Foto dari FB Allahyarham |
Kjee keluar rumah awal hari ni sebab Nadia ada urusan kat KL. Dalam perjalanan selepas sarapan, kira-kira jam 8.30 pagi, Kjee dapat call. Private number. UnclePali tak benarkan Kjee jawab call di hand phone kalau private number.
Kjee lepaskan call tu tanpa menjawab. Seminit kemudian panggilan yang tertera private number lagi. Kjee pandang UnclePali. Dia angkat kening. Kjee jawab kali ini dan dengar suara tangisan terisak-isak di hujung talian.
"Jee...Lydiawati ni. Noreen Noor dah tak ada... Dia meninggal lepas subuh tadi kerana komplikasi buah pinggang dan jantung," katanya suara terputus-putus.
Lydia memang sahabat Noreen sejak lama dulu. Kjee last jumpa Noreen ketika dia mengikuti Lydiawati menziarahi jenazah arwah M Rajoli beberapa tahun lalu.
"Jenazah akan dibawa pulang ke kampungnya di Melimau, Melaka. Sedihnya, anaknya Daniel jugak tidak tahu ibunya meninggal dunia. Daniel ketika itu tinggal bersama ayahnya. Sekarang dia dah tahu. Saya cuba call dia tapi dia tak jawab," kata Lydia.
Daniel Baharudin ketika berusia setahun lebih. |
Anak angkatnya Diyana kini 10 tahun |
Daniel adalah anak tunggal Noreen yang Kjee rasa kini sudah anak bujang dalam lingkungan awal 20-an. Noreen juga mempunyai seorang anak angkat perempuan yang berusia 10 tahun yang dalam jagaannya.
Oleh kerana Kjee terpaksa bergegas untuk urusan Nadia, Kjee pun update pemergian Noreen itu di dalam Facebook, guna my tab.
Tak sampai 20 minit kemudian, Kjee dapat call dari bekas Pengarang Hiburan Pancaindera Mingguan Malaysia, Hajah Muzlina Abu Bakar.
"Jee, arwah meninggal kerana sakit jantung. Doktor telah menasihatkan supaya dia menjalani by-pass atau pintasan jantung tetapi dia enggan. Dia takut. Dia terjatuh dalam bilik air lalu koma hingga ke nafas akhir," kata Muzlina.
Kjee terkilan kerana tidak dapat menziarahi jenazah arwah. Ketika Kjee menulis ini, mungkin jenazahnya telah selamat disemadikan di kampung halamannya.
Seorang artis yang ramah dan mudah mesra, Kjee mengenali allahyarham Noreen ketika dia menyanyi dengan Band Kilat. Ketika itu dia bertugas di Lembaga Letrik Negara, LLN (kini Tenaga Nasional Berhad), di Bangsar. Dia dilahirkan pada tahun 1960.
Setelah namanya mula menjadi sebutan, Noreen berhenti kerja dan menjadi penyanyi dan merakamkan suaranya dengan syarikat MRC milik Ahmad Nawab.
Dia kemudian menjadi pelakon dan diperkenalkan menerusi filem Talaq. Kjee pernah berlakon bersamanya dalam filem Balik Kampung arahan Zainal Othman.
Noreen berkahwin dua kali
Itu sahaja kenangan yang dapat Kjee kongsi. Tiada catatan dalam diari. Kalau Kjee tersilap, pohon ampun dan maaf kepada keluarganya.
Semoga rohnya tenang dan aman damai di sana disamping ditempatkan di sisi mereka yang beriman dan beramal soleh. Insya Allah. Al Fatihah.
Salam satu postnya dalam FB miliknya. |
arwah kawin 3 kali. ug terakhir dengan ahli politik selangor
ReplyDeleteSalam kak jee, suami arwah kak noreen adalah tengku bahrain, politician di trg.
ReplyDeleteEncik Mustakim, itu Noreen lain...jugak penyanyi.
ReplyDeleteAl-Fatihah...Didoakan agar rohnya ditempatkan bersama kalangan orang yg beriman..Ameen..
ReplyDeleteye laa kak jee, sorry
ReplyDeleteNice blog..l ll stick around...
ReplyDeleteAl Fatihah utk Allahyarhamah....muga arwah dihimpunkan bersama golongan yang beramal soleh....
ReplyDeleteAmat meminati beliau sewaktu hayatnya....
Allahyarhamah ni cantik orangnya. Suka tengok dia berlakon dengan AR Badul kalau tak silap. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Amin..
ReplyDeleteInnalillahi wa inna ilaihi ra jiuuun....Al-Fatihah......
ReplyDeleteAl-fatihah.. suka tgok arwah menyanyi & berlakon.. tabik sbb arwah x suka gembar gembur kisah peribadi...
ReplyDeleteAlfateha......sedeh bila mendapat berita yg Noreen Noor dah meninggal. Salam takziah buat keluarganya....daripada paminatnya Singapura.
ReplyDelete