Monday, June 3, 2013

MALAYSIA PERLU PEMIMPIN TEGAS MACAM MB JOHOR!!



JOHOR BARU: Kerajaan negeri Johor akan mengenakan kadar cukai yang lebih tinggi kepada kira-kira 130,000 rakyat asig yang memiliki hartanah di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kadar tersebut masih dalam perbincangan dan kadar baru itu akan dilaksanakan menjelang penghujung tahun ini.

"Saya percaya ramai penduduk tempatan bersetuju dengan polisi baru dan ini dilaksanakan bagi meningkatkan hasil kerajaan negeri," katanya pada sidang media sebelum mengadakan tinjauan mesra di Permas dekat sini pada Ahad.

Mohamed Khaled berkata penilaian semula pelaksanaan akan dijalankan di seluruh negeri kerana ia kali terakhir penilaian formal dibuat pada tahun 80an.

"Beberapa majlis perbandaran telah menjalankan penilaian hartanah sejak beberapa tahun lalu termasuk Majlis Bandaraya Johor Baru (MBBJ) yang kali terakhir membuat penilaian hartanah pada 1991.

"Pembayar cukai tidak perlu bimbang mengenai penilaian berkenaan kerana kadar cukai harta akan dikekalkan untuk hartanah yang bernilai rendah," katanya sambil menambah bahawa cukai yang lebih tinggi mungkin dikenakan bagi pemilikan hartanah yang bernilai jutaan ringgit.

Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri tidak mempunyai niat untuk menambahkan beban kewangan orang ramai sebaliknya mereka perlu meningkatkan hasil yang lebih tinggi dalam usaha memastikan majlis perbandaran dapat menyediakan infrastruktur serta perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk tempatan. - mstar online

0 comments:

Post a Comment