Hari ni Kjee terpanggil nak cerita sikit pasal masalah
obesity atau kegemukkan. Mungkin korang akan melenting dan kata Kjee bukan insan yang sepatutnya beritahu orang lain mengenai masalah ini. Cerminkan diri sendiri, mungkin itu antara kata-kata sinis korang.
Tapi Kjee tak kesah. Nak tahu lebih lanjut apa Kjee nak tulis, terus membaca. Tak nak baca, pergilah blog lain. Tak ada paksaan.
Tentu ada yang tidak setuju jika Kjee kata, masalah
obesity di kalangan anak-anak disebabkan oleh kita, ibu-ibu mereka. Dari lahir, kalau boleh nak sumbat segala apa
product dan makanan yang ada, supaya anak-anak cepat besar.
Tak tahulah kenapa nak anak-anak tu cepat besar. Sepatutnya, biarlah anak-anak itu membesar secara normal..secara
natural dan sepatutnya.
Kjee selalu buat pemerhatian terhadap anak-anak kaum Cina. Sebilangan besarnya, montel-montel. Oleh kerana mereka putih melepak maka kita yang tengok jadi geram. Kalau melintas depan kita, mahu dicubit kedua belah pipi mereka sampai merah padam.
Tahu kenapa anak-anak Cina dalam usia baru nak pandai jalan begitu montel ataupun
chubby? Mengikut apa yang Kjee perhatikan, anak-anak yang montel dan gebu ini adalah yang dijaga oleh pengasuh ataupun nenek mereka kerana ibunya bekerja.
Nenek dan pengasuh ini akan menggaul nasi bersama lauk pauk (biasanya ikan dan
maybe sayur-sayuran) ke dalam satu mangkuk dan 'sumbat' ke mulut kanak-kanak jagaan mereka. Kalau kanak-kanak itu tak henti-henti hendak berlari atau bermain, pengasuh dan nenek akan ikut. Sumbat dan sumbat sampai habis satu mangkuk, walaupun ada tika, kanak-kanak itu menangis sebab dah kenyang!
Anak-anak Melayu dan India pula, tukang jaga tak begitu 'rajin'. Kalau anak-anak geleng-geleng kepala, tanda kenyang, dah cukuplah diberi makan.
Ini suatu kenyataan bukan yang Kjee reka-reka. Tapi anak-anak Cina di bandar sekarang taklah montel dan gebu lagi sebab ibu-ibu dah suruh penjaga beri makan ikut sukatan. Susu pun ber
formula yang diberi ikut waktu. Tapi, rasa-rasanya anak-anak Cina di kampung masih di kejar keliling rumah dan disumbat ke mulut, tiap kali
time makan.
Bila dah kekenyangan, anak-anak akan tidur nyenyak sampai
next meal. Kalau tidur sebaik sahaja lepas makan, bukankah akan menyebabkan kegemukkan? Kalau tak tidur pulak, akan jadi macam ular sawa kekenyangan. Nak berlari pun dah sukar.
Sebab itulah Kjee kata, ibu-ibulah yang sebenarnya penyebab kepada obesiti anak-anak. Ini dilakukan tanpa kita sedari. Kalau anak kita kurus keding, kononnya kita akan malu sebab orang akan kata, mereka tidak cukup makan!
Kanak-kanak sebenarnya, telah dijadikan secara
natural untuk berhenti makan sebaik rasa kenyang. Tak macam orang dewasa yang hanya berhenti makan setelah tekak puas!
Ketika Kjee kecik dulu, Kjee kurus keding sampai Kjee digelar cicak kubing. Tak tahu mana nak cari gambar masa Kjee selim melim dulu. Bukan kerana ibu Kjee seorang pakar pemakanan tetapi zaman kecik dulu, tiada susu
formula bagai. Dan gaji ayah taklah besar.
So semuanya cukup-cukup makan jer.
Tetapi kerana tidak dapat mengawal makan apabila menjadi wartawan (hari-hari makan
free di hotel apabila pergi
assignment), maka badan pun mengembang dan terus mengembang. Lepas kahwin dan beranak, kembang lagi. Dan selepas melalui pelbagai pembedahan dalam perut, kembang dan kembang lagi. Hehehe.
Jadi,
the moral of my entry ialah, ibu-ibu harus peka pemakanan anak-anak dari usia mereka mula diberi makanan pepejal iaitu lebih kurang 6 bulan usianya. Tanya mereka yang pakar, beli buku, layari internet. Buat apa sahaja supaya pembesaran anak-anak sempurna. Tidak perlu makanan mahal atau bergadai golok beli susu
formula sebab nak setaraf dengan kemampuan jiran atau tergoda dengan iklan-iklan tv!!
Jangan jadikan anak-anak mangsa. Masa depan mereka di tangan kita. Kalau mereka
obese, pelbagai penyakit akan menyerang.
Kjee ada rasional kenapa kesilapan di usia kanak-kanak menyebabkan mereka jadi dewasa yang gemuk. Apabila dari kecil, ketika usus mereka masih lembut, segala jenis makanan disumbat. Usus itu jadi kembang. Lepas tu, apabila kita cuba hentikan kemasukkan makanan, usus jadi kosong. Kanak-kanak akan sentiasa lapar sebab usus dah besar. Apabila kelaparan, mereka merengek. Dan ibu-ibu gelabah, isikan perut korong anak-anak.
Korang setuju? Kalau Kjee silap, maaflah. Itu cara pemikiran orang tua macam Kjee. Hehehe.
Masalah obesiti adalah antara masalah utama negara dan jugak dunia dewasa ini. Jangan bangga ada anak-anak yang montel.
Chubby Babies Will Be Fat Adults!