DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

Saturday, September 28, 2013

IKAN KELI SALAI MASAK LOMAK PODEH

Masa Kjee tengah grill ikan keli ni atas grill pan, Kjee teringat satu kisah di bulan Ramadhan. Ada satu kawan beritahu Kjee, jangan percayalah dia orang jual Ikan Keli Goreng Berlada atau Ikan Keli Goreng Masak Lemak Cili Api. Kjee terkebil-kebil dengar dia bercerita. Katanya, dari pengalaman dia, biasanya peniaga lauk pauk di Pasar Juadah akan goreng Ikan Keli...

Friday, September 27, 2013

OTAK OTAK PULAU PINANG PEMBUKA SELERA

Hari ni Kjee buat lagi tapi extra pedasssss. Bestnya. Tapi UnclePali selamba je makan, kata tak pedas pun. Faham-faham, I've got a husband yang sanggup kunyah cili api sambil makan nasi kalau lauk tak pedas! Anyway, hari ni Kjee buat 8 bungkus. Kjee dan UnclePali saja ratah 4 bungkus masa makan tadi. Balik dari Uni tadi, Nadia beli Burger King, so selamat my otak-otak....

CREATIVITY YANG NAKAL

Akhir-akhir ini, ramai sangat budak-budak muda yang kreatif. Buat macam-macam video pastu upload kat You Tube dan jadi tontonan ratusan ribu orang. Video dalam bentuk parodi. Benda ni dah lama berlaku. Cuma Kjee tak berapa nak layan. Tiap kali Nadia atau UnclePali jumpa video parody baru, mereka akan ajak Kjee tonton sama. Tapi aku dah tua, maleh nak layan korang. Tetapi apabila muncul video Bobo yang femes semalaman apabila dia upload...

Thursday, September 26, 2013

AL FATIHAH

Dari Dia kita datang, kepada Dia, kita kembali. Moga keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, tabah dengan ujian Allah swt. Moga roh Allahyarham tenang di sa...

SELAMAT PENGANTIN BARU ADAM DAN FIZA

Syukur alhamdullilah. Hari ini nasib seorang ibu tunggal terbela. Penyanyi Adam AF kini menjadi suami dan payung untuk melindungi pelakon dan penyanyi Fiza Elite dan dua anak-anaknya. Tiada gosip, tiada kisah cinta menghangatkan, alih-alih industri seni dikejutkan dengan pengumuman Adam ingin memperisterikan Fiza walaupun baru sangat berkenalan. Tahniah...

CHICKEN POT PIE

Patutlah orang Mat Salleh boleh makan makanan camni sahaja. Pekena sebekas dah kenyang, tau. Tak percaya, cubalah buat. Chicken Pot Pie ni Kjee buat semalam atas request Sham. Dia suka sangat makan. Dia taklah  request direct kat Kjee, sebenarnya tapi ada beritahu Nadia yang Chicken Pot Pie yang mama Nadia buat, sedap. Dia suka. So, tak reti-reti...

FIZO OMAR PILIH MAWAR, ANAK TOKE TUDUNG FAREEDA

Terjawablah sudah teka teki kononnya pelakon Fizo Omar gitu-gitu dengan Shila Amzah. Fizo pilih anak toke tudang rupa-rupanya. Fizo akan membuat sidang media untuk umumkan majlis pertunangannya dengan Mawar, anak Faridah Zakaria, usahawan tudung yang bikin gempar satu ketika dulu apabila pelanggan tunggu seawal 6 pagi untuk beli koleksi tudung terbarunya. Tahniah Fizo....

Wednesday, September 25, 2013

ADA SESAPA TAHU INI POKOK APA?

Masa beli hari tu, Nyonya yang bukak nurseri kat depan Hospital Sg Buloh kata daun Selasih. Masa tu pokok tu kecik sangat so Kjee tak berapa nak cam. Alih-alih bila dah besar, Kjee mula rasa was-was ia bukan pokok Selasih. Baunya pun langsung tak ada bau daun Selasih. Bau daun hijau jer. Isyhhh pokok palsu ker? Kan sekarang ada macam-macam barang palsu....

WORDLESS WEDNESDAY - MAKARONI GORENG

...

Tuesday, September 24, 2013

NASI AYAM KUKUS NADIA

Mudahnya apabila sudah ada anak dara yang boleh diharapkan di dapur. Sebut saja nak makan apa, semua dah tersedia. Nadia selalu kata kenapa di usia ini, Kjee masih anggap dia anak-anak dan tidak boleh diharapkan untuk ke dapur. Hmmm entahlah kan? Susah nak jawab soalan tu. Selagi dia belum bergelar isteri, selagi itu agaknya Kjee masih anggap dia my baby. Kelmarin...

