Saturday, July 20, 2013

KESAHIHAN SURAT 'TENTERA MILITANT' BALAS DENDAM DI SABAH, DIRAGUI










KOTA KINABALU: Polis Sabah telah memulakan siasatan ke atas surat yang kononnya ditulis oleh militan Sulu menyatakan bahawa mereka akan datang ke Tambunan, kawasan pedalaman Sabah, untuk serangan membalas dendam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada Sabtu berkata polis telah mengesan sumber surat itu walaupun ia disyaki tiada kaitan dengan pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu awal tahun ini.

"Kami telah memulakan siasatan kami sendiri walaupun tiada laporan rasmi polis dibuat," Hamza berkata ketika dihubungi melalui telefon.

Beliau berkata polis tidak percaya penulis surat itu mempunyai apa-apa kaitan dengan kumpulan militan Sulu, dan hanya bertindak dengan kehendaknya sendiri.

Kesahihan surat itu diragui, katanya.

Surat bertarikh 3 Julai yang ditandatangani oleh "Komando Militan" bagi pihak Kesultanan Sulu dan keluarga Kiram telah dihantar kepada pegawai daerah Tambunan, pegawai polis dan masyarakat Tambunan memberi amaran bahawa mereka mahu memulakan perang di daerah Tambunan sebagai membalas dendam terhadap pertempuran di Kampong Tanduo, Lahad Datu menjelang Ogos.

Hamza berkata pasukan polis dan keselamatan menganggap semua ancaman ini serius dan akan melakukan siasatan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tambunan dan Ahli Parlimen Keningau menggesa pihak berkuasa menyiasat surat itu walaupun meragui kesahihannya.

"Ini adalah sesuatu yang kita tidak boleh biarkan sahaja. Kita perlu mengambil perhatian serius," kata Pairin, sambil menambah beliau berharap polis akan mencari penulis surat dan "mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap orang seperti itu".

Mengenai dakwaan militan Sulu telah merancang untuk kembali ke Sabah, Hamza berkata pasukan keselamatan sentiasa bersedia untuk berdepan sebarang ancaman dan sementara itu juga memeriksa semua laporan dan khabar angin.

Bagaimanapun, beliau berkata sudah menjadi sebahagian daripada modus operandi kumpulan Sulu untuk menyebarkan "propaganda palsu" dan mewujudkan rasa takut di kalangan rakyat.

"Mereka membuat banyak kenyataan sebagai sebahagian daripada propaganda mereka," katanya. - mStar Online

Related Posts:

  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI         Setelah sebulan kita berpuasa, akhirnya esok kita sambut Hari Raya Aidilfitri.         Jalanraya khabarnya sesak dengan umat Islam yang hendak pulang ke kampung… Read More
  • SALAM LEBARAN Read More
  • SALAM RAMADAN. CUTI SEBULAN         Esok umat Islam seluruh dunia (ikut tarikh tempatan) akan menyambut ketibaan bulan Ramadan. Bulan paling Mulia dan Berkat dalam kalendar Islam.       Dan kita akan m… Read More
  • 13 MEI DATANG LAGI         13 Mei kembali. Tiap tahun ia pasti kembali bersama kenangan yang memilukan. Yang pernah mengalami atau dengar cerita mengenainya pasti takut. Moga Allah swt lindungi kita semua. Dan mo… Read More
  • 2023 MUNCUL Read More

0 comments:

Post a Comment