi elok masak. Padam api, lerai2 nasi guna garfu dan tutup tudung kukusan. Biarkan selama dalam kukusan 10-15 minit sebelum hidang.






LEMON CHICKEN

BAHAN2
**1.
500 gms daging ayam
Tepung kastad untuk salut ayam

PERAPAN
**2.
Jus dari 1 lemon
setengah susu kecil garam
suku sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil gula
setengah sudu kecil minyak bijan

BATTER
**3.
175 gm Tepung Naik Sendiri
50 gm tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 butir telor (dipukul sedikit)
250 ml air

SOS LEMON
**4.
Jus dari 1 lemon
2 - 3 hirisan kulit lemon (yang kuning sahaja)
3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1 setengah sudu tepong kastad dicampur 2 sudu besar air


CARA

1. Campur semua tepung dalam bahan **3 dalam besen. Kemudian buat lubang di tengah2 (make well in centre), curahkan telor yang telah dipukul sedikit dan jugak air. Kacau hingga sebati. Simpan selama 20 minit. Tapis sebelum guna.

2. Potong isi ayam sebesar 4 jari. Perap bersama bahan **2. Simpan dalam peti ais selama 10-15.

3. Keluar ayam yang telah diperap. Golekkan ayam dalam tepung kastad dan celup dalam bahan tepung yang telah dibancuh tadi. Kemudian goreng guna minyak yang banyak. Api hendaklah sederhana untuk memastikan ayam masak sempurna. Goreng hingga keemasan dan toskan minyak.

4. Campurkan semua **4 bahan ke dalam periuk kecil untuk buat sos. Masak guna api perlahan hingga pekat.

Hidangkan diatas pinggan bersama Nasi Garlic dan curahkan sos diatas ayam.

Hidangan ini untuk 4 orang.






NISFU SYAABAN BERMULA MALAM NI LEPAS MAGHRIB












Malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban 1434 Hijrah) jatuh ketika masuknya waktu MAGHRIB pada hari AHAD (mlm Isnin) 23 Jun 2013.

Pada mlm Nisfu Syaaban,buku catatan amalan akan dibawa naik oleh Malaikat utk ditukar dgn lembaran amalan yg baru setelah setahun berlalu.

Mlm Nisfu Syaaban merupakan mlm yg penuh berkat & rahmat selepas mlm Lailatul Qadar.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia.

Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada mlm itu. "Rasulullah SAW telah bangun pada mlm (Nisfu Syaaban) & bersolat & sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW & bergerak. Kemudian aku kembali & aku dgr Baginda berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu drpd apa yg akan diturunkan & aku pohonkan keredhaanMu drpd kemurkaanMu & aku berlindung kpdMu drpdMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”

Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan, kerana selepas 15 Syaaban, maka bermulalah rekod amalan baru bagi setiap hamba.

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN

Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
- bacaan 1 : Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
- bacaan ke 2 : Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
- Bacaan ke 3 : Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.

PERBANYAKKAN ISTIGHFAR
Lafazkan "astaghfirullahal'azhim (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil

PERBANYAKKAN SOLAT-SOLAT SUNAT
seperti :
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Sunat Rawatib
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir.
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.”

MEMBACA AL QURAN
MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH
PERBANYAKKAN SELAWAT & BERDOA

PERBANYAKKAN TASBIH,TAHMID,TAHLIL,TAKBIR
Ucap subhanallah alhamdulillah lailahaillallah allahuakbar
Fadilat : setiap satunya akan ditulis baginya 20 kebajikan dan digugurkan daripadanya 20 kejahatan.

Maka, sewajarnya kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci, mudah-mudahan kita semua diampunkan.

Saturday, June 22, 2013

RENDANG DAGING KELANTAN






Dah lama tak buat rendang. Tiba2 apabila nampak daging yang UnclePali beli kat semalam, terus terfikir nak buat rendang tapi ikut resipi Rendang Ayam Kelantan.

Kjee tak pernah buat resipi tu guna daging. Tak dapat nak agak camner rasanya. Tapi setelah siap masak Rendang Daging Kelantan tadi, Kjee buat rumusan rasanya tak sama guna ayam. Tapi sedap jugak. Cuma Kjee rasa guna ayam lebih manis. Bukan manis gula tapi manis ayam.

