Pada mlm Nisfu Syaaban,buku catatan amalan akan dibawa naik oleh Malaikat utk ditukar dgn lembaran amalan yg baru setelah setahun berlalu.
Mlm Nisfu Syaaban merupakan mlm yg penuh berkat & rahmat selepas mlm Lailatul Qadar.
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia.
Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada mlm itu. "Rasulullah SAW telah bangun pada mlm (Nisfu Syaaban) & bersolat & sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW & bergerak. Kemudian aku kembali & aku dgr Baginda berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu drpd apa yg akan diturunkan & aku pohonkan keredhaanMu drpd kemurkaanMu & aku berlindung kpdMu drpdMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”
Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”
Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan, kerana selepas 15 Syaaban, maka bermulalah rekod amalan baru bagi setiap hamba.
AMALAN MALAM NISFU SYAABAN
Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
- bacaan 1 : Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
- bacaan ke 2 : Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
- Bacaan ke 3 : Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
PERBANYAKKAN ISTIGHFAR
Lafazkan "astaghfirullahal'azhim (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil
PERBANYAKKAN SOLAT-SOLAT SUNAT
seperti :
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Sunat Rawatib
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir.
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.”
MEMBACA AL QURAN
MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH
PERBANYAKKAN SELAWAT & BERDOA
PERBANYAKKAN TASBIH,TAHMID,TAHLIL,TAKBIR
Ucap subhanallah alhamdulillah lailahaillallah allahuakbar
Fadilat : setiap satunya akan ditulis baginya 20 kebajikan dan digugurkan daripadanya 20 kejahatan.
Maka, sewajarnya kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci, mudah-mudahan kita semua diampunkan.
tq Kak Jee ingat-mengingatkan..Hampir terlupa sudah
ReplyDeletetq auntie jee kerna mengingatkan sye....hampir terlupa....
ReplyDeletehttp://www.wadahberbicara.my/
Salam nk tnya,puasa seeloknye di lakukan pd 14 syaaban atau pd 15syaaban
ReplyDeleteThanks kak..byk info..ailzab.blogspot.com
ReplyDeleteindahnya hidup ini jika qt trus bersyukur kepada sang khaliq ,,
ReplyDeleteSyukran kerana mengingati, bla kita mengingati orang lain dgn perkara yg baik dan orang tsebut melakukan, kta jga mendapat ganjaran.. Teruskan usaha murni anda. Terima kasih. :)
ReplyDeleteTerima kasih kak....saya mohon share yer
ReplyDeleteterima kasih dgn mklumat...:-)
ReplyDeleteTerima kasih untuk peringatan yg panjang lebo ni ye. As salam...
ReplyDeleteAlhamdulillah..trima kasih atas info yg berguna ni :)
ReplyDeletesyukran atas peringatan yang diberi..
ReplyDeleteThanks for sharing.alhamdulillah
ReplyDeletesy tak tahu pun psl mlm ni shggala nmpk kwan post2..then sy search n jumpa ini..TERIMA KASIH! besar pahala subhanallah
ReplyDeleteSyukran
ReplyDeleteTerima Kasih kerana mengingatkan. Alhamdulillah dgn ada panduan & penerangan sebegini mudah utk d fahami & amalkan In shaa Allah. Syukran.
ReplyDeleteX pe itu hak kjee utk menolak anynomous. Saya respect. Thank you once again
ReplyDeleteterlalu bnyk dosa ini.
ReplyDeleteSyukur kepada Allah......
ReplyDeleteAllhamdullilah =)
ReplyDeleteTerima kasih atas informasinya.
alhamdulillah
ReplyDeleteAssalammualaikum. boleh saya tahu tulisan ini ditulis diambil dari hadith mana?
ReplyDeletehttp://abuanasmadani.blogspot.sg/2013/06/fadhilat-bulan-syaban-hadis-sahih-dhaif.html?m=1
ReplyDeletewallahua'lam
la bukan isnin malam selasa ke,
ReplyDelete24hb june = 15 syaaban..start maghrib..minta pencerahan tq.
shukron..insyaallah..malam nie...
ReplyDeleteterimakasih, semoga allah memberikan keberkahan kepada engkau
ReplyDeletePerkongsian maklumat yang baik. Syaban bln mulia slps ni muncul pula Ramadhan untuk kita menunaikan ibadat puasa, insyaAllah.
ReplyDeleteterimakasih semoga Allah memberkahi
ReplyDeletePerkongsian maklumat yang baik. Slps Syaban insyAllah kita akan berpuasa di bulan Ramadhan.
ReplyDeleteInsyaAllah, esok marilah kita berpuasa sunat..
ReplyDeleteAlhamdulillah...tersedar semula..Terima kasih.
ReplyDeletemoga Allah mgampuni dosaku yg hdup dgn dosa slame ini,dgn trkadang lalai myempurnakan solat. :(
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih sudah memberikan artikel yang sangat bermanfaat
ReplyDeleteThanks
ReplyDeleteTerima kasih, ingatan yang sangat bermakna...mohon share ya...
ReplyDeleteterima kasih k.g..info yg sgt berguna..mohon share ke blog SiiSm ek..TQ
ReplyDeletehttp://susuibuidamansimanja.blogspot.com/