DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, August 31, 2013

NASI LEMAK SEPARUH TANAK SEPARUH KUKUS











Resipi klik SINI





Nasi Lemak adalah makanan rakyat Malaysia tak kira bangsa. Ada seorang wanita Cina yang kerja hantar surat khabar kat rumah Kjee dulu komplen, kalau bulan puasa, sebulan dia tak makan Nasi Lemak.

"Manyak susahlah. Saya manyak suka makan nasi lemak. Hali hali saya makan. Kalau orang mulayu puasa, saya talak makan," kata Nyonya tua separuh abad itu.

Hari ni Kjee buat Nasi Lemak, separuh tanah separuh kukus. Sesuatu yang Kjee biasa lakukan masa meniaga dulu. Ramai kata renyah. Tanak ajer dalam rice cooker, kata kawan-kawan Kjee. Tapi Kjee tetap buat separuh kukus separuh tanak sebab Kjee suka. Suka tengok nasi yang cantik berderai-derai setelah dikukus.



Campur santan, air, daun pandan dan garam

Jerang atas dapur hingga airnya hampir kering



Terus pindahkan ke kukusan dan kukus sampai sempurna





Masa meniaga dulu Kjee guna beras tempatan. Jadi sukatan airnya 1 pot beras, 1 pot air dan 1 pot santan. Tapi hari ni Kjee guna beras Siam Wangi. Kjee buat 2 pot beras, 2 pot air dan 1 pati santan. Cuci beras, toskan airnya dan campur santan dan air. Kemudian bubuh daun pandan dan garam secukup rasa.

Kjee jerang beras yang telah dicampur air, santan, garam dan daun pandan atas dapur. Kukusan jugak sudah dipanaskan airnya. Kemudian guna api sederhana, Kjee tanak beras bersantan tadi, kacau sekali sekala hingga airnya sudah hampir kering. Kemudian padam api dan pindahkan ke kukusan yang telah dilapik dengan daun pisang. Kukuslah sampai masak sempurna.

Masa meniaga, tugas UnclePali untuk bungkus Nasi Lemak yang dijual RM1.20 satu bungkus. Kjee tak pandai bungkus. Jadi penyek.

Nasi Lemak separuh kukus ni tahan sampai petang. Bila nak makan, hidupkan balik api kukusan dan panaskan balik. Sedap dimakan dengan sambal tumis. Hari ni Kjee buat sambal tumis udang bersama petai.










 
Nasi Lemak  yang dibungkus UnclePali masa kami meniaga


KILANG HARAM DI SELAYANG PUNCA SUNGAI TERCEMAR


ehsan google



KUALA LUMPUR: Anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan bantuan polis dan pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Selangor pada Sabtu menyerbu sebuah kilang haram di Jalan Batu Arang yang dipercayai menjadi punca Sungai Selangor dicemari tumpahan diesel.

Presiden MPS, Mohd Azizi Mohd Zain berkata pihaknya telah mengeluarkan 14 saman kepada syarikat tersebut yang berjumlah RM34,000 atas pelbagai kesalahan.

"Pemilik kilang itu melakukan pelbagai aktiviti perindustrian berat di atas lot ini, termasuk mengumpul sisa minyak dan melakukan pemprosesan semula minyak tersebut.

"Mereka memunggah sisa minyak itu dari dua pemilik lori yang mengendalikan perniagaan itu," kata Mohd Azizi.

Kilang tersebut terletak 500m dari AEON di Rawang, dekat dengan kawasan kediaman mewah di situ.

Penduduk-penduduk di kawasan itu sering membuat aduan mengenai bau busuk dari kilang tersebut dan menggesa pihak MPS supaya menutup kilang itu.

Namun, kilang itu masih beroperasi.

Pegawai MPS berkata kilang itu pada hari ini bukan saja ditutup tetapi disita dengan beberapa anggota penguatkuasa diarahkan untuk berkawal bagi memastikan ia tidak beroperasi lagi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan telah berkurangan dan pelbagai jabatan - MPS, pejabat tanah Gombak dan JAS - akan diminta untuk menilai kesalahan yang telah dilakukan.

Pemilik lot itu tidak dapat dihubungi oleh pihak MPS apabila mereka menyerbu kilang tersebut.

Friday, August 30, 2013

LAKSA PENANG VERSI KJEE





Apabila demam, tekak mulalah nak makan yang masam2 dan pedas2. Balik dari Pengkalan Balak, Melaka, semalam, Kjee terkena demam selsema. Agaknya jerebu teruk kat situ. Tekak mula meragam.

Pagi tadi kami ke PutraJaya. Dalam perjalanan pulang, tetiba tekak ni teringin nak makan Asam Laksa Penang. Nadia ajak ke Group Base atau ke Pappa Rich tapi Kjee geleng kepala. Nak makan Laksa Penang air tangan sendiri.

