Monday, July 22, 2013

GRO INDIA, NEPAL, PAKISTAN DAN BANGLADESH MULA DIKESAN DI KUALA LUMPUR







Selepas polis berjaya mematahkan banyak sindiket pelacuran di kalangan warga China, Vietnam dan Thailand, kini wujud satu sindiket baru yang memperdagangkan wanita dari India, Nepal, Pakistan dan Bangladesh di Ibu Kota.

Akhbar The Star melaporkan, Polis berjaya mematahkan sindiket ini berikutan emel yang diterima dari keluarga salah seorang wanita tersebut kepada Kedutaan Pakistan di Kuala Lumpur.

Wanita yang kesemua berusia awal dua puluhan 'diselamatkan' dari sebuah restoran mewah di Jalan Inai, awal pagi Ahad. Enam dari mereka adalah warga India, empat dari Pakistan, tiga dari Nepal dan dua dari Bangladesh.

Seorang lelaki warga India dan tiga lelaki tempatan telah ditahan untuk membantu siasatan. Wanita2 itu difahamkan telah dipaksa membuat kerja2 sebagai GRO selepas restoran menamatkan operasinya.




4 comments:

  1. aduhai...gejala macam ni yang tak best. datang tempat kita buat benda tak baik. Apakah di mata mereka negara kita ini tempat mereka menjual?
    Nyahh lah jauh jauh

    ReplyDelete
  2. agaknya sebab dah ada permintaan !! yer lahhh .. dah jemu kot ngan pelacur Cina, Indon dan yang tempatan.

    ReplyDelete
  3. adanya mereka ni sbb adanya permintaan
    kalau takde permintaan, mesti tak de diorang dtg
    makin lama makin ramai warga asing kat mesia ni
    nak jalan2 sendiri ke ibukota pun takut

    ReplyDelete
  4. yelah..
    hok jantan nepal, bangladesh pn bersepah..
    mesti ada permintaan hok betino pulop kan..
    adehhhh....

    ReplyDelete