|
Sebelum berangkat mengerjakan Umrah April lalu. Bersama Boy, Wani (isteri Boy) dan Noor Kumalasari
|
Majalah Asia Magazine Australia pernah mengangkat beliau sebagai The Most Beautiful Malay Woman in Asia. Wanita Melayu Paling Jelita di Asia. Hari ini Seniwati Umi Kalthum, 81, pergi buat selama2nya.
Tetapi hingga ke akhir hayat beliau, Kjee masih anggap title itu masih dipegang beliau.
Beliau bukan sahaja jelita pada fizikal tetapi jugak seorang wanita yang cukup baik, murah dengan senyuman dan disenangi bukan sahaja oleh sahabat2nya tetapi sesiapa sahaja yang mendampinginya. Kjee rapat sangat2 dengan beliau mungkin dalam 5 atau 6 tahun lepas.
|
Sahabat2 Allahyarham. Dari kiri Hajah Hazimah, Seniwati Salmah Ahmad dan Dato Maria Menado
|
Pemergiannya pasti cukup dirasa teman2nya. Bak kata Seniwati Dato Maria Menado:
"Walaupun dia banyak diberi watak jahat ketika berlakon tetapi wataknya di belakang tabir amat berbeza. Baik hati, baik mulut dan baik sangat perangai. Tidak pernah mengumpat dan tidak suka dengar umpatan orang. Memang sukar hendak dapat seorang sahabat seperti beliau."
Seniwati Salmah Ahmad yang menjadi sahabat karib Allahyarham menambah:
"Kak Umi call saya dua hari lepas. Dia kata, seorang demi seorang kawan2 kita dah pergi. Bilalah agaknya giliran kita? Kak Mah jawab, usah fikirkan itu semua. Yang penting kita jaga kesihatan. Kembali nya kita ke sana nanti adalah kerja Allah swt," kata Salmah Ahmad.
Allahyarham Datin Umi Kalthum mempunyai seorang lagi sahabat karib iaitu Allahyarham Kuswadinata yang kembali ke rahmatullah baru2 ini. Jika ada jemputan ke mana2 majlis, tiga sahabat ini akan pergi bersama2.
Pemergian Allahyarham genap 45 hari pemergian sahabatnya 'Merah' atau Allahyarham Latifah Omar. Dalam filem Bawang Putih Bawang Merah keluaran Cathay Keris di tahun 50-an dulu, Allahyarham Umi Kalsom berlakon sebagai 'Putih" kakak tiri Merah yang jahat.
|
Noor Kumalasari menabur bunga di pusara ibunya |
Hubungan Kjee dengan Allahyarham mula rapat kira-kira 6 tahun lalu apabila beliau menjadi pelanggan tetap di gerai Kjee. Makanan favorite beliau Penang Fried Kway Teow dan Laksa Johor. Setiap pagi beliau akan singgah bersama cucu sulungnya Amir aka Boy. Jika Amir bekerja, beliau akan datang seorang diri.
Dan beliau akan duduk berjam2 bercerita bagaimana beliau merindui Arwah suaminya Dato S Roomai Noor yang meninggal dunia di Mekah ketika mereka mengerjakan Umrah bersama 17 tahun lalu. Sejak itu setiap tahun beliau akan mengerjakan Umrah di Mekah sepanjang bulan Puasa.
"Ada sekali tu Kak Umi ternampak kelibat abang Noor, tau Jee. Dekat Kaabah. Tapi Kak Umi tak sempat nak tegur, dia dah 'hilang'. Kak Umi nak sangat mati kat Mekah...tapi kalau tak kat Malaysia pun tak kesah tapi mintak2 di bulan Puasa," itu antara perbualan kami sambil beliau menjamah makanan kesukaannya di gerai Kjee.
Beliau baru sahaja kembali dari mengerjakan Umrah April lepas bersama2 dengan Noor Kumalasari dan keluarga serta wartawan Juwie.
Allahyarham meninggal dunia dalam tidurnya antara jam 12.50 pagi hingga jam 4.30 pagi. Cucunya Amir beritahu Kjee, dia tidak perasan Wan (panggilannya kepada Allahyarham) ada menelefonnya kira2 jam 12.50 pagi.
|
Allahyarham bersama cucu kesayangannya, Amir atau Boy - dari album Boy |
"Saya hanya tersedar ada missed call pada kira2 jam 1.30 pagi. Saya telefon balik tapi tiada jawapan. Kemudian saya call adik saya untuk tengok Wan dalam biliknya. Adik saya call balik kata Wan tengah tidur. Kemudian pada pukul 4.30 pagi, adik saya call lagi beritahu tubuh Wan dah sejuk. Saya terus kesana," kata Amir atau Boy yang tinggal bersama2 dengan arwah neneknya sejak lahir. Dia hanya berpindah sejak beberapa tahun lalu setelah berkahwin.
Boy kemudian menunjukkan sekeping kertas yang ditemuinya dalam bilik arwah Wan nya. Itu mungkin coretan tangan terakhir Allahyarham.
|
Apakah ini tulisan tangan terakhir Allahyarham? Wallahualam
|
Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate. Allahyarham minta dikebumikan di situ kerana arwah ibunya serta arwah anak lelaki sulungnya (suami pertamanya) dikebumikan di situ.
Kjee akan merindui senyumannya, tutur katanya yang cukup tersusun serta panggilan telefon darinya setiap tahun seminggu sebelum Raya untuk order kuah Laksa Johor. Itu rutinnya sejak 6 tahun lepas. Dan tahun ini, Kjee pasti akan merindui : "Jee, jangan lupa tau... Kjee Umi nak 6 kilo kuah laksa Johor. Nanti hantar kat rumah Kak Umi. Jangan lupa juga belikan lobak masin yer..." Klik
SINI.
|
Bersama Dato DJ Dave, Dato Mustafa Maarof dan aktres Nancie Foo
|
Antara sahabat2nya yang menziarahi jenazah beliau dari rumah hingga ke Mesjid Taman Melawati dan ke tanah perkuburan, termasuk Dato Mustafa Maarof, Dato Aziz Satar, Dato Yusof Haslam. Dato Maria Menado, Dato Sarimah Ahmad, Datin Rosnani Jamil, Dato DJ Dave, Seniwati Salmah Ahmad, Aspalela Abdullah, Zed Zaidi, Aida Rahim dan Nancie Foo.
Semoga roh Allahyarham diletakkan di sisi mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin. Al Fatihah.