Sampai KL, Kjee terus ajak UnclePali pergi Hero beli bahan2. Antaranya sardin dalam tin, laksa basah dalam peket, timun, salad, daun kesom dan daun pudina. Serai, cili padi, bunga kantan dan cili padi ada di dalam fridge.

UnclePali round cari nenas tak jumpa so, hari ni Laksa Penang Kjee tak cukup satu bahan. Kalau ada nenas, hiris nenas sebesar jari kecik dan letak dalam mangkuk bersama ulam2 lain.

Laksa Penang ori guna sardin dalam tin. Kjee curahkan sekali sos sardin itu. Itu yang menimbulkan rasa masa, manis dan pedas.

Jom kita intai bahan2 dan resipinya.






BAHAN2 UNTUK KUAH

2 tin sardin (425gms)
10 biji cili padi
2 biji cili merah
½ cawan cili kering yang telah dikisar
2 labu bawang besar
1 inci kunyit atau 1 sudu kecil serbuk kunyit
4 batang serai
3 batang bunga kantan
1 ikat daun kesom
5 keping asam gelugor
½ cawan air asam Jawa
1 inci belacan
1.5 litres Air










BAHAN ULAMAN

1 peket laksa basah
1 labu bawang besar
Salad
Timun
Nenas
Daun Pudina
Bunga Kantan
Limau Kasturi
Otak Udang aka Petis
Cili Padi

CARA

Bawang besar, cili padi, cili merah dan belacan ditumbuk halus. Kemudian ditumis hingga garing menggunakan minyak yang sedikit. Apabila sudah garing, masukkan 1.5 litre air. Campakkan serai yang telah dititik. Tungguh hingga mendidih. Kemudian masukkan asam keping dan jugak asam Jawa. Biarkan mendidih.
Buang tulang ikan sardin. Jangan dihancurkan ikan. Cukup sekadar dicerai-ceraikan secara kasar. Jangan dibuang sos ikan sardin itu.
Apabila kuah laksa sudah mendidih, masukkan daun kesom, dan bunga kantan yang telah dibelah dua. Perlahankan api dan masukkan perlahan-lahan sardin bersama sosnya tadi. Kacau perlahan-lahan agar ikan tidak hancur. Bubuh garam dam Pak Aji kalau guna.
Didihkan perlahan kira-kira 10 minit. Padamkan api.
Celur laksa basah dalam air panas kira-kira 30 saat sahaja. Kemudian toskan. Kalau tak celur, cuci dengan air panas pun okay. Terlalu lama akan buat laksa itu menjadi lembik.
Semua bahan2 ulam seperti bawang besar, salad, bunga kantan, cili padi dan timun dihiriskan nipis. Limau kasturi diotong sikit hujungnya sementara daun pudina dipetik.
Letakkan sedikit laksa kedalam mangkuk dan diikuti semua ulaman tadi. Kemudian dicurahkan dengan kuah yang panas. Kemudian ambil ikan sardin dan letak diatas. Kuah mesti panas baru sedap makan.
Letak daun pudina dan limau kasturi serta otak udang, kalau suka.
Selamat mencuba.
















Thursday, August 29, 2013

JOM SOKONG TAYANGAN FILEM 'TANDA PUTRA'!




PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba membidas Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan menganggap Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sebagai berfikiran sempit kerana gagal membezakan karya seni dengan politik.

Shuhaimi atau lebih mesra dipanggil Shumi berkata, tindakan Lim melarang filem Tanda Putera daripada ditayangkan di pawagam seluruh negeri itu sebenarnya menjadikan karyawan seni sebagai mangsa politik.

"Jika betul dia (Lim Guan Eng) ingin menyekat tayangan filem tersebut di negeri itu, ia adalah sesuatu perkara yang tidak matang dan bersikap prejudis.

"Beliau seharusnya dapat membezakan politik sempitnya dan industri kreatif negara," katanya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Rabu.

Shumi berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan negeri Pulau Pinang pada Rabu yang meminta semua pengusaha panggung wayang di negeri itu tidak menayangkan filem kontroversi, Tanda Putera.

Lim mendakwa filem itu mempunyai adegan yang boleh mencetuskan provokasi. apabila beberapa pemuda Cina dipaparkan membuang air kecil di perkarangan rumah Menteri Besar Selangor serta di satu bendera Malaysia.

Tambah Shumi, jika pihak pawagam menyekat tayangan filem tersebut tanpa persetujuan pihaknya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) boleh mengambil tindakan menarik balik lesen pawagam kerana filem berkenaan berada di bawah skim wajib tayang.

"Setakat ini kita tidak ubah apa-apa dan tayangan di Pulau Pinang akan diteruskan kerana filem ini di bawah skim wajib tayang.

"Bagi pawagam yang menarik balik tayangan tanpa sebarang persetujuan daripada pihak kami atau Finas, tindakan menarik balik lesen pawagam boleh kenakan," katanya.

Tanda Putera memaparkan kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein (Rusdi) dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman (Zizan) berusaha memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan antara kaum pada tahun 1969.

