Thursday, July 4, 2013

SAMBAL GORENG AYAM PENGANTIN











Namanya memang pelik. Sambal Goreng pengantin tetapi ia bukan sambal. Heran kan. Korang tak payah tanya Kjee kenapa namanya begitu. Ini lauk orang Jawa dan menjadi hidangan keluarga kami sejak bila Kjee tak tahu. Lahir2 jer dah rasa keenakan lauk ini.

Sambal Goreng Pengantin ini, adalah makanan yang mesti arwah Bonda hidangkan di pagi Hari Raya. Makan dengan ketupat. Lemang jarang2 tetapi memang sedap dimakan dengan lemang. Lemang bukan makanan orang Jawa. Kami hanya buat Ketupat Pulut. Ketupat daun kelapa yang biasa tapi diisi dengan pulut dan direbus dalam santan.

Selain masak guna ayam, Bonda juga guna daging serta hati lembu. Sedap sangat2 hingga menjilat jari.

Tapi agak renyah sikit nak buat sebab bahannya banyak. Kjee kata banyak sebab Kjee ni kan jenis yang masak guna resipi yang tak banyak kerenah. Yang tak payah masuk hutan keluar hutan mencari bahan2. Hehehe.






Tetapi dalam masakan ini, Kjee guna serai, lengkus, halia, cili merah, cili kering, bawang besar, bawang putih, gula melaka, belacan, asam keping dan santan. Tak banyak? Eh banyaklah tu pada Kjee.

Tadi Kjee guna separuh ekor ayam yang sederhana besar. Tetapi kerana bahagian atas ayam (dada sebab bahagian bawah dah buat ayam penyet hari tu), maka banyaklah daging putih. Kalau nak sedap, elok guna bahagian yang ada tulang2.

Kjee bersihkan ayam dan potong ikut suka. Tos hingga kering. Kemudian Kjee potong bulat 3 labu bawang yang sederhana besar. Potong dalam setengah inci lebar. Asingkan. Pastu hiris kira-kira 4 bawang putih, 4 batang cili merah dan gunting cili kering. Cili kering dan cili merah hendaklah dihiris atau gunting serong2 dan halus2. Jumlah cili kering ikut suka koranglah tapi lagi pedas, lagi sedap.






Kjee tumbuk 1 inci halia, 1 inci lengkuas dan tiga batang serai. Kena ricik halus2 baru ditumbuk tau. Kalau tidak, susah nak tumbuk sampai halus. Tepikan.

Lauk ni guna jugak 1 inci belacan dan kira-kira 2 sudu besar gula Melaka. Gula putih tak sedap. Dan Kjee guna 1 kotak santan.

Tumis bahan tumbuk sampai wangi. Pastu masukkan bawang besar, bawang putih dan goreng sampai naik wangi lagi. Masukkan ayam yang telah ditos kering dan masak hingga ayam kecut atau bahasa arwah Bonda, ayam dah keluar airnya.

Apabila ayam sudah kecut (kira-kira 10 minit), masukkan cili kering, cili merah dan belacan yang diramas2 sikit. Kemudian kacau hingga rata pastu masukkan 1 kotak santan dan 1 kotak air yang dibubuh dalam kotak kosong santan tadi.

Guna api sederhana, masak hingga ayam cukup sempurna masaknya. Masukkan gula Melaka dan juga tiga keping asam Gelugor atau asam keping. Masak lagi kira-kira 5 minit. Pastu bubuh garam dan rasa.

Lauk ini rasanya ada masam, manis dan pedas. Lauk ini juga ada kuah. Ada orang suka buat kering sikit. terserahlah.






Related Posts:

  • SAMBAL GORENG FUCUK JAWA Ini Sambal Goreng Fucuk makanan favorite species Jawa cam Kjee. Tapi orang bukan Jawa pun suka. Ini adalah antara jualan terbaru Kjee. Harga sebekas cam dalam gambar RM18. Beratnya lebih kurang 350gms. Antara … Read More
  • LEMAK PEDAS REBUNG DENGAN UDANG Ini lauk kampung yang sangat-sangat digemari orang bandar. Kalau singgah restoran atau gerai yang jual pelbagai jenis lauk untuk makan tengah hari, Kjee selalu lihat, lauk ini habis dulu. Masak lemak cili padi rebun… Read More
  • BAYAM RAJA BERSIONG? Mesti korang ketawa tengok Kjee buat entri ini. Alahai dah tak ada modal ker? Bayam Merah Masak bening pun nak bubuh kat sini. Hmmm Kjee pun memang tak minat nak buat entri. Tetapi apabila Kjee acah bubuh gamba… Read More
  • JERING TUA SEDAP DIJADIKAN SAMBAL TUMIS Apabila Kjee beritahu kat teman-teman Facebook yang Kjee nak masak Sambal Tumis Jering tua dengan tempe dan Terung Pipit, bukan main laju lagi dia orang bagi respons. Jering tua tak sedap Kjee. Jering cambahla… Read More
  • SAMBAL GORENG SAADIAH AIRTANGAN OGY AHMAD DAUD Setelah lama Allahyarham Datin Saadiah meninggalkan dunia ini dengan nama yang cukup harum dalam industri filem tanahair, nama beliau kini mungkin menjadi sebutan semula. Semuanya kerana anaknya Fauziah Ahmad … Read More

6 comments:

  1. ramuannye mcm nak masak sambal taun.. kak jee penah rasa tak sambal taun.. kalau embah saya buat sambal taun tu diletak isi2 kaki lembu..

    ReplyDelete
  2. as salam, sambal goreng lauk simple tapi sangat sedappp.

    ReplyDelete
  3. Macamanalah uncle pali tak sayang bini,bini pandai masak,sedap2 pulak tu.tentu uncle pali tak pandang pompuan lain dah..hehe..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum KakJee. Saya first time nak komen,walaupun cedok resipi selalu dah. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala sadakah KakJee. Iaitu resipi2 yg dishare disini. Insyaallah ini akan jadi pahala amal berterusan KakJee..

    ReplyDelete
  5. Sory kak jee.. nk tanya.. serai tu kalau di blend xsama ke hasilnya?

    ReplyDelete