Monday, June 10, 2013

STIR FRY SAYUR TAU MEU






Tiap kali singgah di mana2 pasaraya, Kjee akan nampak sayur ni. Dan tiap kali Kjee hanya pandang jer sebab otak tak boleh register nak masak cara apa.

Sebenarnya, Kjee pernah makan sayur ini masa pergi makan Bubur Nasi berlauk di Kak Mah Tom Yam, Kampung Baru. Nadia yang tukang order. Bila tanya sayur apa, dia kata tak tahu.

Minggu lepas Kjee ke Hero dan nampak lagi sayur ni. Ada orang ambil dan campak kat tempat bawang. Kjee ambil dan baca. Biasanya ada tulis nama sayur kat situ. Tau Meu. Ohh itu namanya. Satu peket RM2.50.









Balik rumah, Kjee simpan dulu. Esoknya apabila Nadia balik kerja, Kjee tunjuk peket tu kat Nadia.

"Goreng biasa jer Mama. Bubuh sos tiram macam kat Kak Mah Tom Yam," kata Nadia.

That was just what I did. Kjee ketuk 3 biji bawang putih, dan Nadia tolong tumis guna sedikit minyak jagung Dia buat ala stir fry, bubuh sikit oyster sauce dan nampla. Tapi dek terlebih bubuh nampla or fish sauce, termasin sikit. Hmmm orang tua2 kata kalau anak dara masak termasin, maknanya dah nak kahwin. Hehehe.

Hari tu Kjee ada rendam cendawan kering shitake tapi lupa nak guna. So Kjee hiris dan suruh Nadia campak dalam sayur. Siap dalam sekelip mata. Itulah kaedah stir fry atau goreng guna api besar pantas2.

Rasanya? Sedap jugak. Kalau masak secara stir fry, masih boleh rasa ranggup. Kjee dan Nadia habiskan berdua. Kami memang pantang tengok sayur.

Kjee rasa sayur ni adik beradik taugeh. Tapi ada yang kata boleh makan mentah. Wallahualam.






Related Posts:

  • SAPA HANTU SAYUR?        Kjee manusia paling takut hantu. My family akan ketawa tengok Kjee tutup mata atau berpaling muka even kalau ada iklan/drama adegan hantu! Penakut yang amat-amat!      Tet… Read More
  • BENDI GORENG TELOR      Bendi ini baki setelah masak Asam Pedas aritu. Ada dalam 7-8 biji. Since dah tiga hari dalam esbok, kena cepat selamatkan. Kalau tidak kecut.      Kjee masak Kari Ikan Talang Ker… Read More
  • PAK CHOY OYSTER SAUCE      Ini aje yang larat Kjee masak hari ini. Tak berani duduk lama-lama kat dapur. Bahangnya macam duduk dalam oven!     So Kjee suruh UnclePali beli lauk. Sampai rumah, terkejut dia … Read More
  • PUCUK PAKU GORENG        Dah lama bebenor Kjee tak masak Pucuk Paku. Sayur ini boleh dijadikan macam2 lauk. Ada yang celur campur sayur-sayur lain jadi Gado-Gado. Ada yang masak lemak cili padi atau buat kerabu … Read More
  • KAILAN IKAN MASIN       Ini kejadian untuk buka Puasa semalam. Hari ini Kjee tak masak. It's my husband's 53rd birthday. Dan seperti biasa, kami akan celebrate di Rest Sushi sekiranya salah seorang dari kami, birthda… Read More

14 comments:

  1. dua beradik dgn Tau Geh la tu...hehe..nak cari jg la...dah lama tak meronda area sayur kat supermarket.

    ReplyDelete
  2. Kak Fauziah,

    fresh+simple=sedap makan bunyi krup krap

    ReplyDelete
  3. Betul lah Ieda. Tau Meh... Tau Geh. Hahaha

    ReplyDelete
  4. macam best je sayur sepupu tau geh ni kak jee..zila ad jugak jimpa tp x brani beli..heheehe pasni leh la beli

    ReplyDelete
  5. Salam, nampak best sangat dan fresh...

    ReplyDelete
  6. Tau meu atau taugeh hijau kata org..lg sedap dr taugeh kuning kan..

    ReplyDelete
  7. salam itu adalah watercress.
    omputih makan salad ulam atau buat soup.
    kaum cina masak gorencg bawang putih dan letsk rencah udang kenkadang

    ReplyDelete
  8. Wkmsalam. Bukan watercress. Kjee selalu beli water cress buat sup.

    ReplyDelete
  9. oo sayur ni...say pun x reti nak panggil apa namanya...lepas kak jee bagitau baru tau...selalu panggil taugeh hijau...masak mee gantikan taugeh biasa ngan sayur ni lagi sedap tau kak jee...

    ReplyDelete
  10. Taugeh=bean sprout, taumeh=pea sprout. Sedap masak mcm kangkung blacan.

    ReplyDelete
  11. Taumeh ataw dao mio..adalah benih kacang peas yang...dicambahkan...harganye lebih mahal dr taugeh...sedap digoreng stir fry..

    ReplyDelete
  12. atau org panggil pucuk kacang Kak Gee.....cina biasa yg jual tu ,klu melayu tanya dia akn ckp pucuk kacang

    ReplyDelete
  13. saya tak tahu nak masak mcm mana sayur ni .. tq kak gee kongsikan idea resepi brillion ni.. simple dan senang ...

    ReplyDelete
  14. Mmg boleh mkn mentah..my MIL buat salad gaul mayo jek..

    ReplyDelete