Dia bukan artis. Tetapi sebahagian hidupnya dihabiskan bersama anak seni. Semua menyayanginya. Seorang wartawan dan penulis lirik tersohor.
Itulah Juwie atau mesra disapa Mama Juwie. Nama sebenarnya Haji Abdul Jalil Haji Salleh.
Kemunculan Juwie di Majlis Aidilfitri anjuran Persatuan Seniman Malaysia, SENIMAN di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, petang Isnin lalu (2/9/13) pasti dapat mengubat rindu ramai anak seni terhadapnya.
Sejak bersara dari menjadi Pengarang Majalah Mangga beberapa tahun lalu, ramai yang tidak menyedari Juwie sebenarnya agak uzur. Kjee pernah menghubungi beliau tahun lepas setelah mendapat berita beliau dimasukkan ke hospital.
"Tak payahlah tulis apa2 Jee. Saya okay. Penyakit biasa jer," pintanya lembut.
Oleh itu, Kjee terkejut apabila ternampak kelibat Juwie di majlis anjuran SENIMAN itu. Nampak cukup bertenaga bertemu rakan2 artis sambil mengambil gambar setiap rakan artis yang ditemuinya. Juwie kini menulis kembali untuk ruangan pojok mengenai artis di akhbar Berita Minggu. Akhbar pertama tempat dia bekerja dulu.
Sebaik sahaja Kjee ternampak Juwie bagai lipas kudung mengambil gambar, Kjee segera signal kat UnclePali mengambil foto Juwie. Ini adalah julung-julung kalinya Kjee nampak Juwie mengambil gambar sendiri. Dapat dua keping jer sebab UnclePali ambil secara candid. Hehehe.
Mudah-mudahan Allah swt sentiasa memberkati hidup insan mulia ini. Amin.
Saya pun selalu tertanya-tanya kemanakah menghilangnya Juwie.Allhamdullillah ,beliau masih sihat.Rindu pada tulisan-tulisannya.
ReplyDeletenama yg agak femes satu ketika dulu
ReplyDeletesemoga diberkati Allah hidupnya
Mama Juwie insan berhati suci.Dia bersangka baik kepada semua orang.
ReplyDeleteBila menyebut Mama Juwie ni sebenarnya kenanganan sgt2 mengusik jiwa.
ReplyDeletehusabnd selalu nampak Juwie solat kat masjid muadz
ReplyDeleteKalau MamaJUWIE boleh comeback, auntie JIE bila lagi?? MamaJuwie ada blog tak? kalau ada bolen link kan...azwiusa
ReplyDeleteAku biasa jumpa Juwie ni tahun 79-80 di Flat kg baru...aku duduk di Flat UTM (student)..kadang-kadang kacau dia..Awuu Awuu...sekarang dia dah haji...moga dia diberkati Allah dan sihat. Memang dah lama tertanya-tanya mana rupanya Juwie sekarang.Mudahan dia dah maafkan budak-budak yg sering kutuk dan olok-olok kan dia dulu...termasuk aku.
ReplyDeleteSalam. Juwie insan yang cukup mulia. Dia tahu ramai melemparkan pelbagai cacian terhadapnya. Tetapi dia hanya senyum. Insya Allah dia telah memaafkan insan2 tersebut. Masa jumpa dia kelmarin dia senyum sambil kata :"Kita zero zero ya.."
ReplyDeleteSALAM KAK JEE..RINDU KAT TULISAN MAMA JUWIE....BELIAU ADA BLOG TAK??SEMUGA SIHAT SEJAHTERA SELALU....
ReplyDeleteRasa2nya Juwie tak ada blog. Nantilah kalau jumpa dia, Kjee suruh dia bukak blog tulis pengalaman hidupnya.
ReplyDeletesuka lirik lagu yang ditulisnya....penuh syahdu dan jiwang.....
ReplyDeleteSayunya.....kenangkan saudara juwie...moga Allah mengangkat maqamnya di kalangan insan2 soleh.....
ReplyDeleterindunya ngan mama juwie,betul kata kak gee juwie ni sangat berhati mulia,masa pergi pergi london dengan rombongan kak julie (itulah pertama kali juwie pergi oversea walaupun beribu kali diajak) juwie la yang menjaga saya waktu saya demam.kalau la dia buat blog gerenti meletop seribu satu rahsia artis ditanganya
ReplyDelete