Sunday, July 14, 2013
KESEDIHAN 'DAHLIA' TERBAWA2 DI ALAM REALITI
Wajahnya yang seringkali penuh kesedihan di hujung2 drama Dahlia, rupa2nya menjadi realiti dalam kehidupannya. Terutama sekali setelah 'kematian bekas suaminya' dalam drama itu.
Dalam real life, pelakon dan pengacara Dira Abu Zahar, baru sahaja hilang lelaki paling rapat dengannya dalam hidupnya, iaitu ayahnya. Ayah Dira, Dato Seri Abu Zahar bin Isnin, mantan Ketua Menteri Melaka, meninggal dunia Jumaat lalu.
Mudah2an Dira dan keluarga tabah dengan ujian getir Allah swt ini. Al Fatihah.
Dibawah berita mengenai yang disiarkan dalam akhbar tabloid Sinar Harian.
JASIN - "Pesan arwah yang saya pegang, buat kerja dengan ikhlas," kata pelakon dan pengacara, Dira Abu Zahar.
Dira, 29, atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar berkata, bapanya sering mengingatkan anak-anak supaya sentiasa jujur dengan diri sendiri dan kerjaya, amanah serta jujur dengan orang sekeliling.
“Macam mana perjalanan ayah dalam dunia politik, dia datang dan pergi dengan cara baik, saya pun nak yang sama.
"Saya datang dalam bidang seni dengan cara baik dengan berkat doa ayah, dan saya pun nak habis dalam bidang seni dengan cara baik,” kata bekas pengacara Melodi itu.
Dira berkata, dia bersyukur kerana niatnya untuk terus berada di sisi arwah sejak mula dimasukkan ke hospital sehingga menghembuskan nafas akhir di rumah, termakbul.
Menurutnya, Allahyarham bapanya lebih sebulan menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Ampang sebelum dipindahkan ke Hospital Melaka sejak Isnin lalu akibat komplikasi buah pinggang.
“Satu perkara yang saya niat dan hajat kepada ALLAH sebelum ini, sampai hari akhir dan saat akhir, ingin berada di sisi ayah. Alhamdulillah, lebih sebulan di hospital saya jaga dia, saya tunggu dia termasuk adik beradik lain.
“Mungkin memang dia nak balik rumah. Dari KL lagi dia nak balik rumah tapi waktu tu arwah masih menjalani rawatan. Di rumah, hanya berapa minit sahaja arwah membuka mata sebelum nazak dan pergi dengan tenang," katanya dengan nada sebak kepada media, semalam.
Dira yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik juga mengakui dia begitu rapat dan manja dengan arwah biarpun sudah berumah tangga dan kerana itu, dia tidak pernah meninggalkan nama bapanya ketika terbabit dalam bidang seni.
moga semua dosa2 kita diampun Allah & arwah ditempatkan di jannah
ReplyDeletehttp://welovesusuibu.blogspot.com/2013/07/esp-shaklee-1-keburukan-yang-mudarat.html