Monday, September 23, 2013

SEJAK PETROL MAHAL, KJEE JIMAT DUIT HINGGA 50%






Apabila minyak naik harga.. oppps pembetulan... apabila Kerajaan kurangkan sabsidi minyak petrol, semua orang bising. Kjee pun sama. Tapi taklah bising sangat, cuma bebel sikit dan mula cari jalan tidak mahu kekurangan sabsidi itu menyebabkan darah aku turut naik meluap-luap.

First thing first. Kjee memang telah catatkan setiap pembelian minyak petrol untuk kereta utama kami yang hanya 1500cc sejak beberapa bulan yang lepas. Tiap kali UnclePali isi minyak baik guna cash atau credit card time pokai, Kjee akan catatkannya dalam memo handfon cap ayam Kjee.

Catatan ni Kjee buat suka-suka jer. Tak sangka catatan yang dibuat itu memberi info berguna. Kjee dapat tahu jumlah wang yang telah dikeluarkan mengisi minyak kereta setiap bulan.

Dibawah kegunaan petrol Kjee untuk 3 bulan yang lalu.

JULAI (1- 29)                     -  RM440
AUGUST (2- 31)                 - RM 460
SEPTEMBER (2-21)           - RM 200

Pelik tapi benar. Sejak sabsidi petrol dikurangkan, kegunaannya telah dapat Kjee kurangkan. Berapa peratus kurang, Kjee tak tau nak kira sebab sekolah dulu Maths tak pernah lulus.

Jadi, agak-agaknya Kjee satu-satunya rakyat Malaysia yang happy sangat walaupun harga minyak petrol naik tapi Kjee boleh jimat duit. Nak tahu caranya?

Kjee elakkan pembaziran. Kalau dulu, setiap malam minggu, kami akan ronda-ronda keliling KL cari pasal, sejak harga minyak dah mahal, kami dah tak lakukan lagi kegiatan yang tak ada hasil tu. Apa yang kami dapat ronda-ronda dari tengah malam hingga ke awal pagi?

Tak ada faedah. Cuma dapat tengok orang jalan terhoyong hayang dan muzik di kelab-kelab tepi jalan yang berdentun-dentam. Pastu naikkan lagi paras gula dalam darah sebab berhenti kat restoran mamak dan minum teh tarik.

And then, no more jalan-jalan makan angin pergi tengok bangunan-bangunan opis dan bangunan pencakar langit di PutraJaya. Atau pergi jalan-jalan sampai ke tepi laut semata-mata nak tengok laut atau sunset. Semua tu dah puas tengok sejak berpuluh tahun kan?

Kjee jugak pastikan kalau hendak kemana-mana, misalnya ke office 4Life di Petaling Jaya, kami akan ada urusan lain sepanjang jalan ke sana. So, kill two or three birds with one stone. 

Usaha Kjee ni sudah berjaya jimatkan hampir 60% daripada budget minyak sebanyak RM500 yang Nadia tetapkan setiap bulan!

So, korang apa tunggu lagi? Daripada korang asyik menghoyan tuduh sana sini pasal minyak naik harga, kan elok korang adjust sikit macam Kjee buat!

Tapi penjimatan melalui minyak tadi, janganlah pulak korang joli beli barang yang tak perlu. Faham-faham sajalah, apabila sabsidi dah diturunkan, ada saja peniaga yang ambil kesempatan naikkan harga barang-barang. Gunakan duit yang dijimat dari petrol tadi untuk kenaikkan barangan keperluan lain. So, tak lah terasa sangat kan!

Perangai sebilangan besar peniaga memang macam tu. Sejak azali lagi, pantang sikit minyak naik harga. Dia orang pun turut naikkan harga barang-barang keperluan. Gula naik 20 sen sekilo, misalnya, dia orang naikkan harga teh tarik 10 sen. Entah siapa yang ajar dia orang buat kira-kira macam tu.

Cukuplah bebelan Kjee buat pagi ni. Korang mesti kata, ala Kjee tak kerja, duduk rumah, bolehlah jimat. Wah belum apa-apa lagi korang dah nak mencelah ye. Kalau korang kerja pun, keluar rumah guna kereta hari-hari, korang tentu dah set budget kan?

Misalnya budget korang untuk petrol adalah RM700 sebulan. Cuba catatkan selain pergi opis dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya, apakah penting korang jalan-jalan buang minyak macam Kjee dulu? Pandai-pandailah nak hidup kan?

Korang tak setuju, ada aku kesah!!

Lepas ni nak cari jalan kurangkan penggunaan elektrik sebab tak lama lagi tarif elektrik, khabarnya, akan naik.

Have a good Monday. No blue blue Monday lah. Every day should be a wonderful day!





7 comments:

  1. hmmm xpasal pasal sume benda naik.huaaaa~ nangis~

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dengan cadangan Kjee tu!

    ReplyDelete
  3. kak jee.. sy pulak memang bukan jenis suka meronda2.. kalau cuti pun kebiasaan dok rumah je.. tp skrg sy kurangkan keluar waktu lunch ke restoren yg jauh dri opis.. tp sebaliknya beli je kat restoren yg berdekatan (yg boleh jln kaki). tp sebab utama bukan sbb nak kurangkan penggunaan petrol.. tp sebaliknya sebab sakit hati bila setiap kali sy balik dari tapau makanan... susah nak dpatkan parking semula... hahaha.. (lari tajuk) ni gara2 ada syarikat sewa kereta opposite opis kami yang ada berpuluh kereta dah occupied semua parking berhampiran opis kami... aduhh.. semua ofismate merungut skrg dah susah nak dptkan parking kereta kalau sampai ofis lambat atau ngam2 8.30 am. sy selalu smpai ofis kul 8.00 am. so parking masih ada berhampiran opis.. hehe.. (sorry komen lari dari tajuk) tp alhamdulillah dgn cara mengurangkan keluar mkn jauh2 dpt jua menjimatkan petrol... ;-)

    ReplyDelete
  4. minyak naik 20sen
    tp gunting rambut kat kedai naik singgit
    acaner tu?hehe

    ReplyDelete
  5. caya lh kak jee...cara kk jee tulis wlupun isu semasa ttp best nk baca....tu lah dia klu dh wartawan gaya menulis dia mmg mnghiburkn.....jgn stop menulis...tiap2 hari mesti nk check blog fauziah samaf...ha3

    ReplyDelete
  6. Terima Kasih Nur Najihah Hamidi. Hehehe

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Jee
    Hmm, Gina memang menyokong apa yang Kak Jee tulis tu, baru sampai Malaysia 2 minggu tapi banyak benda yang rasa lain sangat. Tengok dalam FB ada yang sanggup hantar memo pada PM disebabkan gaji tak cukup. Dalam hati takkan la sampai itu pun nak mengadu, pikirlah sendiri mcmana cara nak jimatkan kos.

    ReplyDelete