SELEPAS PETROL, KJEE JIMAT GUNA ELEKTRIK PULAK!!!

Semalam Kjee beritahu korang cara Kjee jimat duit untuk petrol walaupun sabsidi minyak telah diturunkan. Kjee sebenarnya tidak menyangka dapat berjimat sebanyak itu. Rupa-rupanya selama ini, Kjee telah membazir tanpa disedari. Semalam, setibanya di rumah setelah ke dentist dan follow UnclePali menjalankan kerja-kerja rutin kat luar, Kjee dikejutkan pulak dengan bil...

CUCUR NASI IKAN BILIS PEDAS LETAK JAGUNG

Kjee tertarik nak buat Cucur Nasi ni apabila singgah di beberapa blog masakan termasuk Dapur Tanpa Sempadan milik Adnan Ibrahim aka Mat Gebu. Ini bukan kali pertama Kjee buat. Dah tiga kali. Dan rasa-rasanya tiga kali tidak dapat rupa sama macam yang dibuat Che Mat Gebu. Pagi tadi Kjee buat guna tepung naik sendiri atau Self Raising Flour (SRF) yang asyik...

Monday, September 23, 2013

SEJAK PETROL MAHAL, KJEE JIMAT DUIT HINGGA 50%

Apabila minyak naik harga.. oppps pembetulan... apabila Kerajaan kurangkan sabsidi minyak petrol, semua orang bising. Kjee pun sama. Tapi taklah bising sangat, cuma bebel sikit dan mula cari jalan tidak mahu kekurangan sabsidi itu menyebabkan darah aku turut naik meluap-luap. First thing first. Kjee memang telah catatkan setiap pembelian minyak petrol untuk kereta...

Sunday, September 22, 2013

MARI MARI MARI.... STOK BARU DAH SAMPAI

Oleh kerana permintaan untuk ramekins saiz 4 inci lebih banyak daripada saiz lain, Kjee kini menumpukan jualan saiz itu sahaja. Actually beza antara saiz 3.5 inci dengan 4 inci tidak banyak mana pun. Harganya sama seperti saiz 3.5 inci. Selain itu, Kjee juga telah menambah stok Acuan botol 3-muncung untuk Roti Jala. Heran jugak sejak minggu lepas order semakin meningkat....

SELAMAT PENGANTIN BARU FAUZIAH

Foto ehsan mStar Pelakon Fauziah Gous selamat bergelar isteri kepada Md Zhafran Md Yusof. Mudah-mudahan kekal hingga ke nafas akhir. Dah jadi isteri, jagalah tertib dan maruah diri, serta suami...

Friday, September 20, 2013

SIMPLE TAPI SEDAP

Kjee, sebenarnya, suka makan nasi kalau ada lauk yang berkuah. Kalau makan di Restoran Nasi Kandar, Kjee selalu beritahu mamak tu : "Kasi taruh semuaaa kuah, campur2, kasi banjir!". Hehehe baru terbuka selera nak makan. Tapi sekali sekala sedap jugak makan lauk kering2. Tanpa kuah tapi stand by kicap. Sayur buncis goreng antara favorite kami sekeluarga. Kjee dan...

Thursday, September 19, 2013

JOM BACA SURAH YASIN MALAM NI

...

Wednesday, September 18, 2013

WORDLESS WEDNESDAY

Asam Rebus Bendi ...

Tuesday, September 17, 2013

PELAKON LAWAK BUKAN ARTIS GRED COROT

Jozan antara 'baby' kelahiran Astro yang hebat!! Hari tu Lisa Surihani terkejut apabila dia dapat award Pelakon Lawak Wanita Terbaik. Macam dia kurang selesa orang panggil dia pelakon lawak. Walaupun pada Kjee dia cuba cover line dengan menyatakan award tu lebih elok diberi kepada orang lain, namun Kjee rasa-rasa tahu kenapa dia terkejut. Satu ketika dulu, tempat...

MENU CUTI SEMALAM

Ini air tangan my princess. Since Mama dia kena grounded sebab swollen ankle (water retention), dia jadi chef in the house. Ahad dia turut buat Cinnamon Rolls tapi tak sempat nak amik gambar, dah langsai. Believe me, her Penang Asam Laksa is better than mine. Sedap sangat-sangat. Siapa lagi nak puji kalau bukan mama dia. Karipap ayam yang dia buat on Saturday pun...