Pasangan kekasih yang dipisahkan di minggu awal |
Ketika nama dia diumumkan sebagai salah seorang peserta Masterchef Selebriti, disamping Chenta Hatinya, Zain Saidin, Kjee rasa ramai yang cemuh. Macam2lah orang mengata
"Saya baca dalam Facebook Masterchef...ramai mengata dan menuduh saya macam2. Pakai seksilah, bulu mata palsu, rambut palsu lah... boleh ke masak ni?..." suaranya begitu sebak mengeluarkan kata2.
Kjee dah perasan sejak beberapa minggu lalu, Che Ta nampak agak murung. Senyuman dia pun macam dibuat2. Ada satu minggu tu, peserta lain yang bersamanya di ruang atas dewan Masterchef Selebriti, asyik sibuk bantu kawan2 lain yang berhempas pulas masak di bawah. Tapi Che Tak duduk melanguk jer diatas. Seringkali kamera menunjukkan dia mengelamun jauh. Seolah2 ada sesuatu menguris perasaannya.
Dan sejak akhir2 ini, cara dia menghias dirinya ketika muncul di Masterchef Selebriti pun semakin mellow. Dah tak galak cam mula2 dulu dengan fesyen2 ala Marilyn Monroe dan yang sewaktu dengannya.
Tetapi, Kjee rasa lah, Cik Ta sendiri mengundang 'cakap2 belakang' apabila membuat keputusan 'berdandan sedemikian rupa'. Dia antara segelintir artis yang sentiasa menjadi perhatian. Artis 'lewat usia' yang seringkali jadi bualan peminat kerana dressing atau cara pemakaiannya.
Bagaimanapun, Kjee rasa semua setuju dengan pandangan Kjee yang Cik Ta sebenarnya memang boleh memasak. Given a chance and with more practise, Kjee tak terkejut kalau satu hari dia boleh menjadi hos rancangan masakan dia sendiri seperti chef antarabangsa Nigella ataupun Giada yang cantik lawa tu.
Kjee hanya follow Masterchef Selebriti di minggu Zain terkeluar. Kjee memang dah set minda tak nak tengok sebab tak berapa gemar dengan pasangan kekasih ini.
Tetapi selepas beberapa minggu, dah terlekat pulak depan TV tengok rancangan itu. Dan mulalah senaraikan peserta mana yang buat Kjee tak selesa menonton. Memanglah adegan2 drama yang dipamerkan menurut kehendak Astro. Tetapi ada seorang dua peserta yang merasakan bagai diberi lesen Agong boleh 'berdrama' mengikut 'keselesaan skrip masing2'.
Makin lama kita makin tahu siapa sebenarnya yang boleh memasak, siapa yang pandai masak dan siapa yang hanya pandai berlakon!
Malam tadi apabila Michael Ang tersingkir, Kjee rasa sedih sebab peserta lelaki tunggal Best 6 tu sebenarnya memang hebat memasak. Tapi nasib tidak menyebelahinya kerana tersilap masak Bubur Lambuk.
Kalau Kjee juri, Kjee tidak akan memilih Michael untuk keluar. Sebabnya? Michael telah masak bubur lambuk hampir sempurna. Cuma kurang rempah sebab sebagai seorang berbangsa Cina, mereka memang kurang menggemari rempah ratus yang kuat atau over powering.
Kencana Devi pulak cukup rempah ratusnya tetapi bubur lambuknya agak pekat. Itu sebenarnya adalah kelemahan dalam menyediakan bubur lambuk. Ia tidak seharusnya terlalu cair ataupun pekat. Dan bubur lambuk Michael memiliki kriteria bubur lambuk yang sebenarnya.
So bagi Kjee lah, Michael tidak sepatutnya terkeluar. Anyway, keputusan juri muktamad. Tapi allow me to say this... Kjee ada menonton banyak rancangan pertandingan masak peringkat antarabangsa di TV. Hari2 tanpa miss.. Kalau tiba saat kritikal menyingkirkan dua peserta yang hebat, juri akan duduk dan membuat pertimbangan atas kekuatan dan kelemahan peserta today and yesterday.
Ertinya, kalau juri masih buntu mahu membuat keputusan siapa yang harus disingkir, eloklah bandingkan pencapaian Michael dan Kencana beberapa hari sebelum ini. Itu jer.
Bagi Kjee, Michael keluar penuh bermaruah. I felt you've done your best Michael even though the jury thought it was not good enough!
Good luck kepada top 5 peserta Masterchef Selebrity kali ini... Syanie, Celina, Kencana, Syura dan Cik Ta! Kjee dah ada pilihan juara but I'm not telling.
Last but not least, Kjee rasa lebih seronok menonton Masterchef Celebrity 2 ini daripada yang pertama.
setuju
ReplyDeleteSyura kot menang.xpun cik ta.
ReplyDeleteTadi terlepas tengok. Huuu. Ala
Xbest laa m.ang xd. :(
Celina menang kot hehe
ReplyDeleteCelina lebih sesuai kot, dia pandai masak dan komunikasi dgn org lain pun bagus.
ReplyDeleteSetuju dgn kakjee, yg ni lebih baik.
suka pulak dengan cik Ta lately ni... dia selalu maak lain dari yang lain...
ReplyDeleteSy pilih Celina tapi sy suka Cik Ta
ReplyDelete:-)))))
Saya tak pernah suka Che Ta tapi sejak tengok Masterchef ni baru tahu dia sebenarnya baik hati orangnya. Sukar nak tengok dia mengata2 peserta lain atau mendengki orang lain.Ingatkan dia kekwat aje tapi mmg hatinya baik. Anak2 saya pun semua suka tgk Che Ta sekarang...sian plak tgk dia nangis mcm tadi.
ReplyDeleteSejak akhir2 ni Suka pula Cik ta. Anak2 pun kata dia pandai Masak
ReplyDeleteche Ta okay what... kita tengok chef2 pompuan omputeh ada yang seksi2 jugak...tu si farah quinn tu... seksi jugak..
ReplyDeletetapi i memang tak boleh blah dgn enot...oooo .suka nau buat drama... erkkk...
apapun Che Ta harap bertabah...
memang best masterchef kali ini berbanding dulu ;)
ReplyDeletesaya pun lebih suka masterchef yang ni..tapi tak larat nak tengok yang belah malam..mampu tengok yang ulangan je
ReplyDeleteCelina kot, dia pandai masak dan komunikasi dgn org lain pun bagus...
ReplyDeleteSetuju! Lagi suka tengok musim 2 dari yg dulu.. :D
ReplyDeletesyanie pun terer jugak...machael tu penyeri jer kalau x dah lama dia keluar lagipun dah mingu2 akhir..dia kiranya macam peranan azwan ali lah...
ReplyDelete