Ini first attempt Nadia buat Nasi Hujan Panas. Pagi tadi dia tanya Kjee apa itu Nasi Hujan Panas? Kenapa mesti nama Hujan Panas? Isyhhh banyak soal lak budak ni. So, nak tutup mulut dia sebab tak tau kenapa nama nasi tu Nasi Hujan Panas, Kjee suruh dia buat.
Untuk gandingkan dengan Nasi Hujan Panas, Kjee suruh dia buat lauk Ayam Masak Kurma dan Jelantah. Untuk UnclePali, Kjee buatkan sambal Ikan Kembung. Kalau makan tak pedas, nanti dia berulamkan cili padi.
Nadia kata dia nak tanak hingga separuh kering atas dapur, pastu dia nak letak periuk tu dalam kukusan dan kukus sampai masak. Katanya, kalau transfer masuk rice cooker nanti hangit. Sukatilah. Dia yang masak hari ni kan? So Mama tak boleh banyak songeh.
Kjee perhatikan sahaja dari jauh dia masak. Terkial2 jugak. Hehehe. Mula2 dia panaskan air dalam kukusan. Kemudian dia rendam 3 mug kecil beras Basmathi Moghul Faizah.
Kemudian dia mayang 1 labu bawang besar, 2 inci halia, 3 ulas bawang putih dan ketuk 2 batang serai. Kemudian dia panaskan 2 sudu besar minyak sapi di dalam periuk. Apabila dah panas, dia masukkan bawang, halia dan bawang putih sert serai. Kemudian dia campakkan 1 batang kayu manis, 3 bunga lawang dan 4 pelaga.
Sementara tunggu wangi, dia cuci beras perlahan2 dan toskan. Apabila bahan2 tumisan sudah wangi, dia masukkan beras ke dalam periuk. Dikacau perlahan-lahan sehingga beras sebati dengan tumisan dan minyak sapi.
Kemudian dia tuang dua mug air (mug sama sukat beras) dan 1 mug susu cair. Menggunakan api yang sederhana, Nadia terus biarkan beras separuh kering sambil kacau sekali sekala. Jangan selalu kacau nanti beras patah2.
Apabila sudah separuh kering, Nadia angkat periuk tadi dan terus pindahkan ke dalam kukusan. Dia kukus selama lebih kurang 30 minit atau sampai nasi masak dengan sempurna. Kemudian dia titiskan warna yang disukai. Merah, oren dan hijau.
Tunggu kira-kira 5 minit, pastu kais2 nasi guna garfu atau chopstick. Hidang dengan lauk pauk yang korang suka. Jangan lupa buat Jelantah yer.
Itulah cara Nadia buat Nasi Hujan Panas. Okay jugakkan dikukus setelah ditanak separuh masak.
Mane tak tumpahnye kuah kalau tak ke nasi..terus rasa nak msk special camni kt rumah
ReplyDeletesedapnya...
ReplyDeletesalam. cantik angle camera. menambahkan lagi seri makanan tu. sedap sedap :)
ReplyDeleteKukus ye nasi nya bru x hangit.. Blh try lps ni.. Patutlah sebelum ni masak ada hangit sikit..:=)
ReplyDelete