Filem yang dihasilkan pada tahun 2011 itu bagaimanapun tidak diluluskan oleh jemaah Menteri yang membuat keputusan menangguhkan tayangannya kerana dikatakan terdapat adegan yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Tanda Putera yang diterbitkan oleh Pesona Pictures Sdn Bhd dan Finas dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC).

Ia ditayangkan ke seluruh negara bermula Khamis. - mStar Online

Monday, August 26, 2013

PETUA HALAU NYAMUK DAN LALAT



























Dah lama Kjee dengar orang buat macam ni untuk 'halau' nyamuk dan lalat. Sejak beberapa hari lepas, Kjee mula rimas apabila ada seekor dua lalat yang asyik 'singgah' apabila makanan dihidang atas meja. Terus teringat petua cucukkan cengkih pada limau nipis.

Alhamdullilah semalam tetamu Kjee makan dengan tenang tanpa gangguan lalat. Sebelum Kjee letak atas meja makan, ada jugaklah seekor dua lalat berterbangan. Tetapi hairan bin ajaib, selepas letak limau dan cengkih ini terus tak ada lalat.

Khabarnya, ia jugak elok untuk menghalau nyamuk. Malam tadi Kjee letak pulak dalam bilik. Hmmm tidur nyenyak tanpa ada dendangan muzik di telinga.

Cara nak buat senang jer. Limau dipotong dua kemudian cucuklah cengkih seberapa banyak yang suka. Kalau dah kecut limau, buat lagilah yang baru. Lebih jimat dari beli penyembur nyamuk dan udara dalam rumah bebas dari kimia kan?

Gunalah kreativiti anda dan bubuh limau tu dalam bekas2 comel dan letak di  kawasan dalam rumah yang sering jadi tempat persinggahan lalat dan nyamuk. Selamat mencuba.

Thursday, August 22, 2013

BERTINDAK SALAH, KALAU TAK BERTINDAK.....


Wednesday, August 21, 2013

NAHAS BAS JATUH GAUNG DI GENTING










































KUALA LUMPUR: Sebuah bas yang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu kota terjunam dalam gaung setinggi 80 meter dalam kejadian di Kilometer 3.6 Jalan Genting - Kuala Lumpur kira-kira jam 2.46 petang tadi.

Setakat jam 5 petang, lapan lelaki dan lima wanita berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, usaha menyelamatkan lebih 30 mangsa lain masih diteruskan.

Mangsa pertama merupakan seorang wanita Melayu berusia 20-an berjaya dibawa keluar kira-kira jam 3.30 petang.

Dipercayai 49 penumpang berada dalam bas ketika kejadian. - hmentro

BEZA MASAK LEMAK MENTOR NGAN PROTEGE





Beginilah hasilnya kalau sambil masak lemak sambil buat kerja lain. Handfon bunyi dia jawab dan buat kerja sambil lewa. Manalah mulut Kjee tak bising kan?

Kenapa Kjee bebel2 pagi ni? Well, semalam Kjee mintak anak dara Kjee tolong masak lemak rebung madu yang teman FB Azlinda Hashim bagi masa jalan Raya ke rumah Kjee.

Oleh kerana kureng rajin, Kjee pun suruhlah Nadia masak lemak cili padi. Ini bukan kali pertama dia buat. Selalunya okay. Tetapi kali ini pulak masa dia ceduk dalam mangkuk untuk Papa dia amik gambar, terbeliak mata Kjee!

"Eh camner boleh pecah santan ni?!!" Nadia terkedu. Terkebil2 tak boleh jawab apabila berdentam dentum mama dia tembak.





















Mujurlah pecah santan sikit jer. Kalau tidak mahu seperiuk lauk tu gamaknya Kjee curah kat kepala dia. Hehehe taklah gurau jer. Taklah kejam sangat kan?

Anyway, rasanya sedap. Cuma sikit jer pecah santan.

Azlinda bagi Kjee rebung fresh dari ladang. Selalunya Kjee beli yang dah dijeruk sikit. Yang fresh sedap jugak rupa-rupanya.

Resipi korang intai jer lah kat sini. Dah banyak kali buat. Korang bandingkan jer gambar Sifu buat dengan si Nadia. Dia belum lulus lagi. Nak kena banyak belajar dengan Mentor kan? Mujurlah belum dah nak kahwin. Hehehe.


Ini hasil kerja mentor. Hehehe



Monday, August 19, 2013

HADIAH MISTERI





Salam 1 Malaysia.

Hari ini ada kemungkinan blog Kjee akan mencecah 10-juta page views. Sesiapa yang berjaya screen capture angka itu dan email pada Kjee, ada hadiah menanti anda.


Saturday, August 17, 2013

RENDANG HATI CAMPUR PEPARU VERSI KJEE







Raya hari tu Kjee teringin nak makan Rendang Campur. Order kat my kakak angkat Puan Maziah Razak of Mazia Catering tapi beliau beri Kjee sekilo rendang campur. Rendang Campur versi Mazia Catering adalah campuran Hati, Peparu dan Limpa.

