Saturday, July 27, 2013

KEJAB KATA MEREKA AKAN DIDAKWA, KEJAP KATA ....APA NAK JADI NI JAWI?






Perlukah ini? Tak ada faedahnya masuk pertandingan Ratu Cantik macam ni. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan harus tegas menangani kes ini. Undang2 melarang wanita Islam memasuki pertandingan Ratu Cantik  sudah lama dikuatkuasa.

Penganjur berjanji tidak akan memberi peserta Islam memakai bikini tetapi mereka memakai kain. Well, kain untuk tutup bahagian bawah badan saja ker? Macam mana dengan bahagian atas tubuh? Apakah mereka akan memakai seperti yang dalam gambar diatas?

Berita ini Kjee baca di mStar Online tadi.


Empat Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam Mungkin Dibenarkan Bertanding


PETALING JAYA: Empat finalis beragama Islam yang digugurkan daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World mungkin akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim, pada Khamis bagi membincangkan kemungkinan wanita beragama Islam bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

"Saya belum membuat keputusan lagi. Tetapi saya akan mengumumkan keputusan kepada umum minggu depan," kata Che Mat semasa menjawab panggilan telefon ringkas dengan Star Online.

"Keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk dipanggil semula dan mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013," kata Lim yang berkomunikasi dalam satu mesej teks.

Tetapi beliau berkata sebelum apa-apa keputusan dibuat, beliau perlu menunggu pengumuman Che Mat berhubung keputusannya.

"Mesyuarat itu berhasil dan pengumuman mungkin boleh dibuat pada awal minggu depan," katanya.

Lim menjangkakan pengumuman akan dibuat sama ada hari Isnin atau Selasa akan datang.

Pertandingan peringkat akhir Miss World tahun ini akan diadakan di negara jiran, Indonesia.

Lim berkata peserta beragama Islam di Indonesia dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

Beliau berkata peserta Islam tidak perlu memakai bikini sebaliknya mereka akan memakai kain.





4 comments:

  1. Itulah dia..saya pun terkejut baca tadi.. sepatutnya, perkara yg telah difatwakan..tak perlu dipertikai.. takut akan datang implikasinya akan jadi lebih teruk..

    ReplyDelete
  2. Pakai kain pun kain ketat agaknya,still nampak sexy.wanita jadi macam barang dagangan bila masuk ratu cantik.

    ReplyDelete
  3. Fatwa tak menyeluruh. Orang lelaki boleh pulak masuk pertandingan bina badan pakai skimpy underpants. Macam mana ni? Halal haram kena menyeluruh. Mana boleh ada gender bias

    ReplyDelete
  4. Salam Kjee,

    Agreed dengan Anonymous diatas, FATWA tak menyeluruh!!

    Orang Islam di Malaysia hari ini dah makin keliru....mana yang haram dan tidak!!

    Kenapa lelaki Melayu Islam boleh pakai seluar dalam yang sangat sexy dan naik atas pentas untuk PERTANDINGAN BINA BADAN LELAKI? Pertandingan pula dibuat dipusat beli belah dimana kaum hawa seperti Makcik-makcik dan anak dara datang tengok!! Yang perempuan pakai tak malu ke datang tengok bina badan lelaki ni? Aurat bukan sekadar tutup kepala jer...

    Ada kita nampak perempuan pakai bikini dalam MISS MALAYSIA WORLD atau UNIVERSE kat tempat awam seperti di Shopping Mall? Tak ada!! Pertandingan dibuat di hotel atau advanced places yang lain!
    Apapun, Fatwa dibuat based on AURAT, why men arent? MUFTI tolong jawab!!

    Kalau nak buat FATWA sekalipun biarlah adil. Lelaki sepatutnya diharamkan masuk bina badan kerana dalam Islam dah kata aurat asas seorang lelaki adalah dari pusat ke lutut, kenapa dengan bangganya naik atas pentas pakai seluar dalam dan markah diberikan based on BODY!!

    Please be fair to both men and muslims women when it comes to aurat/fatwa!! And MALAY media, tolong sentuh isu bina badan lelaki pula, jangan jadi stereotype traditional malay mentaliti pulak, balik-balik perempuan yang korang bising!!

    ReplyDelete