Dah lama tak buat rendang. Tiba2 apabila nampak daging yang UnclePali beli kat semalam, terus terfikir nak buat rendang tapi ikut resipi Rendang Ayam Kelantan.
Kjee tak pernah buat resipi tu guna daging. Tak dapat nak agak camner rasanya. Tapi setelah siap masak Rendang Daging Kelantan tadi, Kjee buat rumusan rasanya tak sama guna ayam. Tapi sedap jugak. Cuma Kjee rasa guna ayam lebih manis. Bukan manis gula tapi manis ayam.
Kjee buat rendang daging ini basah sedikit. Bukan apa, cuma esok Kjee nak makan dengan frozen roti boom yang Kjee beli di sebuah gerai di Keramat kelmarin, untuk sarapan.
Hari Raya nanti rendang daging Kelantan ini akan menjadi salah satu menu hidangan kami. Maklumlah, kalau Raya, hampir semua rumah buat rendang daging dan ayam. So, biarlah rendang Kjee lain sikit kan.
Kalau nak resipi, sila ke sini. Sama jer caranya. Cuma Kjee rebus daging dalam pressure cooker hingga lembut. Kemudian baru Kjee masak ikut resipi Rendang Ayam Kelantan. Masukkan sekali air rebusan daging tadi.
Sedapnya kalau makan dengan nasi impit ataupun lemang ataupun pulut kuning. Atau boleh cicah dengan roti canai, capati ataupun roti biasa.
Selamat mencuba.
Hmm sangat membuka selera betoi :)
ReplyDelete