Memang sedap. Finger licking good. Tak sedar pada Raya pertama, kami tiga beranak habiskan. Raya kedua Kjee suruh Nadia panaskan tapi Nadia kata hanya tinggal bekas! Hehehe.

So apa lagi. Kalau tak puas makan kenalah masak sendiri. Takkanlah nak hantar mengkuk tingkat kat rumah kakak angkat lagi kan?

Anway, kelmarin Kjee sms kat toke daging segar di Taman Permata. Kjee pesan 1 kilogram peparu dan ½ kilo hati lembu. Nadia tak berapa suka limpa so Kjee taklah order limpa. Actually kalau ada limpa, baru cantik warna hitam rendang tu kan sebab Kjee buat rendang jarang guna kerisik.

Balik jer tadi Kjee terus cuci bersih peparu dan masukkan dalm pressure cooker selama lebih kurang 20 minit. Kemudian dipotong2. Opps baru ingat Nadia kata hati tu 900gms bukan ½kg yang Kjee order. Lepas tu hati dicuci bersih, potong bite size dan toskan airnya.

Kjee guna ½ mangkuk tauhu faa yang kecik cili kering kisar, kira-kira 10 biji cili padi kampung, 4 labu bawang besar, 4 ulas bawang putih, 2 inci halia, 5 biji buah keras, 6 batang serai serta dua kotak santan.











Bahan2 diatas semua Kjee kisar kecuali serai yang Kjee ketuk2. Kemudian masukkan bahan kisar bersama cili kering kisar ke dalam kuali besar. Bubuh kira-kira 1 cawan air, kacau rata dan didihkan. Masukkan jugak serai dan jugak peparu yang dihiris.

Kalau tak rebus guna pressure cooker, rebuslah peparu sampai ¾ lembut. Jangan guna airnya.

Didih sampai separuh kering kemudian masukkan dua kotak santan dan 5 helai daun limau purut yang telah diramas2. Campakkan jugak dua keping asam gelugor.

Guna api sederhana hingga kuah rendang separuh kering kemudian masukkan hati lembu yang terus direndang hingga agak kering. Bubuh garam, 1 sudu besar gula putih dan hirisan dua helai daun kunyit, perlahankan api dan biarkan ia hingga mencapai kekeringan yang dikehendaki.

Inilah rendang resipi Kjee. Tak bubuh kerisik tapi Kjee bubuh buah keras. Kenapa Kjee bubuh buah keras? Tak ada sebab. Oppps sebab ada banyak stok buah keras dalam pantri. Hehehe.

Sedap makan dengan Nasi Impit, Lemang atau nasi putih. Boleh tahan podeh. Kalau tak suka pedas, tak payah bubuh cili padi.





TENANG DAN SENYUM SEBAB JADI GLAMOR SEKELIP MATA





Wajah yang langsung tidak menunjukkan keinsafan atau rasa bersalah ataupun berasa malu dengan perbuatannya yang jijik memukul isterinya depan anak2 yang masih kecil!

Mohamad Affandi Ismail, 36, seorang Pegawai Veterinar tidak mengaku bersalah apabila dihadapkan ke mahakamah atas tuduhan dengan sengaja mendatangkan cedera kepada isterinya.

Menurut laporan dalam akhbar Utusan Malaysia, dia yang memakai baju-T berwarna ungu dan berseluar jeans biru kelihatan tenang ketika prosiding berjalan dan dilihat beberapa kali tersenyum kepada ahli keluarganya dan pemberita yang memenuhi galeri awam mahkamah.

Bila difikirkan kembali, mungkinkah sudah menjadi kebiasaan baginya melayan binatang secara kasar (hasil dedahannya sebagai orang yang terbabit dalam bidang veterinar) maka sifat2 itu terbawa2 ke dalam kehidupannya sehariannya?

Atau apakah senyuman yang terpapar di wajah menandakan bangga dapat menjadi insan glamour dalam sekelip mata? Wallahualam.

Friday, August 16, 2013

PIE TEE, ROTI JALA DAN RAMEKINS











Stok baru Acuan Pie Tee, Ramekins (saiz 4") dan Botol Tiga Muncung Roti Jala sudah sampai, Kalau minat, sms 0126780501.




JANGAN TAMAK MAKAN DI GERMAN DELI IMBISS







Dah lama Kjee dan Nadia tak jalan2 sama2, cuci mata dan window shopping. Dulu memanjang dia sibuk dengan studies. Pastu habis jer internship terus kerja. So apabila dia dah ambil cuti panjang untuk temankan Mama, baru hari ni kami habiskan masa bersama.

It was Gurls Day Out. Just the two of us. Ronda2 KL sambil cuci mata. Lepas tu singgah di Mesjid India. Kalau ke sana, apa lagi tujuan Nadia...beli tudung!! Tak pernah cukup koleksi tudung anak dara Kjee yang sorang ni.

