Friday, September 13, 2013

PENGKEBUMIAN YANG PELIK






Bismmilahhirahmannirrahim.

Lama Kjee fikir samada untuk menulis atau tidak entry ini. Bagaimanapun, Kjee menyusun jari sepuluh, sekiranya apa yang ditulis ini menyinggung perasaan sesiapa. Nawaitu Kjee hanya untuk berkongsi cerita yang Kjee dengar ini.

Dua hari lepas, seorang tamu yang bertandang ke rumah Kjee menceritakan pengalaman ayahnya pergi menziarahi seorang pekerja syarikatnya yang meninggal dunia. Tempatnya di Kedah. Kjee tak tanya panjang lebar dimana tempat itu sebab terkejut mendengar ceritanya.

Al kisahnya, apabila sampai di tempat pengkebumian, pihak sahabat karib si mati meminta agar jenazah itu dikebumikan di tempat yang agak tinggi dan jauh sedikit dari kubur orang lain.

Kemudian kata ayah tamu Kjee itu, beberapa orang yang hadir di majlis pengkebumian itu secara tergesa-gesa meninggalkan kawasan itu sambil geleng-gelangkan kepala.

Bapa kepada tamu Kjee itu dan rakan-rakannya yang baru sampai, merasa hairan. Mereka terus ke tempat jenazah dikebumikan.

"Terkejut besar ayah apabila mereka (dipercayai sahabat-sahabat si mati), mengoncang-goncang mayat. Kemudian meminta isteri arwah menyerahkan dua bentuk cincin dijarinya.

"Kemudian satu bentuk dipakaikan di jari si mati dan satu lagi diletak dibawah lidah simati. Kemudian mayat dikebumikan secara tegak. Berdiri. Membelakangkan kiblat," tambah tamu Kjee.

Ayah tamu Kjee dan rakan-rakannya kemudian turut bergegas meninggalkan kawasan pengkebumian. Semuanya terkejut kerana tertanya-tanya apakah itu upacara pengkebumian kaum Syiah? Wallahualam.



Lapor Jika Kesan Penyebaran Fahaman Syiah di Media Sosial - Jalani


KUALA LUMPUR: Pelayar internet diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa relevan sekiranya mengesan sebarang aktiviti atau kegiatan yang menjurus kepada penyebaran fahaman Syiah di media sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata media sosial termasuk Facebook kini dilihat menjadi antara medium popular untuk gerakan tertentu menyebarkan fahaman Syiah yang dilarang di negara ini.

"Kita lihat penularan ajaran Syiah agak membimbangkan kerana dulunya dikeluarkan melalui penerbitan seperti makalah dan sebagainya, namun sejak kebelakangan ini ianya lebih menjurus kepada media sosial.

"Justeru sekiranya dilihat di Facebook atau mana-mana laman sosial yang menyiarkan ini (ajaran Syiah), mereka (pelayar internet) perlu membuat laporan atau aduan segera kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Kemerdekaan Mexico Ke-203 di sini, Khamis.

Beliau berkata kementeriannya juga bersedia bekerjasama dengan Jakim untuk memantau aktiviti penyebaran fahaman Syiah agar masyarakat di negara ini tidak mudah terpedaya dengan gerakan yang semakin agresif menarik pengikut melalui media sosial.

"Dan saya harapkan pelayar internet lebih berhati-hati kerana tidak semestinya apa yang dinyatakan dalam media sosial itu benar terutama yang berkaitan dengan ajaran Syiah yang jelas terpesong," katanya. -BERNAMA

10 comments:

  1. mmg pelik.... kenapa sampai jd mcm ni yek kak Gee... jd takut pulak

    ReplyDelete
  2. kenapa tak bertanya lanjut sebelum meninggalkan majlis kak jie..bukankah fardhu kita mengebumikan org islam dengan cara yang betul.. jadi pada pendapat saya menjadi kewajipan jugak utk bertanya dan membetulkan kefahaman yang salah seperti ini..

    ReplyDelete
  3. eh mmg sgt pelik tu.knapa nak belakangkan kiblat?

    ReplyDelete
  4. saya pun ada dengar yg diorg ni mandikan jenazah pun lain macam... diorg dirikan mayat tu dulu baru mandikan...wallahhualam

    ReplyDelete
  5. Salam Jee,
    Terkejut juga saya baca.
    Kesian arwah, terseksa di alam kubur kerana pengebumiannya tak mngikut apa yg rasulullah ajarkan. Masa hayat belum tentu amalan kita, inikan pula diperlakukan begitu selepas mati.. nau'zubillah.

    ReplyDelete
  6. huh... saya ni dok kedah kak jee tapi tak pernah la plak tgk kejadian pelik macam tu... tapi di kedah ni memang banyak fahaman pelik... kawan saya cakap daripada dia kecik sekarnag umur 50dah...fahaman pelik memang ada tapi tak ada orang ambik tindakan ke apa pun...

    ReplyDelete
  7. orang matahari kot...
    Dkt kedah mmg byk lg kampung2 orang matahari...
    Doakan yg terbaik utk semua umat islam..

    ReplyDelete
  8. cara syiah x pasti mcm mana,.tp pernah trbaca pengkebumian org yahudi pon dgn cara mayatnya berdiri,tnda angkuh mrk dgn tuhan,walaupon sdh mnggal dunia..

    ReplyDelete
  9. bila kita dah mati terputuslah amalan kita kecuali 3 pekara, cara mayat kita di tanam samaada mengikut ajaran nabi atau tidak bukan lagi menyebabkan kita di seksa di kubur, mereka yang masih hidup lah yang akan menanggung dosa ini kerana ia adalah fardu kifayah...

    ReplyDelete
  10. memang cara orang syiah.. kalo tak silap dalam paper hari ahad (Metro/BH tak pasti yang mana) ada keluarkan ciri-ciri orang syiah nih.. salah satunya jenazah ditanam berdiri dan menghadap ke Karbala(Iraq) kerana puak Syiah berpendapat Karbala merupakan tempat asal Kaabah.

    ReplyDelete