Monday, June 3, 2013

TAK ADA KE CARA LEBIH CERDIK NAK MENIPU?

Tuduhan Rakyat Bangladesh Mengundi Tidak Masuk Akal - Pesuruhjaya Tinggi

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di sini menolak dakwaan rakyat negara itu terlibat sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Menyifatkan sebagai tidak masuk akal, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia, AKM Atiqur Rahman berkata, pejabatnya tidak mengetahui mengenai dakwaan tersebut.

"Propaganda mengenai rakyat Bangladesh mengundi dalam PRU-13 hanyalah rekaan semata-mata oleh beberapa kumpulan yang mempunyai kepentingan tertentu," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Menurutnya adalah tidak masuk akal bahawa seramai 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk ke Malaysia seminggu sebelum pilihan raya berlangsung untuk mengundi.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai 'manipulasi politik, beliau berkata gambaran rakyat Bangladesh menjadi pengundi hantu bukan sahaja meletakkan rakyatnya dalam risiko, tetapi turut memberi imej negatif terhadap negara itu.

5 comments:

  1. kalau pun betul lah depa nak ambik pengundi hantu........baik ambik indin kan...lebih cam muka kita sikit..

    makcik buat daging kaprau kak jee masa anak saudara tunang hari tu..tapi tak ada gambarlah pulak...TQ kak jee.

    ReplyDelete
  2. Biasalah, memang kaki menipu ka katakan......

    Warga Subang Bestari

    ReplyDelete
  3. baru ni kawan dtg rumah...kawan baik jg la...tetiba dia terkona pi cerita bab politik & cakap ttg kes ni...katanya kat kedah plk tu...dlm hati rasa nak menjawab tapi demi persahabatan kudiamkan saja...

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Gee dan semua, ieda derang ni sebok pengundi bangla, kalo ya pun ada pengundi bangla ada ke depa buat report polis. Kenapa x buat report polis aje. Acerli pengundi bangla dan black out memang x wujud pun. Depa yang dok reka. Yang peliknya belum lagi mengundi tapi isu bangla dah kecoh satu malaysia. Yang sebenarnya kes-kes mengarut ni semua agenda Red Bean Army yang bersekongkol dengan pembangkang. Fitnah2 yang dibuat mereka ni sangat dahsyat, mengarut dan x masuk akal. Fitnah yang asyik dok attack kerajaan termasuklah Datin Seri Rosmah. Dan fitnah2 rekaan mereka juga yang menyemarakkan kebencian kaum T_T dan T_T terhadap orang Melayu. Akhir sekali saya nak ajak kawan2 disini mulai hari ni belilah barangan keluaran bumiputera. Kalo barang yang kita nak tu memang orang bumiputera x buat atau keluarkan boleh lah kita beli sebab no choice kan.

    ReplyDelete
  5. hehehe 97% cina sokong pakatan rakyat...adakah ini termasuk cina dari singapore,china,taiwan,macau?macam mana nak bezakan?kalau pakatan rakyat boleh tuduh kita pun boleh juga :)

    ReplyDelete