Anyway, lepas shopping sikit2, terasa lapar pulak. Cuaca panas terik. Kjee ajak Nadia pergi restoran yang sejuk. Dia suggest pergi Ampang Point.

On the way to Ampang Point, tetiba Kjee ternampak bangunan Pasaraya Max Value. Kat situ ada restoran jual burger dan sewaktu dengannya yang sedap sangat. German Deli Imbiss!!!




Braised Beef With Home made sauce





























"Kenapalah kita tak pernah terfikir nak makan kat situ tadi ya Mama," kata Nadia sambil buat u-turn masuk ke area Petronas, Jalan Kolam Air Lama.

So tadi kami ke German Deli Imbiss, restoran makanan Jerman milik seorang chef berbangsa Jerman yang beristerikan orang Melayu.

Duduk jer, Nadia order Rootbeer dalam mug yang besar bagak! Satu liter air rootbeer yang chilled dengan harga RM5.50. Boleh minum dua hingga 3 orang.

Kjee kemudian order Braised Beef with Home made sauce (RM17). Nadia pulak order Chicken Schnitzel (RM13.50) ala2 boneless Chicken Chop.

Apabila makanan sampai, Kjee dan Nadia terkedu. Portion punyalah besar!!! Kalau UnclePali ada, tak perlu lagi order makanan lain.

Braised Beef yang Kjee order sedap sangat. Dagingnya lembut hingga Nadia kata dah tak rasa macam daging lagi! It just melts in the mouth.



Chicken Schnitzel. Penuh pinggan dengan fries!




























Chicken Schnitzel Nadia biasa2 jer. Tapi punyalah banyak French Fries yang dihidangkan!

Anyway, kami berdua tak habis makan. Kalau Kjee habiskan, mungkin tak boleh nak bangun atau teruwekkk kat situ jugak.

Dah serik nak tamak kalau ke sana. Lain kali order satu pinggan jer dan share dua orang. My advice kepada korang yang nak makan kat sana. Order satu pinggan dulu. Kalau rasa tak cukup baru order lagi. Harganya amat berpatutan.

Entri lalu boleh klik SINI.



Air ini pun susah nak habis walau share ngan Nadia!!

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DIKASARI


Wanita dikasari suami - gambar hiasan 



Kjee tidak ingat bila berlakunya insiden tersebut. Tetapi masa itu Kjee baru sahaja bertugas sebagai wartawan. Seorang wanita ke Balai Polis untuk membuat laporan, dirinya dipukul suami. Tetapi polis tidak boleh menerima laporan tersebut kerana ia masalah rumahtangga.

Kes itu senyap begitu sahaja. Kjee pasti banyak sangat  kes seumpamanya berlaku dan semuanya kembali senyap kerana kononnya bukan dalam bidang kuasa polis untuk memgambil tindakan.

Bagaimanapun, mungkin dalam kes isteri yang dipukul suaminya, seorang penjawat awam, polis mula menyedari bahawa keganasan yang berlaku dalam rumahtangga, sebenarnya, juga seperti keganasan yang berlaku di luar rumahtangga.

Justru, tindakan awal yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa bahawa seorang penjawat awam yang dibuktikan bersalah dalam kes keganasan rumahtangga, boleh dikenakan tindakan tatatertib, amat dialu-alukan.

Pengumuman itu, pasti akan melegakan ramai wanita yang menjadi mangsa kepada keganasan suami. Ramai yang tidak sanggup membuat laporan polis atas pelbagai faktor. Antaranya kerana bimbang diceraikan serta demi anak2 yang masih kecil.

Janganlah jadikan diri anda punching bag suami yang baran. Jangan menahan derita seorang diri. Luahkan penderitaan kepada teman2 rapat. Atau boleh mendapat bantuan dan nasihat dari Biro Bantuan Guaman. BBG, dibawah Jabatan Perdana Menteri mempunyai pejabat di seluruh negara. Anda hanya perlu buat satu panggilan sahaja untuk menyelamatkan diri daripada terus dikasari suami.

Berita dibawah ini Kjee baca sebentar tadi di mStar Online.


SEPANG: Penjawat awam yang dilapor membelasah isterinya dalam lif seperti yang tersebar di laman web sosial akan dikenakan tindakan tatatertib jika terbukti bersalah, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

"Selepas polis membuat siasatan, kami akan ambil tindakan sewajarnya. Jika terbukti bersalah akan melalui hukuman yang dikenakan melalui mahkamah. "Seterusnya tindakan mengikut peraturan yang sedia ada dalam perkhidmatan awam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra Ketua Setiausaha Negara bersama masyarakat Orang Asli Selangor dan Wilayah Persekutuan di Kampung Orang Asli Sungai Melut di sini, Khamis.

Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebar secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.
-  BERNAMA

Thursday, August 15, 2013

NASI LEMAK KUKUS MENU BARU DI JAZZ HOUSE STEAMBOAT


Nasi Lemak Kukus  ala kampung Jazz House

Mi goreng, mihun goreng dan Nasi Goreng Kampung

Sambal tumis yang sesuwai sangat dengan tekak Kjee


Setelah berlalunya Ramadhan, Jazz House Buffet Steamboat kini memperkenalkan menu baru iaitu Nasi Lemak Kukus ala kampung.

Kjee singgah di Jazz House lepas Isya tadi. Restoran itu mula dibuka semalam setelah cuti selama seminggu sempena Hari Raya.

Kjee yang amat menyukai dan cukup cerewet apabila makan Nasi Lemak, cukup puas hati dengan Nasi Lemak Jazz House. Cukup Lemaknya dan sambal tumisnya memang sesuwai dengan citarasa Kjee.

Menurut Jaja, tokeh Jazz House, lauk2 untuk Nasi Lemak akan dipelbagaikan dari hari ke hari. Antara lauk pauk yang pasti menjadi favorite nanti ialah sambal kerang dan juga sambal paru.

"Baru hari kedua kami buka selepas cuti Hari Raya. Pengunjung pun belum ramai lagi. Jaja jangka minggu depan, bisnes di Jazz House akan rancak seperti biasa. Menu Nasi Lemak, Insya Allah akan menjadi tarikan kedua selepas Steamboat," kata Jaja.

Jazz House akan bercuti selama seminggu pada 28 Ogos hingga 2 September. Mereka akan kembali beroperasi pada 3 September.

"Jazz House meminta maaf kerana terpaksa menolak banyak tempahan sepanjang minggu yang kami bercuti itu," tambahnya lagi.

Dan ketika Kjee sedang menikmati Nasi Lemak dan Steamboat, sekumpulan 10 orang pelanggan masuk dan duduk berhampiran meja Kjee. Salah seorang daripada mereka yang ternampak Kjee terus menyapa. Mereka adalah silent reader blog Kjee dari Kuantan.

Dalam sembang2 bersama mereka tadi, terlupa nak tanya nama. Hehehe.



Pengunjung dari Kuantan. Makan berlatar belakang KLCC. Rumah separuh papan separuh batu kat belakang tu rumah datuk tempat Kjee dilahirkan


SUAMI YANG PERANGAI MACAM PUA....!






























Ini dia jantan yang kalau kita jumpa, pakat ramai2 ludah muka dia!! Setakat pompuan bolehlah dia tunjuk kejantanannya!!

Baca selanjutnya di SINI.






SAMBAL MASAM MANIS IKAN SIAKAP



Ingatkan hari ni kena makan kat luar lagi sebab tak ada apa nak masak kat rumah, tetiba Nadia kata hari tu dia beli 2 ekor ikan siakap! Kalau ada ikan Siakap, Kjee selalu buat steamed fish ataupun Tiga Rasa ala Thai.

Dua2 favorite Nadia. So kalau lauk fav dia, laju jer dia tolong Kjee kat dapur.

Sementara Kjee sediakan bahan2 untuk sos, Nadia bersihkan ikan dan lumur dengan kunyit, garam dan tepung jagung. Kemudian dia goreng dalam minyak yang banyak atau deep fry.

Untuk sos, Kjee dadu satu labu bawang besar, 4 ulas bawang putih dan 1 kuntum bunga kantan serta 1 batang serai. Serai dan bunga kantan yang telah diracik, Kjee kisar bersama kira-kira 8 batang cili kering yang telah direndam dalam air panas.





























Kjee panaskan sedikit minyak dalam sauce pan dan tumis bawang yang telah didadu. Selepas bawang layu, Kjee masukkan bahan2 yang dikisar. Goreng hingga wangi dan terbit minyak. Lepas tu, Kjee selongkar pantri dan jumpa sos hoisin, sos plum dan sos cili Thai. Kjee masukkan 1 sudu besar sos plum dan sos hoisin. Kemudian Kjee curahkan kira-kira 3 sudu besar sos cili Thai ke dalam sauce pan tadi dan kacau rata. Bubuh sikit jer garam. Kemudian Kjee mayang halus bunga kantan dan masukkan sekali. Gaul sehingga rata.

Sos manis pedas tadi kemudian dicurahkan keatas ikan siakap yang telah digoreng garing. Hias dengan bunga kantan dan daun limau purut yang telah dimayang halus.

Actually nama yang lebih sesuai diberikan kepada lauk ini ialah Sambal Masam Manis Siakap. Betul tak? Hehehe.

Kalau nak resipi yang Kjee buat dulu guna cili padi, lihat SINI.

















ALFATEHAH BUAT ADIK SIRAJ




Kanak-kanak berusia 11 tahun Muhammad Sirajuddin Mohd Zaini yang impiannya menaiki kereta Ferrari termakbul baru-baru ini, meninggal dunia pada Khamis akibat sesak nafas selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Rabu.