Kjee buat rendang daging ini basah sedikit. Bukan apa, cuma esok Kjee nak makan dengan frozen roti boom yang Kjee beli di sebuah gerai di Keramat kelmarin, untuk sarapan.

Hari Raya nanti rendang daging Kelantan ini akan menjadi salah satu menu hidangan kami. Maklumlah, kalau  Raya, hampir semua rumah buat rendang daging dan ayam. So, biarlah rendang Kjee lain sikit kan.

Kalau nak resipi, sila ke sini. Sama jer caranya. Cuma Kjee rebus daging dalam pressure cooker hingga lembut. Kemudian baru Kjee masak ikut resipi Rendang Ayam Kelantan. Masukkan sekali air rebusan daging tadi.

Sedapnya kalau makan dengan nasi impit ataupun lemang ataupun pulut kuning. Atau boleh cicah dengan roti canai, capati ataupun roti biasa.

Selamat mencuba.





PASRAH JER LAH. HANYA JEREBU BUKAN GEMPA BUMI ATAU MUSIBAH BUMI LAIN

JEREBU...Kebakaran hutan di Sumatera menyebabkan jerebu dan asap tebal melanda Singapura dan Malaysia terutama di Johor dan Melaka




















Jerebu Dijangka Berlanjutan Hingga Ogos

PETALING JAYA: Situasi jerebu dijangka berlanjutan sehingga Ogos, menurut penilaian badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar terbesar di Indonesia.

Walhi atau Wahana Lingkungan Hidup Indonesia memberitahu punca jerebu masih sama, tiga dekad selepas ia menjadi masalah merentasi sempadan.

Aktivis Walhi Nasional, Zenzi Suhadi berkata, masalah tahunan itu menunjukkan pemantauan dan cara untuk membanteras pembakaran secara terbuka di negara ini masih lemah.

Menurut Zenzi, kerajaan Indonesia hanya bertindak untuk mengawal situasi selepas Singapura bertegas untuk memberi tumpuan bagi menyelesaikan masalah jerebu yang melanda negara itu.

"Adalah jelas masalah itu masih sama. Apa yang lebih penting sekarang adalah kerajaan Indonesia perlu bertindak pantas dan tegas dalam menangani krisis itu," katanya.

Asap jerebu itu buat pertama kalinya melanda Malaysia pada 1982 dan semakin meruncing pada 1997 apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak berada pada bacaan 839 sehingga memaksa kerajaan mengisytiharkan darurat selama 10 hari.

Ia merupakan masalah tahunan sejak dari itu dengan Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu melebihi 500 pada 2005.

Jerebu yang kini menjadi masalah serius di Asia Tenggara adalah disebabkan oleh pembakaran secara terbuka di Indonesia untuk kegiatan pembersihan hutan secara besar-besaran dan kekurangan tadbir urus alam sekitar oleh industri pulpa dan kertas.

Pengarah Eksekutif Walhi Sumatera Selatan, Hadi Jadmiko berkata usaha untuk menghentikan pembakaran secara terbuka perlu bermula dari kerajaan Indonesia.

Katanya, jerebu hanya boleh ditangani sekiranya kerajaan serius menyelesaikan isu tersebut dengan mengambil tindakan tegas terhadap pembakaran secara terbuka sepanjang tahun.

"Kami mendapati tiada tindakan diambil terhadap syarikat di sini yang terus melakukan pembakaran secara terbuka," katanya dalam satu kenyataan media. - mStar Online

PERGI MENGADAPNYA DUA TAHUN YANG LALU


































Dear sis wherever your are,

You left us this day 2 years ago.

Pemergian yang tidak akan kembali. Kami merinduimu setiap masa, setiap ketika.

Al Fatihah buat adik bongsu ku Hajah M Fazilah Abdul Samad.






Friday, June 21, 2013

IKAN BAWAL HITAM MASAK KICAP PEDAS






Tadi masa pergi Hero Market, tetiba ternampak ikan Bawal Hitam. Selalunya Kjee masak kari favorite UnclePali ataupun Sweet Sour,  favorite Nadia. Tapi takkan nak layan tekak orang lain jer kan? Bawal hitam masak kicap pedas ni kesukaan Kjee.

