Masterchef Celebrity Malaysia musim kedua melabuhkan tirainya dengan peserta 'underdog' Syura dipilih sebagai juara. Tuah ayam boleh dilihat, tuah Syura tidak siapa yang dapat jangka.
Sejak minggu lepas lagi dah hebuh di Facebook, Syura juara. Rakaman yang dibuat di KLIA (dua minggu lepas agaknya) tidak dijalankan under strict security. Ada yang terbabit secara langsung atau tidak dalam rakaman itu telah membocorkan rahsia.
Dan sejak keputusan itu dikongsi dari satu akaun facebook ke akaun yang lain, Kjee pasti ramai
Tiga hidangan yang menambat hati juri |
Tidak boleh salahkan penonton yang follow rancangan ini untuk rasa kecewa kerana Syura bukanlah peserta yang telah mempamerkan bakat memasak yang menonjol sepanjang pertandingan. Jika Kjee tidak tahu Syura akan melangkah ke final, sekali gus menjadi juara, I place my bet on Celina sebagai peserta pertama paling layak ke final. Diikuti dengan Syanie, Michael Ang dan Rozita Che Wan.
Yang lain2 tu, maaflah kalau dalam bahasa kewartawanan, hanya 'berita penyendal'.
Anyway, perasaan Kjee bercampur baur untuk menyaksikan pertandingan akhir tadi. Apakah Kjee akan buang masa sahaja tengok rancangan itu kerana sudah tahu pemenangnya?
Tetapi oleh kerana mahu tahu apa yang menyebabkan Syura menang
Tiga hidangan Celina yang menarik di segi presentation |
Pertandingan akhir itu mahukan dua finalis menyediakan hidangan penuh atau a full course meal untuk penerbangan kelas pertama ke London. Kjee fikir, kalau nak menang, haruslah disajikan makanan tempatan yang bercirikan fine dining.
Tak guna mungkin untuk menghidangkan makanan Barat kerana apabila tiba di destinasi tersebut, passenger itu akan pasti dapat menikmati makanan Barat yang lebih sedap dan authentic.
Apabila Kjee nampak Celina begitu ghairah membuat persediaan memasak dengan mengambil lobster (udang kara), nak buat steak dengan sos cendawan yang tidak popular di kalangan orang Malaysia dan juga pemanis Perancis, dalam hati Kjee itu mungkin penyebab utama Celina kalah.
Tetapi Syura juga masak yang agak kebaratan. Kjee tak perasan apa yang dimasak sebagai starter
Anyway, ketika makanan itu dihidangkan kepada 10 tetamu yang terdiri dari chef serta ahli2 korporat syarikat penerbangan, Kjee pasti semua dah dapat agak Syura akan muncul Juara. Komen yang diberikan oleh 'para juri' agak perfect. Kurang sangat cacat cela. Kjee hanya dengar seorang daripada mereka kata kalau Syura letak lebih sos pada ayam, dia akan lebih enjoy makanannya.
Gaya seorang juara |
Tetapi malang bagi Celina. Hidang starternya iaitu Lobster yang dihias begitu indah dalam buah naga atau dragon fruit, agak mentah! Bukan seorang yang komen benda yang sama.
Kemudian, steaknya tidak masak sekata. Ada juri yang puas hati, ada yang kata 'tidak menepati sedikit' masaknya. Che Adu pulak kata kentang yang dihidangkan bersama steak, agak berat.
Komen2 itulah gamaknya, yang membuat Celina gagal merangkul gelaran Juara. Apakah semua itu berlaku kerana sikapnya yang terlebih konfiden. Maklumlah selama ini kita boleh menyaksikan ketidakpuasan hatinya apabila digandingkan dengan Syura dalam kumpulan sama dan juga ketika Syura menjadi Ketua kumpulan.
Syura menang bukan kerana masakan dia lebih hebat dari Celina tetapi kerana dia membuat kesilapan lebih sedikit daripada Celina. Dan of course, nasib menyebelahinya.
Tahniah Syura kerana persembahan yang tidak mengecewakan di final Masterchef Celebrity musim kedua ini. Selain mendapat plaque Juara, dia juga mendapat tiket penerbangan pergi balik business class ke Paris untuk dua orang dari MAS. Tak ada pulak penajaan penginapan tetapi pasti wang minggu sebanyak RM5,000 seminggu yang terkumpul menjadi RM50,000 cukuplah untuk dia berbulan madu di Paris bukan sahaja bersama suami tetapi jugak anak2nya.
Syura telah mengumpul sebanyak RM10,500 untuk badan kebajikan yang diwakilinya. Pihak Astro telah menambah RM50,000 menjadikan jumlah besar RM60,500.
Pada Kjee, kemenangannya jugak mungkin berkat doa ibunya kerana menurut Syura, apa jua keputusan, dia tetap akan menghantar ibunya mengerjakan umrah atau Haji di Tanah Suci dengan duit yang telah dia kumpul sepanjang 10 minggu menjadi peserta rancangan itu.
Tahniah jugak kepada Celina. Many want you to be champion. You may not be the champion tonight but the champion in the hearts of many. Mana tahu ada pihak yang akan memilih Celina sebagai hos rancangan masakan kerana bakat memasak dan kemampuannya bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
Suami dan anak2 yang merinduinya |
Tahniah syura !
ReplyDeleteYang rasa chef2 tu...kita yg melihat boleh lihat rupa dan gaya masakan yg kadang2 rasa tak seindah rupanya.Apa2 tahniahlah kepada pemenang.
ReplyDeleteTahniah Syura
ReplyDeletetahniah pada syura ...
ReplyDeletetapi kadang² yg x juara tu ada tuahnya sendiri .....
bila dapat tau awal syura menang memang tak puas hati tapi bila tengok final semalam memang patut syura menang...
ReplyDeleteSyura menang sebab celina kalah.
ReplyDeleteTahniah...kepada Pemenang semua!
ReplyDeletecomeback buat Syura!!
ReplyDeletetp dlm bidang masakan bkn nyanyian...
dia bkn lgsung tak tahu masak, tapi pengetahuan belum meluas...mmg pada mulanya kurang yakin dengan Syura, tp bila tengok malam tadi dah improved dan hebat juga presenting masakan dia...rasa? yelah hanya juri je dapat menilai...
tahniah Syura...