Wednesday, July 31, 2013

KALAU TAK PEDAS, PATAH SELERA







Ada pendapat menyatakan jangan berbuka puasa dengan makanan yang pedas kerana ia bakal mengundang penyakit. Penyakit gastrik lah tu kan? Penyakit gastrik yang ori bukan tipu sebab nak ngelat tak mo pose. Tapi bagi Kjee, kalau tak ada lauk yang pedas, tak selera bebenor nak makan.

Kjee mengaku Kjee memang ada penyakit pedih ulu hati. Jenis yang kalau kita sendawa especially masa nak tidur, gas yang menyerupai asid akan 'berarak' dari perut hingga ke tekak dan pedihnya teramat sangat! Mengambil masa kekadang sampai 10 hingga 15 minit untuk hilang.

Arwah bonda kata, itu akibatnya makan terlalu banyak lauk pauk pedas. Arwah bonda sebenarnya pandai jugak nasihat tapi beliau pun sama dua kali lima dengan Kjee. Kalau tak makan lauk pauk pedas, patah selera. Hehehe.

UnclePali lagi dasyat. Semalam kami makan Nasi Beriani. Dia sediakan tiga hingga empat biji cili padi Bangladesh yang merah dan menyinga pedasnya. Sambil makan sesuai nasi, sambil kunyah cili padi!

Anyway, tak payahlah nak bebel banyak2. Kat bawah ni Kjee bagi idea lauk untuk sahur ataupun berbuka. Sambal telor pecah, Ayam Goreng Berlada ala Thai dan lauk fav Kjee, Terung Berlado Udang kering.

Selamat mencuba. Kalau kena gastric pepandailah cari ubat ya.




Sambal Telor Pecah



Ayam Goreng Berlada ala Thai





Terung Berlado Udang kering



















Related Posts:

  • GULAI TEMPOYAK TENGGIRI BUNGA Hari ni Kjee masak gulai tempoyak. Ramai mesti kata ek eleh tak heranlah kan! Tapi bagi Kjee ia satu gulai yang cukup eksotik. Dan Kjee memang tak berani memasaknya sebab takut tak sedap.  Kali pertama Kjee bua… Read More
  • ASAM PEDAS DAGING ORANG MELAKA CAMPUR KL/SELANGOR Lauk Asam Pedas Daging dikatakan menu orang Melaka. Entahlah Kjee pun tak pasti. Nasib baik darah Kjee ni separuh Melaka separuh KL/Selangor. Tapi Asam Pedas yang Kjee masak tadi, tak ikut resipi mana2. Resipi Kjee yang… Read More
  • RENDANG AYAM KELANTAN YANG MUDAH LAGI SEDAP Sepatutnya Kjee masak Rendang Kelantan ni Ahad lalu sebab ada request dari seorang kawan dan familinya nak datang makan. Tup2 malam Sabtu dia call kata kensel atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. So, Kjee pu… Read More
  • KARI KEPALA IKAN TANPA SANTAN/SUSU Kalau ke Bangsar Park atau kawasan berhampiran, UnclePali suka benar singgah makan tengah hari di gerai mamak Kepala Ikan Annuar yang femes tu. Kalau lunch time, memang kena beraturlah di tengah2 panas terik. Dan… Read More
  • DIMSUM CENDAWAN SHITAKE KERING Dimsum lagi? Kali kedua dalam masa 10 hari. Kjee ni ada tabiat yang kalau suka makan sesuatu, akan ulang dan ulang dan ulang sampai bosan. Pastu takkan makan lagi tiga empat tahun. Ewah. Sejak akhir2 ini selera … Read More

1 comment: