Resipi klik http://www.dapurkakjee.com/2013/06/sotong-goreng-sama-kunyitsedaplah-eh.html |
Resipi klik http://www.dapurkakjee.com/2012/10/rebung-lemak-pedas-cili-api.html |
Ini menu cadangan pilihan Kjee hari ini. Biasanya untuk berbuka puasa, Kjee akan memilih untuk buat dua lauk pauk dan satu manisan. Kekadang kalau Kjee buat Jeli, misalnya, esoknya pasti ada lagi so Kjee taklah buat manisan atau dessert untuk hari esoknya.
Untuk berbuka, Kjee suka lauk pauk berkuah. At least satu berkuah dan satu kering. Tetapi untuk bersahur, kami sekeluarga hanya suka lauk pauk kering sahaja.
Sotong goreng kunyit adalah antara menu cukup mudah untuk dibuat untuk bersahur. Malah, kalau tak sempat nak masak masa sahur, boleh jugak dibuat sebelum masuk tidur dan simpan. Bangun sahur panaskan saja.
Resipi klik http://www.dapurkakjee.com/2013/04/siakap-segar-masak-tiga-rasa.html |
Kjee rasa tidak ramai ibu2 yang bangun sahur untuk memasak. Masa terlalu suntuk. Jadi, disyorkan lauk pauk kegemaran anak2 dimasak lebih sedikit ketika memasak untuk berbuka. Dan panaskan dalam microwave atau atas dapur, time sahur.
Kjee lebih suka panaskan lauk atas dapur daripada microwave. Rasa lebih puas hati walaupun sama jer kalau masuk microwave. Hehehe.
Menu atas hanya cadangan. Untuk sotong goreng kunyi tu boleh tukar ke udang, daging ataupun ayam. Untuk menu Tiga Rasa tu, selain ikan Siakap, ikan kembung pun boleh dibuat guna resipi sama.
Dan untuk masak lemak rebung diatas, Kjee guna rebung madu atau jenis batang. Rebung jeruk biasa pun sedap dimasak begini.
Resipi klik http://www.dapurkakjee.com/2012/10/onde-onde-aka-buah-melaka.html |
thanx kak jee kongsi menu2 ni...yg paling best buah melaka
ReplyDeletepaling kerap buat...hihihi
Saya pun biasanya masak malamnya lepas tu simpan sahurnya panaskan sahaja. Kadang2 sedih tengok anak2 yg makan apa sahaja yg mak sempat masak sebab kadang2 tu pukul 7pm baru sampai rumah. Sambal saya masak siap2 seminggu sekali masuk peti ais. Kadang panas sambal masuk je sotong, gilirlah kak isinya tu.
ReplyDeletesedap2 belaka.
ReplyDelete