Muhammad Sirajuddin yang lebih dikenali sebagai Siraj oleh keluarga dan rakan-rakannya, telah menderita penyakit barah tulang sejak setahun lepas.

Beliau adalah anak kepada pasangan Pengurus Kanan di syarikat Western Digital, Mohd Zaini Zakaria dan Pengurus Latihan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Norhayati Jantan.

Menurut Norhayati, Siraj dimasukkan ke PPUM selepas mengadu sesak nafas kira-kira 7 pagi Rabu dan meminta agar dia dibawa ke hospital itu untuk menerima rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia pada 4.45 pagi Khamis.

"Beliau (Siraj) menderita barah tulang selepas terjatuh semasa bermain bola sepak di sekolah pada tahun lepas. Dan selepas kejadian itu beliau menanggung derita akibat penyakit tersebut sehingga menyebabkan kaki kirinya terpaksa dipotong pada Mei lalu.

"Walaupun sudah kehilangan sebelah kakinya Siraj tidak mudah berputus asa dan cuba meneruskan kehidupannya seperti kanak-kanak lain," katanya ketika ditemui Bernama.

Norhayati berkata Siraj, yang merupakan anak ketiga dari enam adik beradik, dimandi serta dikafankan kira-kira 12 tengah hari Khamis di Surau Al-Taqwa, Taman Sentul Utama, dan disembahyangkan di surau yang sama sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah kira-kira 1 tengah hari.

Wednesday, August 14, 2013

SAMBAL TELOR PECAH 'PECAHKAN' SELERA





Selepas berlalunya tiga atau empat hari Syawal, mulalah kita semua mengelabah. Makan apa semua tak kena. Maklumlah asyik makan rendang, ketupat, lemang dan semua lauk pauk berkaitan Hari Raya yang tinggi protein dan kolestrol.

Kemudian tekak mula teringin nak kembali ke azali. Makan ala kampung yang mudah macam masak lemak pucuk ubi, ikan goreng garing garing dan... hmmm goreng telor ceplok pun jadi makan nasi dengan kicap.

Masa Kjee kecik2 dulu, pada Raya kedua, arwah mak dah sorokkan rendang dan segala makanan yang 'memanaskan badan'. Pada Raya kedua, bonda akan masak bening. Kalau korang tak tau apa itu masak bening, itu masakan cara Jawa. Masak air kata orang Melayu atau masak sup mudah.

Punyalah sedap hirup kuah sup sayur petola atau sup kobis Cina yang diletak fish cake. Pastu ikan kembung digoreng garing makan dengan nasi yang diletak banyak kicap. Cukup nostalgik.

Hari ni Kjee buat Sambal Telor Pecah dan goreng Kacang Buncis letak hirisan Cendawan Telinga Tikus (wood fungus). Oleh kerana ada berbaki kari ayam yang Kjee buat beberapa hari lalu (Kjee bekukan dalam freezer), maka adalah jugak lauk ayam.

Tapi memang tidak mengejutkan apabila Sambal Telor Pecah da Sayur Buncis yang laku. Kari Ayam Kentang sekadar hiasan meja makan jer. Hehehe.

Resipi Sambal Telor Pecah di SINI.




MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR HARUS DICONTOHI!!



JOHOR BARU: Surau di sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi yang diguna untuk upacara keagamaan bukan Islam dijangka diroboh selepas siasatan mengenai kes itu selesai.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gadut berkata keputusan mengenai nasib bangunan yang dipercayai dibina dengan kos lebih RM60,000 itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dalam tempoh sebulan.

"Surau itu tidak boleh diroboh serta-merta kerana ia merupakan barang kes dan kini berada dalam pengawasan polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya, di sini Selasa.

Nooh berkata pihaknya akan mengambil alih siasatan mengikut prosedur yang ditetapkan dan berdasarkan Seksyen 7A Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 selepas siasatan yang dilakukan pihak polis selesai.

Beliau berkata Jawatankuasa Fatwa negeri akan bersidang minggu depan untuk membincangkan kes itu berdasarkan kenyataan serta bukti daripada semua pihak terlibat.

Nooh berkata hasil persidangan itu akan dibawa ke peringkat MAINJ dan disembah maklum kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai ketua agama sebelum dimaklumkan kepada kerajaan untuk tindakan.

"Tempat yang paling suci dan mulia di bumi ini ialah masjid dan surau. Sehubungan itu, masjid dan surau tidak dibenar menjalankan aktiviti agama lain selain Islam dan jika terdapat ada aktiviti agama lain maka surau itu boleh diroboh berdasarkan surah At-Taubah ayat 107," katanya.

Sementara itu, Nooh berkata Sultan Ibrahim menitahkan Jabatan Agama Islam Johor supaya mengeluarkan Pekeliling dalam tempoh terdekat untuk menentukan arah kiblat di setiap pusat peranginan dan hotel di negeri ini.

