Friday, August 2, 2013
Home »
kisah2 close to my heart
» BELAJARLAH DARI SIFU MAZIDUL AKMAL
BELAJARLAH DARI SIFU MAZIDUL AKMAL
Baru2 ni Kjee jumpa Mazidul Akmal. Sebut nama dia, pasti korang tahu siapa. Lawak jugak apabila ramai tanya Kjee samada Mazidul tu adik Kjee. Atau setidak2nya sedara. Isyhhh tak lah. Mazidul orang Perak, Kjee orang Kolumpo. Sepusat sepusing, mak lain, bapak asing2. Hehehe.
Setiap kali jumpa Mazidul, Kjee akan ternganga dengar dia cakap. Memang petah dia bercakap. Tak payahlah kita tergagap2 nak masuk campur kalau dia tengah bercakap. Dari satu topik ke topik yang lain, semua dia boleh berbicara.
Kjee beritahu Mazidul yang dia antara insan2 terpilih yang boleh berbicara dengan lancar, tanpa henti. Tapi Mazidul kata, semuanya itu boleh diperolehi kalau seseorang itu tahu caranya.
Dan Mazidul beritahu dia tidak pernah lokek berkongsi ilmu dengan sesiapa yang ingin menpunyai kebolehan sepertinya. Well, mustahilah dapat 100% tapi kalau dapat 60 atau 70 peratus pun dah okay. Yang minat boleh ikuti bengkel yang dia anjurkan. Ataupun kalau korang nak kumpulkan grup sendiri, bolehlah jugak.
Mazidul kemudian memberi contoh mereka yang harus mengikuti kursus tersebut. Mereka yang terbabit dalam kerja2 markerting, guru2/pensyarah, student institusi pengajian tinggi dan artis. Hah artis?
"Ya Kjee. Artis lah kumpulan yang harus dibekalkan dengan ilmu ini. Mereka berdepan dengan wartawan, dengan stesyen TV. Maaf cakap sebilangan artis tergagap2 apabila disoal bertubi2. Masa itulah terserlah kelemahan mereka berbicara. Macam mana nak jadi ikon," Kata Mazidul.
Tu dia!! Kalau korang ingat korang nak terbabit dalam karier yang berdepan dengan masyarakat, rasanya eloklah ikuti kurus Mazidul ini. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang. Tak rugi berhabisan sedikit untuk 'membeli' ilmu beliau.
Kalau korang minat, hubungi Mohd Farid Hamzah, yang mengendalikan Bengkel Yakin Bercakap Bersama Mazidul (YBBM). Bengkel terbaru akan diadakan pada 17 Ogos. Tak rugi beb.
0 comments:
Post a Comment