Affendy Rahmat anak sulong Allahyarham menyiram air mawar di pusara ibunya - Gambar mStar Online |
Amat sayu mendengar cerita mengenai Seniwati Latifah Omar setelah dia tiada.
Semua tahu dia salah seorang seniwati paling cantik di zaman kegemilangan filem Melayu. Kecantikannya semulajadi, senyumannya menawan dan mampu mengoncang iman ramai lelaki ketika itu.
Seniwati Latifah juga bintang air mata. Banyak filemnya di zaman Cathay Keris dulu terutama disamping Allahyarham Nordin Ahmad, tidak akan dilupai peminat filem Melayu. Lakonannya cukup berkesan, baik sebagai Puteri Raja mahupun jadi gadis yang didera ala2 Cinderella.
Ramai ketika itu berangan mahu jadi ayu macam Latifah Omar dalam filem2 yang dilakonkannya. Dan ibu2 tiri jahat yang mendera Latifah Omar dalam filem2nya dikecam peminat Allahyarham.
Bagaimanapun, bak kata Datin Rosnani Jamil atau lebih mesra disapa Mak Nani, arwah bukan wanita cantik dalam filem mahupun novel yang "lived happily ever after" dengan Putera Raja idamannya. Arwah mengejar cinta dan kasih sayang insan bergelar lelaki tetapi tidak menemuinya hingga ke akhir hayatnya.
Kisah peribadi Latifah begitu rapi dijaganya. Tiada siapa dapat menghidu private life dia. Hanya setelah dia tiada barulah kita semua tahu dia telah tiga kali mengalami kegagalan rumahtangga. Dulu Kjee pernah dengar dia turut dilamar Raja sebuah negeri. Tetapi apakah itu realiti atau fantasi?
Dan hari ini Kjee bertambah sebak membaca berita bagaimana dia telah menyediakan kain kafan dan jugak sejumlah wang untuk urusan pengkebumiannya!
Itulah Latifah Omar. Insan yang, khabarnya, tidak suka menyusahkan rakan2 seperjuangannya di zaman kegemilangannya bersama mereka dulu. Dan ketika hendak pergi mengadap Illahi, beliau turut membuat persediaan agar warisnya tidak menghadapi kesukaran menyempurnakan jenazahnya.
Selamat Jalan heroin kesayangan Malaya ini. Moga Roh mu tenang mengadap penciptamu.
Al Fatihah.
ALFATIHAH....
ReplyDeleteOrang dulu2 memang macam ni, kalo boleh semua diuruskan sendiri, tidak suka menyusahkan keluarga, sungguh mulia hati mereka. Semoga dirahmati dan di lindungi Allah, ditempatkan bersama orang2 yang soleh, Amin...-Al-Fatihah-
ReplyDelete