Friday, August 2, 2013

BONDA, KJEE DAN TART NENAS




Bab masak memasak lauk pauk, sebenarya bolehlah Kjee kelentong sana sini tapi bab buat biskut, kek dan yang sewaktu dengannya memang Kjee tak pandai.

Masa Kjee muda2 dulu, Kjee memang jadi assistant arwah mak buat biskut Raya. Tugasan Kjee jaga oven sebab arwah mak kata Kjee penyabar. Bakar biskut cantik.

Penyabar? Ya ke? Berani ke nak biarkan biskut hangus dalam oven. Karang kena paksa dengan mak telan biskut2 hangus, baru padan muka. Hehehe arwah mak memang garang. Kalau tak garang, agaknya sampai ke hari ni, Kjee kekok masuk dapur.

Arwah mak pandai semua. Pandai masak lauk, pandai buat kek, biskut, kuih tradisonal dan semua yang sewaktu dengannya. Kjee ralat sampai ke hari ini sebab tak mintak dia turunkan ilmu kepada Kjee. Ala maleh nak citer. Rice dah jadi porridge. Hehehe.

Tapi kan, walaupun mak terer macam2, dia kalah dengan Kjee buat tart nenas. Mak dulu selalu bangga kata tart nenas dia sedap. Dia buat guna planta. Itu resipi orang dulu2 kan. Tapi di akhir2 usianya, Kjee belajar buat tart nenas yang sedap sangat. Dan pasti orang pertama Kjee bagi rasa ialah my mum.

Tapi korang tahu, mak bukan jenis manusia yang puji terus. Dia ambil sebiji, makan, pastu diam. Habis jer dia cakap. "Ya lah macam mana tak sedap. Kau guna butter. Kau orang kaya. Mak mana mampu nak guna butter!"





Ewah. Itu ayat cliche dia. Dia mesti tak mahu mengaku kalah. Misalnya kalau Kjee masak sesuatu yang dia rasa lebih sedap dari yang dia buat, dia akan kata. "Mestilah sedap...kau guna udang besar2..." Hah itulah kalau korang nak tahu siapa my bonda. Kjee tak akan guna dailog sama dengan Nadia, Insya Allah. Hehehe.

Berbalik kepada biskut tart nenas. Rupa2nya selepas Kjee beri mak sebalang dan balik, Mak cepat2 sorokkan balang tu bawah katil. Dah lama baru Kjee tahu. Dia kata kalau tak sorok nanti habis! Lepas tu, every time Raya, dia dah tak buat tart nenas Planta dia lagi. Korang fahamlah yer sapa kena supply dia tart nenas lepas tu. Hehehe.

Sebab itulah setiap kali buat tart nenas, Kjee akan terkenang arwah bonda. Segala kehebatan beliau Kjee tak warisi. Cuma rasa2nya Kjee warisi sifat2nya yang kelakar dan 'gila2'. Eh tetiba sebak.

Actually entry ini Kjee nak bagi idea buat tart nenas yang sedap tapi tak tahu kenapa jari jemari ni pantas buat story pasal bonda pulak. Harap korang tak kesah.

Tart Nenas yang kat SINI, bukanlah resipi arwah mak tapi resipi yang Kjee google kat internet. Resipi ni baru Kjee dapat beberapa tahun lalu. Korang boleh cuba kalau sudi sebab ia memang sesuwai dengan tekak mokcik.

Respon yang Kjee dapat pasal tarts ni jugak, Alhamdullilah. Ada yang dah buat banyak untuk Raya dan sangat puas hati. Ada yang buat meniaga jugak! Alhamdullilah sekali lagi.




3 comments:

  1. kak jee, saya pun memang tak pandai memasak. setakat nak menghangus dan menjahanamkan bahan tu memang sayalah orangnya. memasak ikut mood sebab kalau saya gementar, memang sahih semuanya akan masuk ke long kangggg..pernah di bulan ramadhan 10 tahun yang lalu, saya membuang bahan-bahan biskut dengan modal sebanyak rm300++. menangis saya sebab kecewa adunan x menjadi setelah berkali2 tgk resepi. mulai saat itu, husband kata tok sah dah mengada2 nak bakar biskut bagai, membazir macam setannnn. pedih telinga dan jiwa raga. tapi kenangan manis membakar biskut tart resepi istimewa warisan keluarga belah emak memang sedap. mak ada bagi resepinya tapi taulah saya...entah kat mana aku selit terus tak jumpa, padan muka saya kan..anyway, tat kakjee nampak lazat. yummy.

    ReplyDelete
  2. Sebak juga baca entry kak jee kali ni. Saya pun ada kenangan manis dengan arwah nenek. The best cook ever. Segala benda arwah nenek saya pandai masak. Sayangnya, saya tak dpt resepi arwah nenek. Terima kasih kerana Kak Jee selalu bercerita kisah2 nostalgia zaman dulu. Xxx Miera

    ReplyDelete
  3. Aduiii kak gee nyer gambar tart buat i teringin laaa plakkk..

    ReplyDelete