Ini resipi yang mudah dimasak kalau tiba angin topan malas melanda. Nak makan kat luar, jerebu kuat. Mata dah gatal2. Nak suruh UnclePali tapau lepas balik Mesjid, nanti sampai rumah dah sejuk. Eh banyak songeh dan cerewet, so masak jerlah sendiri kan!




Sampai jer rumah tadi, UnclePali tolong siang 2 ekor ikan bawal dan bubuh kunyit garam. Terus digoreng ikan tu tiga suku masak. Kjee pulak blend cili kering, potong bulat 3 labu bawang besar, hiris halia dan bawang putih dan tumis.

Kjee masukkan dulu kira-kira 3 sudu besar cili kisar. Apabila dah agak garing, masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan jugak 1 batang kayu manis dan 2 bunga lawang. Apabila bawang dah layu, masukkan 1 cawan air.








Apabila dah didih, masukkan 1 cawan kicap manis. Biarkan didih sikit lagi, kemudian masukkan ikan bawal. Perlahankan api. Apabila merasakan kuah kicap tu dah meresap ke dalam ikan, padam api.

Itu jer. Tadi plan nak buat lobak putih masak air tapi tak larat. So UnclePali tumbuk cili padi dan buat sambal mentah tempoyak. Makan dengan Timun Jepun.









JEREBU DI JOHOR TAHAP BAHAYA!











JOHOR BARU: Kualiti udara di Kota Tinggi, Johor semakin buruk apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada paras berbahaya dengan bacaan 313 pada pagi Jumaat.

Bagaimanapun, menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) situasi di daerah lain beransur baik.

Pasir Gudang yang tersenarai dalam kawasan yang berada pada tahap sangat tidak sihat mencatatkan bacaan 310 berbanding 313 pada malam Khamis.

Bacaan IPU di Muar menurun kepada 183 (tidak sihat) kepada 337 (berbahaya) manakala kualiti udara di Larkin Lama beransur pulih dengan bacaan 190 daripada 219 pada pukul 11 malam Khamis.

Bangunan di beberapa pusat bandar hanya boleh dilihat dari jarak 1km kerana keadaan jerebu tebal.

Orang ramai dilihat mula memakai topeng penutup hidung ketika berada di luar rumah dan bangunan. - mStar Online

Thursday, June 20, 2013

NADIA BUKA PUASA DENGAN BUBUR LAMBUK SPECIAL MAMA





Masa peserta MasterChef Celebrity masak bubur lambuk hari tu, terkejut Kjee apabila mereka terpaksa menggunakan dekat 20 jenis rempah. Banyaknya. Nak masak kari ke nak masak bubur!

Nadia senyum pandang Kjee sambil kata Bubur Lambuk Special Mama hanya guna kayu manis, bunga lawang, bawang putih, bawang merah dan halia! Itupun, dah maksimum sebab Nadia marah kalau bau rempah terlalu kuat atau overpowering.

Bubur Lambuk Kampung Baru yang femes seantero Malaya, jugak guna banyak rempah termasuk udang kering, daging dan sebagainya.



Kuning telor yang jadi rebutan kalau makan bubur lambuk Kjee



Kelainan Bubur Lambuk yang Kjee buat ialah Kjee pecahkan telor asin ke dalam bubur yang sedang mendidih 10 atau 15 minit sebelum padam api. Lepas dimasukkan telor, barulah Kjee tumis asing2 bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dimayang halus dan masukkan ke dalam periuk.

Resipi penuh korang tengok SINI..

Orang lain buat bubur, kalau guna telor asin, telor tu direbus dan dihidang bersama bubur. Tapi heran lah, banyak mana telor asin yang Kjee bubuh dalam satu periuk bubur, tak pernah bubur Kjee masin. Tapi kenapa kalau telor tu direbus begitu saja boleh masih kan? Jawapan yang Kjee tak dapat sampai hari ini!









Masa Kjee meniaga dulu customer Kjee tak pernah komplen. Kjee sengaja tak bubuh garam dalam bubur lambuk ni. Kalau ada sesiapa nak masin ikut tekak memasing, Kjee sediakan kicap cair atau fish sos yang dibubuh cili api potong.

Kira satu Malaysia tak adalah orang buat bubur lambuk letak telor asin didalamnya macam Kjee buat, agaknya. Ewah eksen kita kan?

Anyway, korang yang tak pernah buat, cubalah. Bukan orang tua jer suka tapi anak2 pun, Insya Allah suka.