Hari ini Kjee masak Kari Ikan Talang Kering setelah kesian tengok ikan talang tu duk termenung berbulan2 dalam fridge. Kjee beli ikan talang kering yang tak berapa besar ni masa pergi Lumut, Mac lalu. Naseb baik ikan kering kan? Kalau tak kering, jadi kering kerontang macam kayu duduk dalam freezer! Hehehe.
Ikan Talang kering ni sedap masak kari atau masak lemak kuning bubuh nenas jer. Lain tak pernah Kjee tahu. Oppps boleh buat acar ikan kering jugak. Hah bab acar ni lama dah tak buat. Kena buat stok untuk sahur bulan Ramadhan nanti. Tunggu.
Kari ikan talang favorite Nadia dan Kjee dan UnclePali. Tapi Kjee dan Nadia suka bahagian isinya dan UnclePali suka tulang2 dia. Baguih lah. Kalau makan tak berebut. Hehehe.
Pagi tadi Kjee rendam ikan talang ni selepas dipotong2 sebesar empat jari. Kalau kecik2, nanti hancur masa masak. Arwah bonda kata kalau nak bagi ikan kering ni kurang masinnya, kena rendam dalam air garam. Pelik kan Tapi itulah yang Kjee selalu buat. Jangan derhaka pesan ibu!!
Masa masak tadi, Kjee tak bubuh garam. Hanya sekeping asam gelugor. Masa nak hidang nanti baru Kjee rasa. Kalau dah masin, tak payah bubuh garam lagi.
Kjee guna kaedah menumis untuk masak kari ikan talang ni. Kjee tak suka buat tumis darat sebab tak suka bau rempah yang tidak digaringkan terlebih dahulu. Tumis darat cara orang Utara kot. Tak perlah...cara memasing.
Resipi korang intai kat sini.
Kalau sehari dua ni korang tengok gambar lain macam jer, maknanya mata korang tak silap. Kjee dah gajikan seorang jurufoto separa profesyenal untuk tugasan tangkap gambar. Gajinya Kjee bayar ikut ada kerja ada makan. Makan jer lepas tangkap gambor. Orangnya tak lain tak bukan my Chenta Hati, UnclePali. Hehehe. Okay kan gambar dia tangkap!
0 comments:
Post a Comment