Friday, September 20, 2013

SIMPLE TAPI SEDAP







Kjee, sebenarnya, suka makan nasi kalau ada lauk yang berkuah. Kalau makan di Restoran Nasi Kandar, Kjee selalu beritahu mamak tu : "Kasi taruh semuaaa kuah, campur2, kasi banjir!". Hehehe baru terbuka selera nak makan.

Tapi sekali sekala sedap jugak makan lauk kering2. Tanpa kuah tapi stand by kicap.

Sayur buncis goreng antara favorite kami sekeluarga. Kjee dan Nadia memang suka. Kalau tanya UnclePali, dia kata okaylah. Tapi setiap kali Kjee goreng, tangan dia jugak tak henti2 capai masa makan. Sekejap jer licin. So kira dia sukalah tu kan?


Kacang Buncis dan fresh Shitake Mushrooms


Nampak mewah kan cendawan Shitake kat atas tu. Kjee letak dekat ¾ peket sebab nak bagi perabis. Sabtu lalu, Kjee guna ¼ peket untuk buat Chicken Pot Pie yang tak sempat amik gambar sebab habis disambar. Semalam, Kjee belek2 cendawan tu. Isyhh kalau tak cepat masak, mesti busuk. Sebab itulah mewah sangat Kjee letak tu. Tapi memang suka letak banyak2. Puas makan.

Kalau nak bubuh cendawan Shitake kering pun boleh. Kena rendam dulu dalam air panas kira-kira ½ jam. Pastu buang tangkai dan hiris. Kalau nak resipi, tengok SINI.






Ini antara sambal yang Kjee suka sangat. Sambal Sotong jenama Rex dalam tin. Kjee lebih suka sotong dalam tin daripada yang segar. Yang segar sedap dibakar dan cicah air asam. Adoiiii kecur lak.

Kali ni, Kjee masukkan sekali sos sotong tu sekali. Selama ini Kjee tos buangkan sos tu. Tapi kalau letak sekali, rupa-rupanya lagi sedap. Ada rasa pedas dan manis.

Kjee buat dua tin besar. Sekarang dah mahal sikit. Dua tin dekat RM12. Tahun lepas, satu tin tak sampai RM10.

Resipi, korang intailah SINI. Makan dengan nasi panas2. Gandingkan pula dengan sayur buncis goreng dengan cendawan Shitake. Yummy. Oppps jangan lupa curahkan kicap kat nasi.










Related Posts:

  • AYAM PONG TEH BABA NYONYA Lauk ini adalah antara makanan kaum Baba dan Nyonya yang paling popular. Kalau singgah di restoran Baba Nyonya, menu ni mesti ada. Tapi Kjee tak pernah order. Kjee dah selalu sangat tengok Chef In The House popu… Read More
  • SAMBAL MASAM MANIS IKAN SIAKAP Ingatkan hari ni kena makan kat luar lagi sebab tak ada apa nak masak kat rumah, tetiba Nadia kata hari tu dia beli 2 ekor ikan siakap! Kalau ada ikan Siakap, Kjee selalu buat steamed fish ataupun Tiga Rasa ala Thai. D… Read More
  • LAKSA PENANG VERSI KJEE Apabila demam, tekak mulalah nak makan yang masam2 dan pedas2. Balik dari Pengkalan Balak, Melaka, semalam, Kjee terkena demam selsema. Agaknya jerebu teruk kat situ. Tekak mula meragam. Pagi tadi kami ke PutraJaya… Read More
  • OTAK-OTAK IN A BOWL... EWAH Hari tu selepas Kjee buat Otak-Otak, ada berbaki satu cawan 'kuah'. Ikan dah habis so Kjee suruh Nadia simpan dalam freezer. Hari ni, tetiba teringin pulak nak makan Otak-Otak tapi terlupa nak beli ikan Tenggiri. Nadi… Read More
  • MENU CUTI SEMALAM Ini air tangan my princess. Since Mama dia kena grounded sebab swollen ankle (water retention), dia jadi chef in the house. Ahad dia turut buat Cinnamon Rolls tapi tak sempat nak amik gambar, dah langsai. Believe me… Read More

7 comments:

  1. hari2 tengok resepi..kadang2 jadi bile mencube...rase seronok bile tengok anak2 makan.

    ReplyDelete
  2. salam.makan cendawan ni bagus kakjee. ia menguatkan kebolehan sistem imun bagi menentang jangkitan dan penyakit. gandingan sesuai masakan sayur tu dgn sotong. ramai yg suka tu😊

    ReplyDelete
  3. hi,Kjee...sungguh menawan rupa cendawan tu.lawan pulak dgn merah sambal sotong (xpenah lg try yg dlm tin,lps ni blh try ler)

    ReplyDelete
  4. Nampak yummeh sgt sgt... suzi fauzi

    ReplyDelete
  5. sedapnye
    sambal sotong dlm tin tu mmg favourite mak sya
    dia masak sambal tumis, pastu makan dgn nasi lemak
    terangkat...;)

    ReplyDelete