Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata setakat pukul 5 petang ini, keadaan trafik di sebelah pantai barat perlahan manakala di bahagian pantai timur pula masih terkawal.
Bagi Lebuhraya Utara-Selatan, kenderaan bergerak perlahan dari susur keluar Jambatan Pulau Pinang ke Seberang Jaya, manakala di Lembah Klang keadaan trafik adalah terkawal, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.
Sementara itu, Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (Plus) dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya melaporkan mengenai kemalangan di Km 139.6 arah selatan yang berlaku pada pukul 4.53 petang.
Kemalangan itu tidak memerlukan penutupan lorong, bagaimanapun trafik bergerak perlahan, katanya. - BERNAMA
agaknya hari ni bertambah jem la highway kan kak jee? jom la singgah blog saya www.duniafarzaana.blogspot.com :)
ReplyDelete