Wednesday, August 21, 2013

BEZA MASAK LEMAK MENTOR NGAN PROTEGE





Beginilah hasilnya kalau sambil masak lemak sambil buat kerja lain. Handfon bunyi dia jawab dan buat kerja sambil lewa. Manalah mulut Kjee tak bising kan?

Kenapa Kjee bebel2 pagi ni? Well, semalam Kjee mintak anak dara Kjee tolong masak lemak rebung madu yang teman FB Azlinda Hashim bagi masa jalan Raya ke rumah Kjee.

Oleh kerana kureng rajin, Kjee pun suruhlah Nadia masak lemak cili padi. Ini bukan kali pertama dia buat. Selalunya okay. Tetapi kali ini pulak masa dia ceduk dalam mangkuk untuk Papa dia amik gambar, terbeliak mata Kjee!

"Eh camner boleh pecah santan ni?!!" Nadia terkedu. Terkebil2 tak boleh jawab apabila berdentam dentum mama dia tembak.





















Mujurlah pecah santan sikit jer. Kalau tidak mahu seperiuk lauk tu gamaknya Kjee curah kat kepala dia. Hehehe taklah gurau jer. Taklah kejam sangat kan?

Anyway, rasanya sedap. Cuma sikit jer pecah santan.

Azlinda bagi Kjee rebung fresh dari ladang. Selalunya Kjee beli yang dah dijeruk sikit. Yang fresh sedap jugak rupa-rupanya.

Resipi korang intai jer lah kat sini. Dah banyak kali buat. Korang bandingkan jer gambar Sifu buat dengan si Nadia. Dia belum lulus lagi. Nak kena banyak belajar dengan Mentor kan? Mujurlah belum dah nak kahwin. Hehehe.


Ini hasil kerja mentor. Hehehe



Related Posts:

  • BUBUR NASI KINI JADI PILIHAN        Ini lunch Kjee tadi. Pelik? Ya mesti korang nak tahu kenapa tetiba selera Kjee dah berubah. Mana sedap kan makan macam ni?! Macam makanan spital aje! Hehehe.        W… Read More
  • TELOR DADAR KACANG PANJANG       Kjee buat Omelete Kacang panjang ini Ahad lepas. First time makan dulu di sebuah restoran Nyonya kat Setiawangsa. Restoran itu dibawah opis kami (Mingguan Utara). Owner dia wanita Nyonya yang berka… Read More
  • LABU MASAK LEMAK PUTIH       Kalau makan kat kedai, nampak sahaja lauk Labu Masak lemak ini, pasti ia menjadi pilihan. Tarikannya cukup kuat.  Kjee, UnclePali dan Nadia suka sangat. Tak kesahlah kalau ada kata ia sayur… Read More
  • LABU SIAM MASAK AIR          Baru-baru ini Kjee terbaca dalam satu blog mengenai Labu Siam atau Sayur Cameron Highlands kata arwah Bonda. Kononnya sayur ini boleh nyahkan kolestrol jahat jika diamalkan selalu. &nb… Read More
  • TERUNG GORENG TEMPURA DISAMBAL GARINGKAN       Ini hasil yang diperolehi semalam dari Sambal Ikan Bilis Garing yang berbaki. Kjee goreng Terung celup tepung stail Tempura dan gaulkan sambal bilis tu. Hidup ni kena kreatif kan?     &… Read More

6 comments:

  1. Salam perkenalan... nak tanya, macam mana nak elak pecah santan tu.. ada apa2 tips tak? n macam mana nak tahu sukatan santan yang sesuai dengan gulai kita tu... tqa...

    ReplyDelete
  2. Ntahlah. Kjee pun bukan pakar sangat. Kena jaga masa masak. Kalau dibiarkan mendidih, pecahlah santan tu. semalam pecah santan sebab santan yang Kjee beli tu, dia bubuh air kot. Selalu tak macam tu. Baru kejap ni masak lemak cili api pucuk ubi. Okay pulak guna santan segar sama.

    ReplyDelete
  3. Org tua kata kalau takmahu santan pecah minyak ,api kena sederhana dan rajin kacau gulai,kan kakjee ni pun mesti dah terror pasal petua2 ni. Jap lagi adalah org masuk minang nadia. Untunglah jejaka yg jadi menantu kakjee hehehe gurauan tghhari..

    ReplyDelete
  4. salam.. apa yang penting dua-dua nampak sedap.. berlemak.. :)

    ReplyDelete
  5. Tumpang komen, saya ni masih mentor lagi tapi nak kongsi tips kalau masak guna santan yg dh beku dlm peti ais, jgn dicairkan santan tu, hanya terus masukkan dlm periuk bila time santan tu perlu dimasukkan.

    Dan memang kena guna api sederhana dan kacau selalu. Tapi perasan tak, kalau masakan yang kena tumis + msk santan, confirm santan x kan pecah. Kan, kan, kan.

    ReplyDelete
  6. Tak nak pecah santan..kena kacau sampai lijat dan masak. Jgn biar x berkacau terutama masa tgh gulai mendidih..

    ReplyDelete