Lauk kat belakang tu Gulai Tempoyak Ikan Kembung |
Kekadang Kjee rasa pelik jugak apabila tengok orang sekarang tak suka makan sayur. Bukan budak2 tau tapi orang dewasa. Agaknya sejak dari kecik ibu dia orang tak pastikan sayur menjadi menu penting dalam diet seharian.
Maka tabiat itu terbawa2 sampai ke tua, sampai beranak pinak. Sampai satu hari nanti, kalau kita tanya anak2 dia, nak makan sayur tak? Nanti dia akan tanya sayur tu apa?
Nasib baiklah Nadia suka sangat makan sayur. Kalau makan nasi, kami berdua beranak boleh ratah sepinggan besar sayur sampai kenyang. Kahwin lak dengan UnclePali... ada sayur okay, kalau tak ada, tak ada masalah.
Tapi masa dah berjalan 13 tahun hidup dengan kami, UnclePali dah mula suka makan sayur especially kacang buncis. Kalau digoreng guna telor, lagilah dia suka.
Anyway, sayur buncis dengan cendawan shitake ni Kjee masak semalam. Saja campur cendawan shitake segar ni sampai dekat 1 peket sebab takut rosak sebab dah seminggu beli. UnclePali dan Nadia, kureng sikit bab cendawa shitake
Oleh kerana ada udang, Kjee pun campakkan udang sikit. Kalau tidak, cukup jer bubuh cendawan dan kacang buncis. Ala2 vegetarian gitu.
Kjee jarang masak guna sos tiram. Kalau goreng sayur ala2 Chinese style, Kjee hanya ketuk sedikit bawang putih, tumis dengan minyak jagung. Lepas tu bubuh sos ikan atau nampla, sedikit Pak Aji dan golek2 pantas atau stir fry.
Masa nak padam api, titiskan minyak bijan dalam satu sudu kecik. Itu jer. Kena makan panas2 baru sedap. Sebab itu, bila hidangan lain dah duduk atas meja, baru Kjee goreng sayur.
Assalamualaikum kak G...lama tak tinggalkan komen kat sini...harap kak G n family sihat hendaknya...
ReplyDeleteSayur goreng yng ringkas tapi sedap kan kak..:)
Saya memang suka masak sayur letak cendawan shitake ni tetapi anak-anak kata baunya macam petai sebab saya guna cendawan kering.
ReplyDeleteAs Salam Kak Jee, muga sehat selalu. Amy tgk sayur Kak jee...mcm sedap jer...Amie mmg suka kacang buncis di goreng atau campur dalam gulai.
ReplyDeleteNak cubalah nnt..
Mak aih kak jee....your photography...wow!...udang tu amat jelas...tertonggeng cantikkkkk ja atas sayur tu :))
ReplyDeleteas-salam. simple. buat saya tertarik la.sy mmg suka mkan cendawan shintake :)
ReplyDeleteada masa nak mencuba la resepi kak jee ni ye. thanks share ye kak :)