Sunday, July 14, 2013

HARUSKAH KITA BERTERUSAN DIHINA!!


Pasangan kekasih pelik ni dah buat macam2. Dah naik loya tengok paparan 'sexual acts' mereka yang bersepah bukan sahaja di You Tube tetapi di kebanyakkan blog.

Terbaru mereka mengina orang Islam negara ini dengan gambar/poster mereka sedang mentakedarah sup babi tapi captionnya ditujukan kepada umat Islam yang sedang menyambut Ramadhan.

Takkanlah Kementerian Komunikasi dan Multimedia nak lepaskan mereka begitu sahaja! Hari ini ada lagi manusia dari species sama turut upload gambar/poster babi panggang dengan caption yang lebih menghina. Nabi Muhammad saw jadi sasaran.  Manusia kurang ajar ni jadi berani kerana apa yang dilakukan oleh pasangan kekasih tadi, tidak diambil tindakan.

Cukupkah Kementerian sekadar memerhati, meneliti dan beri amaran? Yang kelakarnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru HENDAK MENELITI GAMBAR TERSEBUT! Perlu teropong ke? Mungkin boleh pinjam teropong dari jawatankuasa yang tengok anak bulan Ramadhan hari tu!!!

Atau apakah mereka akan hanya ambil tindakan setelah berlaku sesuatu oleh insan2 yang mahu pertahankan maruah Islam?

Lu fikir lah sendiri!! Isyhhh penat jer undi korang hari tu. Dah duduk kerusi empok, otak jadi lembab... Wake up man!!!

NOTA: Kjee tak siarkan gambar2 berkenaan kerana tak sanggup nak suruh korang tatap sesuatu yang mencemar kesucian Islam terutama sekali di bulan Ramadhan!! Baca lanjut di SINI.

Dibawah ini Kjee copy paste berita dari mStar Online.


PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan meneliti gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini dengan kapsyen Selamat Berbuka Puasa oleh pasangan blogger kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee serta akan mengambil tindakan sekiranya perlu.

"Kami akan menyiasat perkara itu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kata seorang pegawai kepada The Star Online.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau menyifatkan ucapan tersebut sebagai tidak boleh diterima.

Pasangan terbabit memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan' di laman Facebook mereka.

Mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

Tan berkata mereka memuat naik ucapan tersebut tanpa sebab. Sekadar gurauan, saya rasa'.

Pasangan itu kemudiannya turut dikritik oleh pengguna Internet kerana tidak menghiraukan perasaan orang lain.

Susulan itu mereka memadamkan kiriman tersebut dan menggantikannya dengan gambar mereka yang sedang menikmati ketupat, rendang dan karipap.

"Nah, sila nikmati makanan halal yang sebenar sekarang," menurut kapsyen gambar tersebut.

5 comments:

  1. dunia akhir zaman....islam dipersenda...nabi pernah berkata nnti diakhir zaman terdapat 73 puak yg mengaku islam tapi hanya 1 saja yg benar..puak yg mana ye ?harap2 kita berada dilandasan benar dalam puak yg benar dan diredhai Allah

    ReplyDelete
  2. kita tak pernah menghina tuhan mereka atau dewa dewi mereka so why must they hina Nabi Muhammad...
    perlukan kita selalu berdiam dgn hinaan yang melampau batas mcn ni? makin lama kita diam, makin berani dan lantang mereka yer? should i say they are truly swine?

    ReplyDelete
  3. nanti bila ada yang cuba bertindak dengan cara sendiri sebab nak mempertahankan agama Islam... masa tu la mereka akan ambil tindakan, tapi tindakan terhadap mereka yang cuba pertahankan bukan terhadap cina tu... betul tak???????

    ReplyDelete
  4. cubalah buat macam ni kat Singapura, tak sampai satu hari pasti dah duduk dalam lokap. Cekup then siasat. cukup bukti charged in Court.
    Bab2 religious and race sensitivities Singapore sangat tegas. I salute them!

    Hanan

    ReplyDelete
  5. saya rasa sebab ISA dah xde...diorang sewenangnye buat mcm tu... pendapat saya je kak jee.. walaupun dh dekat seminggu perkara ni terjadi takde sebarang tindakan pon dibuat kat pasanagn ALVAVI tu...

    ReplyDelete