Saturday, September 28, 2013

IKAN KELI SALAI MASAK LOMAK PODEH








Masa Kjee tengah grill ikan keli ni atas grill pan, Kjee teringat satu kisah di bulan Ramadhan. Ada satu kawan beritahu Kjee, jangan percayalah dia orang jual Ikan Keli Goreng Berlada atau Ikan Keli Goreng Masak Lemak Cili Api.

Kjee terkebil-kebil dengar dia bercerita. Katanya, dari pengalaman dia, biasanya peniaga lauk pauk di Pasar Juadah akan goreng Ikan Keli dalam jumlah yang banyak. Ikan Keli basah murah jer. Kalau tak habis atau bahasa kasar tak laku, esoknya, Ikan Keli Goreng itu akan jadi Ikan Keli Goreng Berlada atau dimasak lemak cili api.

Oh ya ker macam tu? Dulu-dulu kalau singgah Pasar Juadah di bulan Ramadhan, lauk Ikan Keli baik berlada atau masak lemak, mesti antara menu pilihan sebab favorite Kjee dan Nadia. Oh patutlah lauk ikan berlada atau masak lemak mereka, rasa macam kering jer isi ikannya. Rupa-rupanya ikan goreng recycle. Ahhh lantaklah kan.









Hari ni Kjee grill atau salai dulu ikan Keli sebab nak dapatkan rasa salai. Sepatutnya salai atas arang baru sedap. Tapi dek kerana dua hari hujan dan arang duduk kat belakang rumah, maka tak dapeklah den nak salai ateh arang.  Atas grill pan pun jadi lah kan.

Nadia beli 11 ekor ikan Keli kat pasaraya Sri Ternak tadi. Boleh tahan besar-besar ikannya. 11 ekor kata Nadia kira-kira RM13. Sekilo RM4.99. Hmmm nak nampak murahlah tu. Bubuh RM5.00 kan senang! Kjee salai semua 11 ekor tapi untuk hari ni Kjee masak lemak guna 5 ekor jer. Yang lain simpan dalam freezer untuk esok. Mungkin buat Ikan Keli Percik.

UnclePali agak reserved sikit bab Ikan Keli. Tapi kerana Kjee tak berapa larat nak masak lauk lain untuk dia, Kjee suruh jer dia try. Kjee jugak goreng sayur peria bubuh udang kering. Lepas masak, Nadia tergesa-gesa keluar sebab ada janji nak pergi Karnival Usahawan Desa di PutraJaya.

So tinggal dua beranak kami lunch tadi. Kjee perhatikan UnclePali makan. Mula-mula dia cubit sikit jer ikan tu. Kjee buat tak nampak. Kemudian dia makan, pastu cubit sikit lagi sampai habis 2 ekor. Kemudian dia tanya nak tambah seekor lagi ker? Apabila Kjee angguk, cepat-cepat dia ambik seekor lagi dari dalam periuk.

Pastu tambah nasi lagi. Ewah. Kata tak minat makan Ikan keli kan? Hehehe. Berjaya mokcik buat dia makan Ikan Keli. Next time no problem lah nak masak Ikan Keli lagi kan?

Tak payahlah resipi untuk lauk ni kan? Nadia tumbuk cili padi dengan kunyit hidup. Campur dalam santan dan jerang. Kjee ketuk 2 batang serai dan letak 1 helai daun kunyit. Sikit lebih kurang cam RESIPI INI. Tapi tak bubuh daun kaduk.
















9 comments:

  1. tengok pic nmpk sdp...kk jee msk gerenti sdp kaaann...saya rasa kk jee ni org yg very honest bila mnulis,sbb penyampaian kk jee dlm penulisan nmpk kejujuran nye.......aura kk jee...untung nadia dpt mama camni

    ReplyDelete
  2. maaf yea kak jee... nak bertanye..
    kak jee masak lemak pedas mmg tak bubuh bawang yea?
    saya selalunye tumbukkan bawang merah ngan putih.

    ReplyDelete
  3. cara orang negeri sembilan memang tak bubuh apa2 selain cili api dan kunyit hidup.

    ReplyDelete
  4. kakJee,
    tiap kali tertengok keli tu... tiap kali itulah mulut saya berair. sedapnya

    ReplyDelete
  5. ooo.. cmtue... thanxs kak jee...
    senang camtue..

    ReplyDelete
  6. salam..saya menjual ikan keli limbat..segar..dan ditangkap dari sungai atau paya..bukan jenis ternakan kolam..harga rm 9.50 sekilo boleh nego..saiz 4-5 ekor sekilo..penghantaran disediakan mengikut lokasi..saya di kemaman..hubungi saya 0145150398 sudin

    ReplyDelete
  7. ...original...

    orang senanti... zaleha

    ReplyDelete
  8. 2013 ikan keli rm13 utk 11 ekor .. hari ini 15/5/2024 saya beli 5 ekor saiz sama macam dalam gambar kak jee tu , rm14 😂 keras harga zaman sekarang ..

    ReplyDelete