Friday, September 13, 2013

OTAK-OTAK IN A BOWL... EWAH






Hari tu selepas Kjee buat Otak-Otak, ada berbaki satu cawan 'kuah'. Ikan dah habis so Kjee suruh Nadia simpan dalam freezer.

Hari ni, tetiba teringin pulak nak makan Otak-Otak tapi terlupa nak beli ikan Tenggiri. Nadia kata guna ikan kembung pun boleh. Tapi Kjee teringat dalam freezer ada udang. So guna udang sajalah.

Oleh kerana ada secawan jer kuah yang berbaki, Kjee pun decide kukus dalam mangkuk. Kjee lapiskan mangkuk dengan daun pisang, curahkan kuah tersebut dan susun 7 ekor udang.

Kemudian Kjee ambil sekeping daun pisang dan tutup permukaan mangkuk. Lepas tu kukus selama 20 minit.

Sama jer rasanya. Apabila dah masak baru teringat terlupa nak lapik dengan daun kaduk. Resipi penuh, klik sini.

Nak tahu sedap ke tidak buat cara ini, korang buatlah sendiri yer. Hehehe.












Dah licin!!








Related Posts:

  • SAMBAL GORENG JAWA Kjee orang Jawa. Jawa piau (pure). Mak bapak datuk nenek semua Jawa. Jadi tekak ni kalau tak pekena lodeh kering atau arwah Mak kata Sambal Goreng, tak sah hidup. Mujur anak dara kita pun favorite. Tak ada sam… Read More
  • DAGING GORENG DAUN SELASIH Tak tahu lah kenapa berhantu sangat Kjee nak makan Daging Goreng Kaprau ni. Bukannya luar biasa pun. Goreng biasa-biasa jer tapi Kjee macam orang mengidam. Ngalahkan Dato Siti Nurhaliza yang sedang hamil. Oppppssss t… Read More
  • TAUFOO LEMBUT KUKUS BERINTI AYAM DAN CENDAWAN Ini kali pertama Kjee buat Taufoo lembut yang dalam kotak tu, kukus kemudian dibubuh inti. Idea datang masa Kjee bukak pantry dan jumpa cendawan shitake kering. Bukak freezer pulak nampak isi ayam yang telah dicinc… Read More
  • LAUK DAGING SAMA PETAI BERCILI First time Kjee makan Daging Goreng Cili bersama petai ini di kedai makan Anne, adik angkat Kjee di Paya Jaras. Kjee mintak resipi. Anne malu-malu nak beri sebab katanya, goreng berlada biasa saja tapi dia letak pet… Read More
  • REBUNG LEMAK PEDAS DENGAN IKAN TALANG MASIN Buka peti ais tadi nampak sepeket rebung. Beli kat Hero Market. Rebung yang sudah dihiris-hiris. Tak pasti samada Rebung Madu atau yang biasa. Renung peket tu seketika. Kena masak lemak cili padi ni. Dalam freezer ada … Read More

5 comments:

  1. Tq kakjee sudi share.. X pernah buat lg. nmpk sgt sedap

    ReplyDelete
  2. Rindu nak makan otak2 kemaman...rase memang sedap..

    ReplyDelete
  3. Ermmmm...dah sampai sabah aroma otak2 tu...konfirm wangi sangat2 bab daun pisang tu

    ReplyDelete
  4. hai kak..dh lama follow blog akak ni n byk dh resepi yg sya try...tq 4 sharing..
    n jgn malu jgn segan follow blog sya..tp bru lg blog saya http://izatishop.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Sdpnya.. suka sgt otak2 ni.. nk buat la nti.. tq kak jee.. 😬

    ReplyDelete