Beliau berkata Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam pertemuan bersama pihak berkuasa yang mengendalikan kes penyalahgunaan surau di sebuah resort di Kota Tinggi oleh penganut agama lain, di Istana Pasir Pelangi, di sini, Selasa.

"Tujuan Pekeliling ialah supaya semua pengusaha dan pemilik pusat peranginan di negeri ini mematuhi prosedur yang ditetapkan dalam penyediaan dan pembinaan rumah ibadat sekaligus menentukan arah kiblat supaya tidak wujud lagi masalah kiblat terpesong dan sebagainya," katanya.

Nooh berkata Sultan Ibrahim turut menggesa siasatan berhubung perkara itu dijalankan segera mengikut undang-undang sedia ada. - BERNAMA

Tuesday, August 13, 2013

MIHUN KARI NYONYA KJEE YANG BEST...EWAH






Inilah hidangan Mi Kari Nyonya ketika sahabat seperjuangan Kjee di NST dulu, Asraf Dahari (yang jugak Photographer fav arwah Sudirman), isterinya Aida dan anak daranya Amira, penyanyi utama kumpulan TILU, datang berkunjung. Mi Kari Nyonya memang fav Asraf. Kononnya dia sanggup terjah jauh mana pun kalau ada orang kata Mi Kari kat kedai sekian2 sedap!

Mulanya Kjee nak buat soto ayam sebab ada nasi impit. Kjee kol Asraf dan dia kata okay jer. Tapi apabila Nadia kata nak makan Mi Kari Nyonya, Kjee call Asraf sekali lagi. Bukan main suka lagi dia!

Oleh kerana Kjee tak berapa sihat, Nadia ditugaskan membuat segala persiapan dan Kjee buat rempah Mi Kari. Tugas mengopek kerang, bidang kuasa Kjee dan UnclePali sebab Nadia allergik kopek kerang tapi makan tak allergik!!

Dalam gambar tak nampak ayam sebab gambar ini Kjee ambil pagi selepas ia dihidangkan kepada tetamu semalam. Kjee bekalkan sedikit buat Aiman, anak bujang Asraf yang tak datang sebab puasa sunat. Nadia pulak bekalkan buat ibu CH dia, si Sham.

So bila nak amik gambar tadi baru Kjee perasan ayam tak ada. Hanya ada chicken balls Ayam Mas, taugeh, taupok dan kerang. Tapi korang bayang-bayangkan ajelah dalam mangkuk tu ada ayam. Hehehe.

Rempah semalam banyak berbaki. Nadia dah bekukan dalam freezer supaya senang kalau ada tetamu datang. Cuma tambah santan, ayam dan semua yang sewaktu dengannya. Yang leceh buat rempahnya kan? So kalau ada yang teringin, koling2 jer lah yer.

Untuk resipi korang klik sini. Sedap Mi Kari ni. Kalau korang tak percaya, buatlah. Ewah.






Monday, August 12, 2013

ALLAHHUAKHBAR! DAULAT TUANKU SULTAN JOHOR DARUL TAKZIM




Siang tadi, Kjee melontarkan soalan ini kepada UnclePali: "Kena samak ke surau tu abang selepas dia orang buat meditasi agama kafir disitu?". UnclePali tak boleh menjawab. Pandang Kjee dengan pandangan kosong sambil geleng-gelengkan kepalanya.

Sebentar tadi, ketika kami sedang relax depan TV, UnclePali membaca kuat entri dari blog Mat Kilau Penang. Arahan dari Tuanku Sultan Johor surau itu dirobohkan. Airmata Kjee terus meleleh sambil menadah kedua-dua belah tangan, mulut Kjee mengeluarkan kata-kata: "Allahuakhbar!!!".

Dibawah ini entri yang Kjee copy paste dari blog Mat Kilau Penang.

Surau yang menjadi pertikaian didalam media sosial sejak semalam mendapat perhatian Sultan Johor. Arahan terbaru dari Istana mengatakan bahawa surau berkenaan tidak diiktiraf sebagai surau. Segala papantanda mengenai Islam telah diarahkan dibuka, Titah dari DYMM Sultan Johor bangunan tersebut diarahkan untuk dirobohkan.

Sebelum itu penduduk disekitar Tg Sedili terkejut dengan upacara sembahyang oleh individu berugama Budha. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung Sedeli Besar, Ali Mohamad, 64, berkata, penduduk kampung telah bertindak menghalau kumpulan terbabit keluar dari surau berkenaan sebaik menyedari kejadian itu.

"Kami sangat tidak berpuas hati dengan kejadian itu, apatah lagi dalam surau itu ada tergantung banyak kalimah suci agama Islam," ujarnya.

Imam Dua Masjid Besar Al-Muttaqin Sedeli Besar, Norizan Haron, 51, turut kecewa kerana beliau antara individu yang menyokong pembinaan surau dalam pusat peranginan tersebut tiga tahun lalu.

"Saya telah menandatangani surat sokongan untuk membina surau ini, sekarang ia telah disalahgunakan pula," katanya.