Thursday, July 25, 2013

GULAI PAHANG AYAM KAMPUNG







Ahad lepas UnclePali balik kampung. Mak mertua Kjee kirim kat dia seekor ayam kampung sebab dia tahu menantu pompuan sorang ni suka sangat ayam kampung. UnclePali sampai rumah terus masukkan ke dalam freezer. Maklumlah sampai rumah dah dekat 2 pagi.

Semalam Nadia beritahu dia nak makan Rendang Ayam Kelantan. Memang sedap kalau ayam kampung dibuat rendang. Anyway, semua dah set nak masak Rendang Ayam Kelantan. Tetapi apabila Kjee nampak ayam kampung dalam sinki, sedihnya. Kurus sangat. Tak ada isi!

Ayam kampung memanglah tak ada isi. Sedap kalau masak sup kan? Tapi bulan puasa mana ada mood nak makan sup.

Kjee beri UnclePali pilihan. Nak masak kari, masak lemak cili api atau Gulai Pahang. Terus UnclePali setuju masak Gulai Pahang. Kjee sms Nadia. Dia punya lah happy sebab lama dah Kjee tak masak Gulai Pahang.







Lepas masak, UnclePali tengah snap gambar, mak mertua Kjee call. Jee masak Gulai Pahang mak, kata UnclePali. Hah? Gulai Pahang? Aku duk Pahang berpuluh tahun tak pernah dengar Gulai Pahang.

Hehehe. Memang apabila Kjee kata Kjee masak Gulai Pahang, ramai tak tau apa itu Gulai Pahang. Malah, ada yang kata Pahang mana ada gulai!

Tak kesahlah. Kjee belajar gulai ni dari isteri pengarah Yassin Salleh. Dia orang Pahang ori. Dia kata Gulai Pahang, Kjee pun katalah Gulai Pahang kan?

Gulai ni sedap sangat. Bubuh ketumbar, jintan manis, jintan putih dan jugak kentang. Kjee rebus dulu ayam kampung dalam pressure cooker. Jadi lembut sangat2. Resipinya korang klik SINI jer lah. Kureng rajin nak taip balik.




Related Posts:

  • SUP AYAM BIASA BIASA Musim panas mesti elakkan makan makanan yang akan memanaskan lagi badan, kata semua orang. Kjee pun kata yang sama. Tapi mampukah kita makan rebus-rebus jer atau lauk bening, kata orang Jawa sepanjang musim panas y… Read More
  • MENU MUDAH JAMU TETAMU TIKA SYAWAL Rendang Ayam Kelantan ni Kjee buat semalam. Nadia nak makan Sambal Ayam. Masa Kjee tengah sibuk-sibuk buat persiapan dalam keadaan badan tak berapa nak sihat sebab kena food poisoning. Tetiba UnclePali kata rencah untuk… Read More
  • AYAM/SOTONG GORENG KUNYIT FAVORITE WARGA OPIS DI KL Ini Mamat punya Ayam Goreng Kunyit Bersama Nasi. Ini versi Kjee Hari tu Kjee pergi makan nasi lemak Ujang kat Keramat Permai. Masa makan, Kjee bual2lah denga Ujang yang tak pernah kering dengan senyuman. Bila Unc… Read More
  • NASI AYAM DALAM PERIUK TANAH Hari ni malas nak keluar makan. So masak sahaja yang ada kat dapur. Semalam sewaktu bukak pantry, tetiba terjatuh satu peket cendawan shitake kering. Actually setengah peket jer. So Kjee suruh Nadia rendam air panas p… Read More
  • RENDANG AYAM KELANTAN MUDAH DAN SEDAP Dah banyak kali masa lauk Rendang Ayam Kelantan ni. Tak pernah jemu dan kalau lama tak masak, rasa rindu sangat-sangat. Hari ni UnclePali tolong Kjee masak rendang ni sebab Kjee tak berapa sihat. Rasanya tetap perf… Read More

0 comments:

Post a Comment